Pergi ke kandungan

Niezam Zaidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Niezam Zaidi
Kelahiran
Mohd Niezam bin Mohd Zaidi

(1992-10-26) 26 Oktober 1992 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini
EjenMetrowealth Pictures (2012–2015)
Ketinggian179 cm (5 ft 10)

Mohd Niezam Mohd Zaidi (lahir 26 Oktober 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1]

Beliau ialah seorang pelakon method terkenal Malaysia yang dikenali dengan gaya lakonan mendalam dan penuh emosi. Melalui pendekatan method acting, beliau membawa watak-wataknya dengan realistik dan meyakinkan, memberikan impak kuat kepada penonton. Selain itu, pengalaman peribadinya yang penuh liku turut memberi inspirasi kepada perjalanan seni dan kehidupannya.[2]

Beliau juga pernah menghadapi cabaran dalam hidup apabila terlibat dengan isu peribadi, namun pengalaman tersebut menjadi titik perubahan penting untuknya mendekatkan diri kepada agama dan memperbaiki diri. Kini, Niezam aktif kembali dalam dunia lakonan dan berusaha memberi inspirasi kepada orang lain melalui pengalaman hidupnya.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Niezam dilahirkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik.[3]

2014, Niezam mendedahkan dirinya masih terlalu jauh untuk berada pada kedudukan sama dengan pelakon Farid Kamil.

Bermula dengan sebagai pelakon kanak-kanak di usia 8 tahun yang diarahkan oleh Othman Kassim iaitu pakcik beliau untuk dokumentari RTM (Sumbangsih), sekaligus menyuntik semangatnya untuk bergelar sebagai seorang pelakon.

Ketika berumur 18 tahun, beliau telah berjaya menghabiskan kursus asas lakonan di FINAS dalam ilmu asas Teater dan lakonan teknikal yang di ajar oleh Hasnul Rahmat, Linda & Avaa Vanja.

Setelah itu bakat Niezam Zaidi dalam bidang lakonan dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Niezam mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Mikail Andre, Adibah Yunus, Wawa Zainal dan Shima Anuar.[4]

Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang mengisahkan tentang kehidupan pasukan askar Wataniah, yang memulakan siaran di Astro Prima pada 16 September 2012.[5] Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi arahan Hashim Rejab, Budak Pailang yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.[6]

Pada 21 Februari 2013, Niezam meneruskan kerjasamanya bersama Hashim dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang menggandingkannya bersama Intan Ladyana, ia mengisahkan tentang Zainal, seorang lelaki yang merasa tertekan dan tidak berpuas hati dengan kehidupan perkahwinannya sekarang, berfikir kembali kepada masa lalu ketika dia seorang pelajar nakal yang jatuh cinta dengan Azura.[7]

Beliau berlakon di samping Atikah Suhaime, Bella Dally dan Intan Ladyana dalam siri drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre yang bersiaran di TV3.[8][9]

Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.[10]

Niezam berlakon di samping Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson dalam siri drama romantik Mencintaimu. Beliau meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 dan bekerja secara bebas dengan syarikat penerbitan lain, Niezam berkata: "Kebanyakkan filem-filem saya dari MIG jadi saya tak ada masa untuk berlakon dengan produksi lain. Itu antara sebab saya keluar dari MIG."[11]

Beliau muncul bersama Shenthy Feliziana dalam filem Mat Moto arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 24 Disember 2015.[12]

https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2020/02/05/filem-m4m4?

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Budak Pailang Rodi Filem pertama
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Zainal
Dua Kalimah Muhamad
99 Kali Rindu Boy
Longkai Eddie
Highland Tower Niezam
2014 Kelibat Azhari
Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa Pemanggil
2015 Gudang Kubur Zahari
Jalan Puncak Alam Hanif
Mat Moto Zamri
Hantu Bungkus Ikat Tepi Eddy
2019 Sangkar Jai
Geran Asan
2020 M4M4 Remy
2021 J2: J Retribusi Pengawai Kanan
2022 Rompak Mr G
Kan Cheong Saiful
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Mejar Saifullah Azman / Cypher
Seratus Orang Bergaduh #2 Penampilan khas
Remp-It 2 Spark
2023 Pukul Mersing Agus
2024 Bisikan Setan Inspektor Khairul
Pontianak 200Kg Solleh
Reeza GTR Abang Long Khai Penampilan khas
Yong Sari Jaide
2025 Tembuni Berdarah Aidan
2026 Libang Libu
TBA The Original Gangster Azam Pos-produksi
Khawarij Ayah Ali (muda) Pos-produksi
Abang Asan Pos-produksi
Orang Perang Bah Tangga Pos-produksi

