Nida Patcharawirapong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Phatthida Patcharawirapong
ภัทรธิดา พัชรวีระพงษ์
Fail:แตงโม ภัทรธิดา พัชรวีระพงษ์ - 25 ก.ย.2563.jpg
“watermelon” ภัทรธิดา dalam sebuah wawancara
Kelahiran
watermelon Patcharawirapong[1]

(1984-09-13)13 September 1984[2]
Meninggal dunia24 Februari 2022(2022-02-24) (umur 37)[3]
Mueang Nonthaburi, Wilayah Nonthaburi, Thailand
Sebab kematianMati lemas akibat kecuaian
Nama lainPataratida Pacharawirapong

Phatthida

Pacharawirapong
watermelon (tembikai)
PendidikanThai Christian School

Demonstration School Ramkhamhaeng University (Secondary Division)

Pensmith School

Bangkok N.A. Muangthong Thani School
Pusat pendidikanGraduate of Arts Program Major in Social Leadership, Business and Politics, College of Social Innovation, Rangsit University
PekerjaanPelakon

Model

Penyanyi

Pengacara

Pelumba kereta

Usahawan
Tahun aktif1998–2022
Terkenal keranaNak dalam Ghost of Mae Nak

Claudia dalam Bangkok Love Stories Innocence

Maneeyong dalam Sparkling Sand

Rangrong Siriwat dalam The Fallen Leaf
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)
PasanganPhakin Khamvilaisak “watermelon” (k. 2013–2015)
Rakan kongsi domestikDodge, Ken Kasper, Bird
Anak-anakEaster (anak angkat)
IbuPanida Siriyudthayothin
BapaSophon Patcharawirapong
HubunganDayos Detjob (abang tiri)

Phatthida Patcharawirapong (Bahasa Thai: ภัทรธิดา toพัชรวีระพงษ์, nama sebenar Patthida Patcharawirapong (ภัทรธิดา พัชรวีระพงษ์); 13 September 1984 – 24 Februari 2022) atau lebih dikenali sebagai watermelon (แตงโม) ialah seorang pelakon, model, penyanyi, pengacara, pelumba kereta, dan usahawan wanita terkenal di Thailand. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 sebagai watak Nak dalam filem Ghost of Mae Nak dan lakonan beliau yang terkenal ialah watak utama Claudia dalam drama bersiri Bangkok Love Stories: Innocence yang ditayangkan di Netflix dan beliau juga memegang watak utama sebagai Maneeyong dalam drama bersiri Sparkling Sand dan watak sampingan dalam drama The Fallen Leaf, sebagai Rangrong Siriwat. Kontroversi dan misteri kematian beliau menjadi kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian seluruh dunia sehingga menyebabkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, Ahli Parlimen Tae Mongkolkit dan Dr Pornthip menggesa pasukan Polis Diraja Thailand dan Jabatan Siasatan Khas (DSI) untuk mempercepat siasatan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berkenaan kes kematiannya.[4]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Nida dilahirkan di Hospital Prommitr, Bangkok pada 13 September 1984. Beliau merupakan cahaya mata dan anak tunggal kepada bapanya, Sophon Patcharawirapong[5] seorang yang berketurunan Cina-Thai[6]dari Wilayah Phuket dan ibunya, Panida Sirayuthyothin, bekas pelakon, model dan ratu cantik dari Wilayah Lopburi. Bapa dan ibunya bercerai ketika Nida berusia tiga tahun dan beliau dibesarkan oleh bapanya[7], Sophon yang telah berkahwin semula dan bercerai kali kedua. Panida pula telah berkahwin semula dengan seorang diplomat Thailand di Switzerland dan melawat Nida secara berkala.[8] Pelakon Pussorn Boonyakiat menganggap Nida sebagai anak angkatnya sendiri.

