Nihon Ken Hozonkai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Pemuliharaan Anjing Jepun atau Nihon Ken Hozonkai (Jepun: 日本犬保存会), kerap disingkatkan kepada Nippo, ialah pemulihara dan penyelenggara pendaftaran untuk enam baka anjing Jepun asli: anjing Akita, anjing Hokkaido, anjing Kai, anjing Kishu, shiba inu, dan anjing Shikoku. Nippo juga mengeluarkan Piawaian Nippo, yang dijadikan sebagai piawaian baka untuk enam baka asli.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nippo diasaskan pada 1928 oleh Dr. Hiroyo Saito, yang berkhidmat sebagai presiden pertama kumpulan berkenaan, dinamai secara formal pada 1932.[1] Dengan sokongan Nippo, anjing Akita dijadikan sebagai tugu peringatan negara pada 1931, dan shiba inu pada 1936. Nippo diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Jepun pada 1937.[1] Pertunjukan kebangsaan pertama Nippo diadakan di Tokyo pada 6 November 1932.

Kumpulan ini meraikan ulang tahun ke-60-nya pada 1988, dan pada 1992 mempunyai kira-kira 16,000 orang anggota dengan pendaftaran tahunan 60,000 ekor anjing.[1] Nippo semasa ini mengadakan satu pertunjukan kebangsaan pada musim luruh, dan pertunjukan rantauan pada setiap musim luruh dan musim bunga.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Haskett, Gretchen; Susan Houser (1997). The Total Shiba. Loveland, Colorado: Alpine Publications. ISBN 1-57779-049-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]