Nik Faizah Mustapha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato’ Nik Faizah Mustapha merupakan Tokoh Guru 2000 sempena Hari Guru 2000 .Kemudian anugerah Tokoh Belia Berjasa 2005 (Wanita) sempena Hari Belia Negara 2005.Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia.[1]


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1966 menjadi guru siswazah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur (1972 – 1975), di Pusat Perkembangan Kurikulum (1975 – 1987), Timbalan Pengarah II Lembaga Peperiksaan (1987 – 1990), Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas (1990 – 1993), Timbalan Pengarah I Bahagian Pendidikan Guru (1993) dan Ketua Nazir Sekolah dan Jemaah Nazir Malaysia (1993 – 1997).

1997-2002 bersara dan dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pandu Puteri[sunting | sunting sumber]

Kini berkhidmat secara sukarela di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai Pengurus Pandu Puteri. Beliau menjadi ahli Pandu Puteri (1922 – 1957) dan ahli Kadet (1958 – 1959) di Malay Girls College, Kuala Lumpur. Beliau mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Seminar Juliette Low di Our Chalet, Switzerland pada 1960.

Beliau menjadi Pemimpin Pandu Puteri di Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK Kg Baru Kuala Lumpur (1966-1972). Kemudian Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri di peringkat kebangsaan (1972-1978) dan (1980-1983). Beliau turut menghadiri Persidangan Dunia Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) di Iran pada Julai 1978.

1983-1993 Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia.Ketika itu beliau dilantik sebagai AJK Rantau Asia Pasifik, WAGGGS (1984-1987) dan (1987-1990).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau penerima anugerah Tokoh Guru 2000 sempena Hari Guru 2000 .Kemudian anugerah Tokoh Belia Berjasa 2005 (Wanita) sempena Hari Belia Negara 2005.

Pada 28 Oktober 2006 ,dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Yang Hormat Dato’ oleh KDYMM Sultan Pahang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-10-14.