Nida merupakan seorang beragama Kristian aliran mazhab Protestan[9] dan seorang ahli Church of Happiness (Bergabung dengan United Baptist Churches di Thailand)[10]. Nama kelahirannya ialah "Tangmo Patcharawirapong", kemudian beliau menukar namanya beberapa kali. Pertama, beliau menukar namanya kepada "Patthida" dan menggunakan nama "Nida" sebagai nama pentas dalam industri hiburan sempena menghargai ibunya[11] sehingga Oktober 2021 beliau menukar namanya semula kepada "Patthida" atas nasihat Kachapha Tancharoen. Menerusi temubual dalam rancangan Yingsak Yingsap, beliau membenarkan orang awam memanggilnya kedua-dua nama "Nida" dan "Patthida" demikian.[12] Nama Tangmo bermaksud tembikai dan merupakan panggilan mesra oleh ibu bapa beliau sejak berusia 3 tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nida menamatkan pendidikan rendahnya di Christ Thamma Sueksa School (kini dikenali sebagai Thai Christian School). Kemudiannya, beliau menyambung pelajaran menengah rendah di Demonstration School Ramkhamhaeng University (Secondary Division) dan menengah tinggi di Pensmith School, sekolah yang sama dengan Savika Chaiyadej dan Apichet Kittikorncharoen, yang juga penyanyi dan pelakon terkenal di Thailand.[13]

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke menara gading dan berjaya memenuhi impiannya sejak kecil untuk menjadi lulusan mahasiswi pembantu jururawat (nursing assistant) bertauliah di sebuah kolej kejururawatan di Bangkok iaitu N.A. Muangthong Thani School. Atas jasa pernah berkhidmat sebagai pembantu jururawat di Bangkok sambil berkecimpung dalam industri hiburan, sebagai penghormatan terakhir, rakan Nida, Anna bersama rakan-rakan jururawat Nida telah menyumbangkan dana sebanyak RM76,000 bersamaan TH฿600,000 beberapa van dan ambulans yang diubahsuai warna merah jambu di dalamnya dan bertampalkan poster Nida. Anna juga menyumbangkan keranda yang berukiran bunga khas untuk menyimpan jenazah Nida selama mana bedah siasat dijalankan.[1]

Beliau juga melanjutkan pelajaran dan memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kepimpinan Sosial, Perniagaan dan Politik dan merupakan alumni Rangsit University 's College of Social Innovation dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), 3.41 bersama pelakon Mo Amena. [14]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nida berkecimpung dalam industri hiburan semasa belajar pada tahun pertama sekolah menengah. Pada suatu hari, Nida sedang membeli-belah di sebuah kedai serbaneka. Kemudian, datang seorang pengakap menjemput untuk bekerja dengannya dan menghulur kad perniagaan. Nida pergi untuk temuduga tersebut dan berjaya. Maka, di sini mulanya beliau bekerja dan membuat penggambaran model iklan pada tahun 1998.

Selepas itu, Nida berpeluang membintangi drama televisyen buat kali pertama dalam drama "Prissana" yang disiarkan di Channel 7 HD dan memegang watak sebagai heroin daripada beberapa babak. Kemudian pada tahun 2002, Nida telah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Miss Teen Thailand dan merupakan peserta nombor 17 dan menjadi finalis sehingga memenangi tempat keempat.

Bintang Nida mula menyinar apabila beliau berlakon dalam drama " Benja Keita Love " dan drama ini merupakan karya pertama yang beliau lakonkan dalam drama penuh. Beliau juga menyanyi dalam kumpulan Pop Girls dalam drama bersiri ini bersama Faew Fah Sudswing Ringo dan Saikhwan Hannongbua. Pelakon-pelakon drama bersiri ini hadir dalam majlis upacara pemakaman Nida sebagai penghormatan terakhir.[15]

Kejayaan

Drama yang menjadikannya terkenal sehingga menjadi heroin utama Channel 7 HD ialah cerita "Un Ai Rak" Siri Kantima. Beliau juga berlakon dalam filem Ghost of Mae Nak pada tahun 2005 dan memecah panggung hingga ke peringkat antarabangsa pada ketika itu. Hasil kejayaan drama ini telah menyebabkan Nida memperoleh Anugerah Teratas untuk Pelakon Baharu Popular dan dicalonkan untuk banyak lagi anugerah pada awal kerjayanya sebagai model, penyanyi dan pelakon.

Selama menjadi model majalah, Nida telah menjadi tumpuan lebih 50 muka depan majalah. Beliau sering menjadi duta produk kecantikan dan pakaian berjenama antarabangsa terkenal di Thailand. Nida juga mempunyai jenama produknya yang tersendiri iaitu, Adenn.

