Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain merupakan ketua juru terbang Penerbangan Malaysia (MAS). Beliau sering diundang sebagai tetamu untuk mengulas kehilangan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014. Beliau pernah mengembara mengelilingi dunia menggunakan motosikal.

Keluarga dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nik Huzlan dibesarkan dalam keluarga guru di Kelantan.Beliau mempunyai 4 adik beradik Hingga usianya 9 tahun pada 1967 apabila keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau menamatkan pelajaran Tingkatan 5 di Victoria Institution dan masuk Kolej Penerbangan Diraja Selangor pada 1975.

Isteri pernah menjadi Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines. Bapa Mertuanya adalah bekas Ketua Jurutera MAS.Nik Ahmad Huzlan pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau terpilih dari 3,000 calon juruterbang . Hanya 12 orang sahaja diperlukan. Nik Huzlan bersama MAS bermula pada 1979 serta pernah membawa pesawat penumpang F27, Boeing 737 dan 777. Lebih 30 tahun, Nik Huzlan terbang ke seluruh dunia, malah pernah membawa bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton pada 2005 dan penerbangan besar lain.

Keliling dunia dengan motosikal[sunting | sunting sumber]

Pengembaraan mengikut jalan darat banyak memberi sentuhan lebih dekat dengan masyarakat. Beliau merentas beberapa benua , antaranya Amerika Syarikat, Asia Tenggara, Eropah dan Himalaya. Sepanjang perjalanan, beliau sering disambut dengan layanan mesra oleh penduduk setempat sepanjang membawa motosikal. Orang lebih mesra bila kamu naik motosikal masuk kampung mereka daripada bawa kereta. Jadi bila mesra, hati mereka terbuka kemudian kita boleh bertukar pandangan dan bercakap," katanya.Pertemuan dengan orang ramai ke tempat yang dikunjunginya banyak menambah pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya sesuatu tempat itu. Ia menambahkan pengalaman, pengetahuan, memahami budaya, perangai dan makanan.

Selain daripada teknik membawa motorsikal yang betul, perkara yang paling penting dibawa bersama ketika berada di tempat orang adalah budi bahasa. Apabila mengembara naik motosikal, kita kena ingat bahawa harta paling baik yang kita bawa dalam poket, dalam dompet, dalam hati, dalam jiwa, jangan lupa budi bahasa.

Kosnya juga lebih murah jika dibandingkan dengan kereta, ada juga sedikit cabaran dengan motosikal ini. Sejak lima tahun lepas beliau berjinak dalam aktiviti mengembara motosikal jarak jauh (overlanding) . Beliau sudah bawa motosikal berkuasa besar lebih 40 tahun, tetapi selama itu lebih banyak naik dalam negara dan tidak suka pergi jauh. [1]

Tragedi MH370 dan MH17[sunting | sunting sumber]

Namanya menongkah naik apabila sering memberi pandangan tentang MH370 dan MH17 .Beliau dijemput oleh Berita Astro Awani, Berita Buletin TV3, NTV7 dan RTM untuk menjelaskan sesuatu perkara tentang hal ehwal penerbangan. Beliau pernah menjadi ketua juru terbang MAS.Beliau menggunakan bahasa dan analogi mudah untuk menerangkan perkara teknikal.

Secara bandingan, pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kapten Nik Huzlan, juruterbang keliling dunia dengan motosikal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-18. Dicapai pada 2014-09-16.