Nicolaus Michael Oppel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nicolaus Michael Oppel (7 Disember 1782 – 16 Februari 1820) ialah seorang ahli alamiah Jerman.

Beliau merupakan anak didik dan pembantu kepada André Marie Constant Duméril (1774-1860) di Muséum national d'histoire naturelle di Paris, Perancis, di mana beliau mengkatalogkan dan mengelaskan spesies-spesies reptilia. Pada tahun 1811, beliau menerbitkan buku yang berjudul Die Ordnungen, Familien und Gattungen der Reptilien als Prodrom einer Naturgeschichte derselben, atau "Order, Keluarga dan Jenis Reptilia..." yang mana beliau menetapkan order Squamata dan keluarga Cheloniidae, Colubridae, dan subkeluarga Crotalinae, di samping beberapa genus yang masih dipakai oleh ahli-ahli taksonomi masa kini.

Bersama Friedrich Tiedemann (1781-1861) dan Joseph Liboschitz (1783-1824), beliau mengarang Naturgeschichte der Amphibien (Sejarah alam amfibia).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ WorldCat Identities (publications)