Selama berkecimpung dalam industri hiburan, beliau telah membintangi lebih daripada 38 drama bersiri Thailand, 4 filem dan 7 acara televisyen di antaranya adalah The Masked Singer. Dalam rancangan nyanyian terkenal itu, Nida memperagakan pakaian jururawat kerana beliau merupakan bekas pembantu jururawat bertauliah di sebuah kolej kejururawatan di Bangkok. Beliau juga selalu melibatkan diri dalam pementasan teater. Jumlah keseluruhan nilai bersih Nida dalam industri hiburan sepanjang hayatnya adalah RM19.7 juta bersamaan TH฿155 juta dan AS$4.5 juta. [16]

Kemalangan

Pada 6 April 2007[17], Nida mengalami kemalangan ketika memandu keretanya pulang dari sesi penggambaran drama. Beliau memandu Volkswagen di lebuh raya dengan kelajuan tinggi tanpa memakai tali pinggang keledar dan mengalami tidur mikro. Keretanya hilang kawalan lalu terbalik namun Nida berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari keretanya. Akibat daripada kemalangan, Nida mengalami kecederaan sehingga terpaksa menjalani pembedahan plastik di mukanya.

Kontroversi

Pada pertengahan tahun 2010, Nida telah diboikot oleh media Thailand kerana sentiasa menunjukkan kemarahan dan bersifat agresif semasa sidang media berlangsung[18]. Insiden berjaya dileraikan apabila Nida melakukan permohonan maaf kepada media massa melalui telesidang[19] video kepada wartawan.

Memilih Menjadi Pelakon Bebas

Pada 2014, Nida membatalkan kontraknya bersama Channel 7 HD dan membuat keputusan untuk menjadi pelakon bebas dan berdikari selepas 11 tahun[20] berlakon di bawah naungan syarikat penyiaran tersebut.

Akhir Hayat

Terdapat juga tawaran berlakon yang ditolak oleh Nida iaitu Krasue Lam Sing dan Sisa Marn pada tahun 2021. Drama televisyen terakhir Nida sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tragedi yang tidak terduga itu ialah "Khun Chai" di Channel One, yang masih belum selesai sesi penggambaran. Kesemua babak yang mengandungi Nida terpaksa dibuang dan dilakonkan semula dari awal oleh pelakon baharu[21]. Pengarah drama itu telah memilih pelakon senior muslim Thai, Nur Ayna Panward 'Pei' Hemmanee untuk menggantikan tempat Nida yang memegang watak antagonis dalam drama itu.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Jambatan Rama VII, tempat kejadian kemalangan.

Pada 24 Februari 2022, Nida terlibat dalam satu kemalangan bot di Sungai Chao Phraya, Provinsi Nonthaburi pada sekitar 10:30 malam (waktu tempatan) ketika mengambil gambar di kawasan Jambatan Rama VII di situ, disyaki akibat terjatuh dari bot itu. Operasi pencarian dimulakan pasukan penyelamat pada tengah malam.[22] Pada 1:00 petang 26 Februari, pasukan penyelamat berjaya menemui figura mayat wanita terapung di kawasan Jeti Pibulsongkhram 1 berdekatan. Mayat itu kemudian disahkan sebagai mayatnya oleh orang rapat (ibu dan abang Nida) sebelum dibawa ke prasarana forensik polis tempatan bagi tujuan bedah siasat.[23][24] Hasil bedah siasat mendapati Nida mati akibat lemas, dengan kesan cedera di bahagian betisnya, tetapi tidak dikatakan berpunca daripada sebarang perkelahian.[25] Susulan itu, dua orang (pemilik dan pemandu bot) ditahan, tetapi diikat jamin kemudian.[26] Ibu Nida pula bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak TH฿30 juta baht atas kematian anaknya daripada pihak bertanggungjawab.[27]

Insiden ini menjadi hangat di seluruh Thailand apabila diperkatakan ada unsur-unsur jenayah terlibat dalam kes ini, terutamanya berkenaan kenyataan daripada ibu Nida yang mengesyaki ada unsur sebegitu sejak awal kes.[28] Insiden itu turut disyaki dicemari dakwaan pihak berkuasa yang dikatakan tunduk kepada golongan elit tempatan.[27] Pembayaran pampasan terhadap ibu Nida juga turut dikecam sebilangan warga Thailand kerana dilihat mahu menyembunyikan dakwaan unsur jenayah yang diperkatakan.[27]

