Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Yang Berhormat Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bachok, Kelantan | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Marzuk Shaary |
Digantikan oleh | Syahir Sulaiman |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 06 Jun 2015 – 17 April 2017 | |
Timbalan | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Didahului oleh | Suhaizan Kayat |
Digantikan oleh | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pasir Mas, Kelantan | |
Dalam jawatan 05 Mac 2013 – 09 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Ibrahim Ali |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Majoriti | 8,047 |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar)[1] | |
Memegang jawatan 01 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Sazmi Miah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kelantan | 22 Mac 1970
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Farah Abdul Fatah |
Ibu | Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak |
Bapa | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Hubungan | Nik Omar Nik Abdul Aziz (abang) Nik Adli Nik Abdul Aziz (abang) |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz atau Ustaz Nik Abduh adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Malaysia. Beliau juga merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Nik Abduh dilahirkan pada 22 Mac 1970. Mula menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kota Jembal. Melanjutkan pendidikan menengah rendah di Madrasah Darul Anuar dan Maahad Muhammadi (Sekolah Lelaki). Selepas tamat belajar, beliau menyambung pelajarannya di dalam bidang keagamaan di Nadwatul Ulama Lucknow, India dan Darul Uloom, Deoband, India serta Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Selepas tamat belajar, beliau menjawat jawatan sebagai seorang pendidik :
- Maahad Muhammadi (sekolah lelaki) pada tahun 1995 (selama 7 bulan)
- Maahad Muhammadi (sekolah perempuan) (1997-1998)
- Guru penolong kanan 1 (GPK1) di Maahad Darul Anuar (1998-1999)
- Mudir di Maahad Darul Anuar (2000-2002)
- Mudir di Akademi Nun Berhad (2003)
- Pengetua di Maahad Tahfiz dan Pengajian Ugama Nikmatillah (2004 – 2007).
Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu selama 8 tahun.
Beliau bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya pada Pilihanraya Umum Ke 13 pada tahun 2013 di kerusi P.022 Pasir Mas dan memenangi mengalahkan Calon Bebas Dato' Ibrahim Ali.
Kini Ustaz Nik Mohamad Abduh menjawat jawatan Ahli Parlimen Bachok setelah memenangi dalam Pilihanraya Umum Ke 14 lalu dengan mengalahkan Calon Barisan Nasional, Awang Adek Hussin dan Calon Pakatan Harapan, Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292.
Politik[sunting | sunting sumber]
Dalam arena politik, Ustaz Nik Abduh memegang beberapa jawatan di peringkat Pusat sehingga ke Cawangan.
Pusat
- Ahli Majlis Syura (2015-2020)
- Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2013-2015)
- Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2017-Kini)
Pemuda
- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2015-2017)
- Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2011-2013)
- Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (2007-2011)
- Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (2007-2009)
- Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (2001-2007)
Kawasan
- Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa (2001-2009)
Cawangan
- Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Pulau Melaka.
Penulisan[sunting | sunting sumber]
Nik Mohamad Abduh pernah menghasilkan beberapa karya penulisan dalam bentuk buku, iaitu:
- Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (2017). Arca Yang Berdiri. Kuala Lumpur: Jundi Resources. ISBN 9789675968679.
- Nik Mohamad Abduh (Februari 2010). Sepahit Jadam. Kuala Lumpur: Jundi Resources. ISBN 9789834460662.
- Nik Mohammad Abduh; Riduan Mohamad Nor (April 2012). Hikmah yang mengalir daripada sang murabbi. Kuala Lumpur: JUNDI Resources. ISBN 9789675968204.
Beliau turut aktif menerbitkan penulisan melalui kolum Terang Rembulan yang disiarkan di akhbar rasmi PAS, Harakah.
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PAS | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | 36,188 | 48.93 | -1.21 | |
BN | Awang Adek Hussin | 32,896 | 44.48 | -5.38 | |
PH | Zulkifli Zakaria | 4,880 | 6.60 | +6.60 | |
Jumlah undi | 73,964 | 100.00 | |||
Undi rosak | 1,148 | ||||
Undi tidak dikembalikan | 833 | ||||
Peratus unjuran | 75,945 | 82.01 | |||
Daftar pemilih | 92,606 | ||||
Majoriti | 3,292 | 4.45 | |||
PAS kekal | Peralihan | +2.09 | |||
Sumber "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Kelantan [P.U. (B) 234/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 3 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal] "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Kelantan [P.U. (B) 308/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal] |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "KPLB umum pelantikan lima pengerusi agensi di bawahnya". Bernama. Dicapai pada 1 Mei 2020.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- http://nikabduh.com/ - Blog Nik Mohamad Abduh
- Laman Facebook rasmi
- Kelahiran 1970
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Anak ahli politik Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Alumni Universiti Al-Azhar
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Keluarga Nik Abdul Aziz Nik Mat
- Adik-beradik ahli politik Malaysia
- Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Penulis Malaysia