Filem pendek

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
TBA Tun Fatimah: The Rebel Queen Sultan Mahmud Shah Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Diari Platun Amir Astro Prima Drama pertama
Bini-Bini Perkasa Eddie TV3
Takdir Qismah Ray
2013 Diandra Luqman
Dia Suamiku Astro Prima
Dewi Lasak Akil Rahmad TV3
2015 Mencintaimu Helmi
2016 Rumi & Jawi Salahuddin Ayubbi Astro Prima
Inikah Cinta Muammar TV3
Ainur Mardhiyah Keifli TV9
2017 Namaku Bedah Sood
Gempur Wira Leftenan Aiman TV1
Joni Togo Joni Togo Astro Prima
2019 Cindai Haniff TV3
2021 Sitik Tok Shon
Malaysian Ghost Stories Rem Astro Ria Episod: “Pulangkan Jari Aku”
2022 Luka Di Hati Diya Remy TV1
2023 Segenap Takdir Azlan TV3
2024 Hai Cinta, Dengarkanlah Aizul Hakimi TV3
2025 Dia Bukan Syurga Tajul Idlan Astro Ria
Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup Raja Alam Syah Astro Ceria

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2024 Nafsu Detektif Joe Viu Drama web pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Misteri Bulan Madu Iman Unifi TV Telefilem pertama
Kem Cuci Tangan (Kecut) Niezam
Jangan Ambil Nyawa Aku Fikri
Gugurl Propa Sheriff
2015 Jodoh Memamg Tak Pergi Ke Mana Sofian aka Pian
2016 Last Kopek Havoc Kai Long DVD
Rajuk Azmil TV9
Bedah Motor Ameer
Menantuku Rock Awie Rock Astro Ria
2017 Beringin Daniel Astro Citra
Bukan Cinta Biasa Wazir TV2
Kembalikan Syawalku Astro Citra
2019 Saka Zain Jusoh
Al-Kisah Dua Roda TV1 Penampilan khas
2020 Cik Petir Putrajaya TV3
2024 Syurga Yang Tersia Arman
2025 Pulau Cinta Syawal Rahman Astro Ria
Dua Antara Amir Noah TV3
2026 Dia Bukan Syurga Raya Tajul Idlan Astro Ria

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Studio Drama Sangat Pencalon TV3

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2013 Anugerah Blokbuster ke-2 Hero Baru Terhebat Budak Pailang Tercalon
  1. ^ Introduksi ganas samseng Niezam Zaidi Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Kosmo! (27 April 2014). Dicapai pada 7 Mei 2018.
  2. ^ "Ada yang panas hati, menangis dan berdendam gara-gara tonton filem M4M4! - Wayang | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-05. Dicapai pada 2025-05-31.
  3. ^ "Niezam Zaidi - Selebriti". Utusan Malaysia. 11 Mac 2016. Dicapai pada 1 September 2017.
  4. ^ Nina Farzuin Md Sharom (8 Mei 2013). "Niezam tak kejar populariti". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  5. ^ "Askar Wataniah dalam Diari Platun". Metrowealth. 10 September 2012. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  6. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (2 November 2012). "Budak Pailang ketengah soal moral remaja kini". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  7. ^ (HIBURAN) Filem ” Pada Suatu Cinta Dahulu “ Galaksi Media (19 Februari 2013). Diperoleh pada 18 April 2014.
  8. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  9. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  10. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 17 November 2013.
  11. ^ Meen Tahrin (29 Januari 2016). "Niezam Zaidi: Rezeki murah keluar MIG". Karangkraf. Dicapai pada 12 Mei 2016.
  12. ^ "Mat Moto mempertaruhkan pelakon muda Niezam Zaidi, Shenthy Feliziana". Utusan Malaysia. 12 Januari 2016. Dicapai pada 12 Mei 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]