Siasatan Ditutup

Pada 26 April 2022, Polis Diraja Thai telah menamatkan siasatan dan menolak sebarang kemungkinan dan andaian bahawa tiada unsur jenayah melibatkan kematian Tangmo, dan mendakwa enam orang atas kecuaian termasuk memberi kenyataan palsu dan menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah. Enam orang suspek yang didakwa itu ialah Idsarin Juthasuksawat (Gatick) pengurus peribadi Nida, Wisapat Manomairat (Sand), Thanupat Leertaweewit(Por) pemilik bot yang cuai, Paibul Trikanchananan (Robert), Nitas Kiratisoothisathorn (Job) dan seorang lelaki yang didakwa bertindak sebagai penasihat yang dikenali sebagai ‘M’ atau ‘Peem’. [29]

Pegawai penyiasat mengesahkan bahawa Nida terjatuh dari bahagian bot laju dan terkena bebaling kipas sebelum lemas di Sungai Chao Phraya berdasarkan kepada keputusan bedah siasat kali kedua yang diminta oleh ibunya, Panida atas tubuh Nida. Bedah siasat pertama adalah atas permintaan polis dan menteri-menteri yang mengambil berat akan kes ini.[30]

Media Sosial Digodam

Pada 22 Mei 2022, 3 bulan selepas tragedi yang menimpa dirinya dan beberapa hari sebelum jenazah Nida akan dibakarkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam Instagram milik kucing peliharaan Nida. Laman Facebooknya turut digodam dan menjadi tular serta mengejutkan seluruh warga maya. Facebook dan Instagram tersebut telah membuat hantaran gambar seorang wanita menelan ubat serta beberapa gambar atas bot dan mendedahkan bukti-bukti baharu serta membuat hantaran status mengugut suspek-suspek untuk berterus-terang dan memberitahu perkara yang sebenar kepada seluruh dunia mengenai apa yang berlaku di atas bot pada hari kejadian.


Pesuruhjaya Biro Penyiasat Jenayah Siber, Leftenan Jeneral Kornchai Khlailueng menyimpulkan bahawa ada beberapa orang penggodam yang telah menggodam akaun i-Cloud milik Nida setelah menjalankan penyiasatan. Hal ini telah menyebabkan aktivis, Atchariya Ruangrattanapong memohon Jawatankuasa Senat Bahagian Perlindungan Hak Asasi, Kebebasan Bersuara dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjalankan siasatan tulus dan menyeluruh terhadap tompokan kesan darah dan beberapa bukti baharu seperti pasir hasil daripada besah siasat dan juga segala apa yang telah dibongkarkan oleh penggodam tersebut. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti wujudnya serangan fizikal atas Nida yang menjurus kepada pembunuhannya dan memohon Somchai Sawangkam iaitu Pengerusi Panel Jawatankuasa Senat itu untuk menggesa Menteri Kehakiman mengarahkan Jabatan Siasatan Khas (DSI) untuk menjalankan siasatan dengan jujur dan telus kepada seluruh dunia mengenai kes pembunuhan Nida.


Majlis Pembakaran Jenazah Mendiang Nida

Pada 24 Mei 2022, setelah 3 bulan dan menjalankan dua bedah siasat, majlis pembakaran jenazah Nida diadakan di sebuah gereja di Rangsit Methodist Church di Wilayah Pathum Thani. Media Thailand melaporkan hanya dihadiri 150 tamu di gereja tersebut iaitu pihak keluarga dan sahabat terdekatnya. Keputusan itu berdasarkan pertimbangan protokol SOP kesihatan di Thailand. Menurut laporan ThaiPBS, pembakaran jenazah Nida ini sekaligus membatalkan permohonan bedah siasat yang lebih lanjut atas tubuh mendiang.


Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Kontroversi & Alam Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Tangmo Nida pernah bercinta dengan ahli kugiran BMIX, Phantawat Boolwej atau lebih dikenali sebagai Dodge. Gambar mesra mereka telah dibocorkan di Internet menjadi buah mulut media massa Thailand. Akibat daripada kontroversi ini, Dodge dilarang melakukan pertunjukan oleh agensinya, RS Promotion dan mereka berpisah.

Namun demikian pada tahun 2013, Nida telah berkahwin dengan Phakin Khamvilaisak (lebih dikenali sebagai Tono) iaitu seorang penyanyi, pelakon dan pemain bola kebangsaan setelah mereka mengenal hati budi selama 6 bulan. Namun, peminat tidak dapat menerima hakikat percintaan mereka[31] sehingga mereka bercerai[32] setelah melayar bahtera perkahwinan selama 3 tahun. Hal ini menyebabkan Nida mengalami kemurungan sehingga melakukan percubaan bunuh diri. Beliau dimasukkan ke hospital akibat mengambil pil tidur dengan dos yang berlebihan. Perutnya berjaya dicuci setelah dirawat beberapa hari.[33]

Selepas bercerai dengan Tono, Nida menjalinkan hubungan mesra dengan Ken Kasper. Hal ini terkantoi apabila Nida sering ditangkap keluar senyap-senyap oleh kawan-kawannya. Nida dan Ken Kasper sering menghabiskan masa bersiar-siar atau makan di restoran bersama-sama. Namun demikian, hubungan mereka tidak berkekalan lama. Nida kemudiannya menjalinkan hubungan mesra dengan Bird.

Keluarga, Kucing-kucing & Kawan-kawan di Media Sosial

Pada masa yang sama, Nida mengambil anak angkat perempuan bernama Easter daripada pengurus peribadinya, Gatick (yang juga terlibat sebagai suspek pembunuhannya) dan bercinta bersama Bird iaitu kekasih keempatnya, sehingga ke akhir hayatnya.

Beliau sering membuat hantaran di media sosial bersama Bird, Easter, Anna, Hippo, Mo Amena, dan kucing-kucingnya di Instagram rasminya yang mempunyai lebih sejuta pengikut.[3] Nida juga mempunyai Instagram khas untuk kucing-kucingnya dan kini kesemua kucing tersebut berada di bawah jagaan Bird, Anna, Hippo dan Mo Amena.[4]

Hobi

Nida juga mempunyai hobi mencacah tatu dan sering memperaga koleksi tatu cantiknya di media sosial Instagramnya.

Penglibatan dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Nida menyertai protes Amnesty Bill di Democracy Monument dengan ayahnya[34]. Pada tahun 2020, Nida sekali lagi menyertai perhimpunan politik People Liberation Council semasa kemelut politik Thailand pimpinan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha.[35]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama-drama TV[sunting | sunting sumber]

  • 2000 --Puzzle (ปริศนา) sebagai Pheu Nangek
  • 2001 --Diamonds Cut Diamonds (เพชรตัดเพชร) sebagai Pin
  • 2003 --Melody of Love (Benja Keeta Kwamruk) (เบญจา คีตา ความรัก) sebagai Fiesta (watak utama)
  • 2004-- Gathering People for the Monks (รวมพลคนก้นบาตร) sebagai Tangkua (Cucumber)
  • 2004 --Warm Love (Oun Ai Ruk) (อุ่นไอรัก) sebagai Karntima "Kawao" Tharasuk (watak utama)
  • 2005 --Tiny Hearted Tiger (พยัคฆ์ร้ายหัวใจจิ๋ว) sebagai Saphrang Fa
  • 2005 --Rainbow Next to Stars (รุ้ง เคียงดาว) sebagai Saeng Dao / Praw Rung (berlakon sebagai kembar)
  • 2006 --Crazy (ยัยไบบ้า) sebagai Sabai
  • 2006 --Like We Can't Love Each Other (เหมือนเราจะรักกันไม่ได้) sebagai Ying Aw
  • 2006 --Shining Dreams (เปลวไฟใน ฝัน) sebagai Mali (Jasmine)
  • 2006--Grandmother, Son, Father(ยายหนูลูกพ่อ) sebagai Amphila
  • 2007 -- Dragon's Gauze; Kasa Naga (กาษา นาคา) sebagai Winta (Winnie)
  • 2007 -- Just The Sky (เพียงผืนฟ้า) sebagai Phra Loi
  • 2008 -- Damnoen Saduak Floating Market Love Stories 2 (ตลาดน้ำดำเนินฯ รัก 2) sebagai Khun To
  • 2008 --Happy Library (ห้อง สมุดสุดหรรษา) sebagai Foon
  • 2008 --A Tumultuous Couple (คู่ป่วนอลวน) sebagai Phawika
  • 2009 -- Dark-tanned (ดำขำ) sebagai Nhoon Dam (Kanmanee)
  • 2009 --True Love Can be Solved (รัก แท้แก้ได้) sebagai Bo Chey
  • 2010 --Sweetsour Market (เปรี้ยวตลาด แตก) sebagai Priyaw (Sour)
  • 2010 --Seventh Squad: Be Splendid! (หมู่ 7 เด็ดสะระตี่) sebagai Mok
  • 2011 --Lui (ลุย) sebagai Sroikeree
  • 2011 --Princess Lhong Yook (เจ้าหญิงหลงยุค) sebagai Princess Kannika Kasorn (Kannika)
  • 2011 --Love Song In The Farmhouse (เพลงรักบ้านนา) sebagai Seri Perai
  • 2012 --A Little Girl with a Hundred Books (สาวน ้อยร้อย เล่มเกวียน) sebagai Venus Pipatwatthanakul (Vee)
  • 2012 --Four Comrades ( สี่สหายสบายดี) sebagai Ploy Suay
  • 2013 --The Day I've Been Waiting For (วันนี้ที่รอคอย) sebagai Zhao Mei Ying
  • 2013 --The Great Fighter "Nak Soo Maha Gaan" (นักสู้มหากาฬ) sebagai Police Captain Ying Natcha
  • 2013-- Bond (สายใย) sebagai Namo
  • 2015 --Fire Stars (เพลิงดาว) sebagai Mandeeka
  • 2015 --The Khunying Outside The Palace (คุณหญิงนอกทำเนียบ) sebagai Khunying Supasajee
  • 2016 --Intriguing Love (เสน่ห์ร้ายอุบายรัก) sebagai Porcharoenkul (Prae)
  • 2016--The Extra (วงการร้าย วงการรัก) sebagai Cleopatra (watak utama)
  • 2016-- Club Friday 7 The Series: Reason... Born of Love (เหตุ..เกิดจากความรัก) sebagai Am
  • 2017 --Sparkling Sand (ทรายย้อม สี) sebagai Maneeyong Saengpaiboon (watak utama)
  • 2017 --Guiding Light: Following in Father's Footsteps: The Fairy Walks the Earth (ก้าวตามรอยพ่อ ตอน นางฟ้าเดินดิน) sebagai Dr Jieb
  • 2017-- Under Her Nose (พ่อบ้านใจกล้าสตอรี่) sebagai Chris (tetamu jemputan Episod 3)
  • 2018 --Flow of Love and Desire (สายรักสายสวาท) sebagai Fong Khae
  • 2018 --Maya City Live (เมืองมายา Live) sebagai Dara "Dao" Buranasawat (tetamu jemputan Episod 17-22)
  • 2018--It's Complicated (เพราะรักมันซับซ้อน) sebagai Jue
  • 2018-- Club Friday the Series 10: Unfaithful Love (รักนอกใจ) sebagai Tong
  • 2018 -- Bangkok Love Stories: Innocence (Bangkok รัก Stories 2) sebagai Claudia (watak utama)
  • 2019 --The Fallen Leaf (ใบไม้ที่ปลิดปลิว) sebagai Rangrong Siriwat
  • 2019--Deceitful (เล่ห์รัญจวน) sebagai Bulan
  • 2020 --Truth Reveals (เนื้อใน) sebagai Kanya

Filem-filem[sunting | sunting sumber]

  • 2005 --Ghost of Mae Nak (นาค รักแท้ วิญญาณ ความตาย)
  • 2010 --Prung Huajai Sai Knorr Rodthip (ปรุงหัวใจใส่คน อร์รสทิพ)
  • 2016-Dad 888 Strong Through Hell (ป๊าด 888 แรง ทะลุนรก)
  • 2018 --Love the Thirteen (เลิฟ เดอะเทอทีน)
  • 2018 --The Last Heroes (ตุ๊ดตุ่กู้ชาติ)
  • 2021 --Taew Tower Breaks Out of the Covids, Pang Puriye - Da Chueng (หอแต๋วแตก แหกโควิด ปังปุริเย่)

Pengacara

  • 2018 --Kor Nang Show (คอหนังข้างถนน ช่อง) GMM 25

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi Asal (OST)

  • Drama : Benja Keta Kwarm Ruk (เบญจา คีตา ความรัก)
    • Lagu : Dantri ni Hochai (ดนตรีในหัวใจ) nyanyian semua pelakon
    • Lagu : Mi Wang - Penampilan khas bersama Faew Fah Sudswing Ringo dan Saikwan Hannongbua menubuhkan kumpulan Pop Girls (ไม่ว่าง - ร้องร่วมกับ หนูอิมอิม ก้าวมหัศาจรรย์, ทรายขวัญ หาญหนองบัว)
  • Drama : Pa Yak Rai Hau Jai Jew (พยัคร้ายหัวใจจิ๋ว)
    • Lagu : Khun Thi Rak Kyu(คนที่รออยู่)
  • Drama : Kasa Naga (กาษานาคา)
    • Lagu : Thi Rak Thae Dwy Sraththa (ไถ่รักแท้ด้วยศรัทธา)
  • Drama : Jaoying Lhong Yook (เจ้าหญิงหลงยุค)
    • Lagu : Rak Thek Pai Thuk Yukh(รักเธอไปทุกยุค)
  • Drama : Phelng Rak Ban Na (เพลงรักบ้านนา)
    • Lagu: Phelng Rak Ban Na (เพลงรักบ้านนา) dinyanyikan oleh Niu, Teil, Pu Kluk (ร่วมร้องกับนิว, เติ้ล, ปุ๊กลุก)
    • Lagu: Kod Hmon (กอดหมอน)
  • Drama : Nak Soo Maha Gaan (นักสู้มหากาฬ)
    • Lagu : Jark Kon Koey Glai (จากคนเคยใกล้)
  • Drama : Sao Noy Roy Lem Kwien (สาวน้อยร้อยเล่มเกวียน)
    • Lagu : Jark Nee Pai Jon Ni Run (จากนี้ไปจนนิรันดร์) On Air YouTube:GMM GRAMMY OFFICIAL
  • Drama : Sane Rai Ubai Rak (เสน่ห์ร้ายอุบายรัก)
    • Lagu : Sang Khwam Rusuk Ni Howchai Deiywkan (สองความรู้สึกในหัวใจเดียวกัน)
  • Drama : Sparkling Sand (ทรายย้อมสี)
    • Lagu : Plueak (เปลือก) On Air YouTube:rsfriends

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

  • 2003 Prou Ter Pen Kon Dee (เพราะเธอเป็นคนดี) - Baby Bull (RS/YouTube:rsfriends) bersama ธัชพล ชุมดวง (ตูน AF 3)
  • 2009 (รู้หว่าว) - กันย์ (อำพล เตาลานนท์) (RS/YouTube:พระนครฟิลม์ Phranakornfilm)
  • 2010 (เหมือนตาย...ทั้งที่ใกล้กัน) - Thanapond Wagprayoon (RS/YouTube:rsfriends) bersama Somchai Kemglad
  • 2011 Chiwit Khu (ชีวิตคู่) - Thanapond Wagprayoon (RS/YouTube:rsfriends) bersama Somchai Kemglad
  • 2011 (ตัวถ่วง) - Nexus (/YouTube:imusicThailand) bersama Nutt Dechapanya
  • 2012 รั้ง (Runk) - Phunkorn Boonyachinda (Revol Music Creation/YouTube:Revol Music Creation) bersama Nawat Kulrattanarak
  • 2016 (กลับตัวกลับใจ) - Dax Rock Rider (Me Records/YouTube:ME RECORDS)
  • 2017 (ฉันมันแค่แฟนเก่า (Ex Soul)) - Tah Mint Dodge Go - TMDG (ต๊ะ มิ้นท์ ด็อจ โก้ - TMDG) (B-Mix) (DemoLab/YouTube:DEMOLAB)

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Top 10 finalists of Miss Teen Thailand Year 2002; tempat keempat finalis, peserta nombor 17
  • Top Awards for Popular New Actor dari drama Oun Ai Rak di Channel 7
  • Star Entertainment Awards for Best New Actor dari drama Oun Ai Rak di Channel 7
  • The Most Attention Grabbing Celebrity Award From OK! 2008
  • (Dicalonkan) The 22nd Golden Television Awards 2007, Outstanding Female Supporting Actor Award from Pieng Fah Fah
  • Award "Sample of Gratitude" Year 2013, Anugerah Kehormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Thailand
  • "Good People Sri Din" Award, 2014
  • Kinnaree Gold Award 2017, Outstanding Customer Kutty Branch
  • Graduate Award; Honorary Award Outstanding Performance & Drama "It's Complicated", 2018
  • Outstanding Supporting Actress Award "Pikanet Award" (Ratchot) daripada drama The Fallen Leaf di Channel One31 tahun 2019
  • Phetsuban Award in the Category of Best Quality Product Business Award 2020 (Adenn Facial Serum)
  • "Nes Aiyara" PRESS AWARDS 2020 for Best Supporting Actress dari drama "Deceitful"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ประวัติ ภัทรธิดา พัชรวีระพงษ์". Nangdeedee.com. 6 September 2020. Dicapai pada 5 Mac 2022.
  2. ^ "สยบข่าว!! แตงโม ควงแม่จริง โชว์ใบเกิด". สนุกดอตคอม (dalam bahasa Thai). 2010-11-16. Dicapai pada 2016-10-06.
  3. ^ "เผยจุดพบร่าง แตงโม ที่เดียวกับ แม่ โปรยดอกไม้". ข่าวสด. 26 Februari 2022. Dicapai pada 26 February 2022.
  4. ^ https://www.nationthailand.com/in-focus/40013297
  5. ^ https://www.thairath.co.th/content/378452
  6. ^ https://intrend.trueid.net/article
  7. ^ https://www.thairath.co.th/entertain/news/2324940
  8. ^ https://women.kapook.com/view69853.html
  9. ^ https://hilight.kapook.com/view/24094
  10. ^ https://www.sanook.com/news/8531026/
  11. ^ https://www.matichon.co.th/entertainment/news_226092
  12. ^ https://www.komchadluek.net/entertainment/507519
  13. ^ https://celebbeforeandafter.blogspot.com/2012/12/blog-post_3.html
  14. ^ https://www.khaosod.co.th/entertainment/news_6848796
  15. ^ https://newsbeezer.com/vietnameng/lovers-friends-attend-to-the-leaf-is-rolling-away-stars-funeral/
  16. ^ https://deskjabar.pikiran-rakyat.com/internasional/pr-1134382928/selain-artis-tangmo-nida-juga-ternyata-pembalap-mobil-inilah-nama-nama-mantan-pacarnya-selain-bird?page=3
  17. ^ https://www.sanook.com/news/1732421
  18. ^ http://www.tipsth.com/story
  19. ^ http://women.kapook.com/view16769.html
  20. ^ https://www.thairath.co.th/content/446687
  21. ^ https://www.komchadluek.net/entertainment/507048
  22. ^ "กองทัพเรือ เริ่มภารกิจปูพรมค้นหา แตงโม เรือตรวจการณ์ 3 ลำ ตั้งแถวหน้ากระดาน". Thai Rath (dalam bahasa Thai). 2022-02-25. Dicapai pada 2022-02-26.
  23. ^ "ด่วน! เจ้าหน้าที่ พบร่าง 'แตงโม' นิดา แล้ว หลังสูญหายนาน 2 วัน". Matichon (dalam bahasa Thai). 2022-02-26. Dicapai pada 2022-02-26.
  24. ^ "ด่วน! เจอร่าง "แตงโม นิดา" แล้ว หลังตกเรือจมหายแม่น้ำเจ้าพระยา". Bangkok Biz News (dalam bahasa Thai). 2022-02-26. Dicapai pada 2022-02-26.
  25. ^ "Wounds on actress's body, scratch on boat companion". Bangkok Post (dalam bahasa Inggeris). 1 Mac 2022. Dicapai pada 6 Mac 2022.
  26. ^ "Speedboat owner, driver charged over 'Tangmo' death". Bangkok Post (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2022. Dicapai pada 6 Mac 2022.
  27. ^ a b c Tanskul, Nicky (4 Mac 2022). "Now everyone is mad at Tangmo's mom for taking 30M baht to 'forgive' companions". Coconuts Bangkok (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2022.
  28. ^ "Loose propeller, reticent witness fuel frenzy of 'Tangmo' rumors". Coconuts Bangkok (dalam bahasa Inggeris). 3 Mac 2022. Dicapai pada 6 Mac 2022.
  29. ^ https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2300686/recklessness-causing-death-among-charges-over-actress-tangmos-drowning
  30. ^ https://www.msn.com/en-my/news/hiburan/siasatan-tamat-tangmo-bukan-dibunuh-mati-sebab-kecuaian-5-rakan-bot-didakwa/ar-AAWD43e?li=AAAHsC7
  31. ^ http://www.thairath.co.th/content/ent/353926;wap2
  32. ^ http://www.manager.co.th/Entertainment/ViewNews.aspx?NewsID=9580000077313
  33. ^ https://www.bangkokbiznews.com/lifestyle/655179
  34. ^ http://www.thairath.co.th/content/pol/384459
  35. ^ https://www.khaosod.co.th/entertainment/news_5147185