Pergi ke kandungan

Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB
Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 4 Julai 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
TimbalanHuang Tiong Sii
Didahului oleh
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Setiawangsa
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menyandang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Ahmad Fauzi Zahari
Majoriti12,164 (PRU-15)
14,372 (PRU-14)
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
4 Julai 2022 – 24 Mei 2025[1]
PresidenAnwar Ibrahim
Ketua Pemuda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
22 Ogos 2014 – 15 November 2018
Didahului olehShamsul Iskandar Md Akin
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains, Teknologi dan Inovasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
26 September 2014 – 9 Mei 2018
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali
Didahului oleh Halimah Ali
Digantikan oleh Shaharuddin Badaruddin
Ahli Dewan Negeri Selangor
bagi Seri Setia
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Seripah Noli Syed Hussin
Digantikan oleh Shaharuddin Badaruddin
Majoriti4,663 (PRU-13)
2,863 (PRU-12)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
21 Jun 2013 – 26 September 2014
Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan
Didahului oleh Haniza Mohamed Talha
Digantikan oleh Mohd Shafie Ngah
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
Dalam jawatan
26 Mac 2008 – 22 Jun 2010
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Didahului olehKarim Mansur
Digantikan olehFaekah Hussin
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
16 Ogos 2010 – 11 September 2013
Didahului olehJonson Chong
Digantikan olehFahmi Fadzil
Maklumat peribadi
Lahir (1982-01-12) 12 Januari 1982 (umur 43)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PKR
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan
PasanganDr. Imaan Abdul Rahim (k. 2005; c. 2019)[2]
Noor Farah Rahim (k. 2021)[3]
AnakNik Ilhan
Kediaman
Tempat belajarKing's College London
PekerjaanAhli politik
Laman webwww.niknazmi.com

YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (lahir 12 Januari 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia dan Ahli Parlimen Setiawangsa. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Pada 28 Mei 2025, beliau mengumumkan meletakkan Jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia berkuatkuasa 4 Julai 2025 dan mengumumkan akan mula bercuti bermula 29 Mei 2025 sehingga 3 Julai 2025. [4]

Kehidupan peribadi

Nik Nazmi bin Nik Ahmad dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Januari 1982 dan ibu bapanya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau membesar di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 2000, beliau menerima biasiswa daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk mengikuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, di mana beliau telah dipilih sebagai Presiden Majlis Pelajar.

Nik Nazmi kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di King's College London. Beliau aktif dalam pelbagai badan pelajar termasuk UKEC, Persekutuan Persatuan Pelajar Islam dan Labour Students. Pada tahun 2005, beliau telah dipilih sebagai perwakilan King's College ke Persidangan National Union of Students (United Kingdom).

Beliau berkhidmat dengan penajanya, PNB, selama kurang daripada setahun sebelum menyertai pejabat Ketua PKR, Anwar Ibrahim, pada tahun 2006. Beliau membayar semula penajanya dengan mengambil pinjaman cagaran atas harta keluarga.

Pendidikan

Beliau bersekolah di SRK La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di King’s College, University of London dalam jurusan undang-undang.

Di sekolah aktif sebagai pembahas Bahasa Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 1997-1999. Beliau sebahagian daripada pasukan pembahas yang memenangi Piala Dato' Shukor Abdullah dan Piala Perdana Menteri. Pernah menjadi wakil ke Nadwah Kepimpinan Islam, Labu, Negeri Sembilan 1998 . Seterusnya menjadi Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, 2001.

Semasa di luar negara , beliau menjadi Naib Pengerusi. Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC), London, 2003 . Seterusnya Presiden Persatuan Alumni Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin 2003 . Pernah menjadi AJK Politik Mahasiswa, Federation of Students’ Islamic Societies United Kingdom (FOSIS), London, 2003-2005 dan Perwakilan King’s College London, National Union of Students, London 2005.[5]

Kerjaya

Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuala Lumpur menerima beliau bekerja di sana sebagai Eksekutif Perundangan dari Ogos 2005-Jun 2006. Kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima resume beliau untuk menjadi Setiausaha Sulit dari Jun 2006 hingga Mac 2008. [6] Beliau menjadi penulis diari merah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Azmin Ali.[perlu rujukan]

Pengalaman politik dan sosial

Beliau merupakan blogger / penggiat internet yang cukup menarik dalam media Malaysia. Artikel beliau memberi kelainan tersendiri dan dihargai ramai . Webzine / blog beliau ialah di Suaraanum.com Diarkibkan 2013-04-09 di Wayback Machine.

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Open Dialogue Centre, Kuala Lumpur.

Beliau menjadi pengasas dan koordinator, Pusat Tuisyen UPSR Sukarela Desa Mentari, Kelana Jaya, 2007. Pernah menjadi penyumbang dan pengulas di pelbagai media seperti BBC World Service, Channel News Asia, The Edge & The Sun.

Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan, Bahagian Kelana Jaya, 2006 hingga kini. Beliau merupakan salah seorang daripada AJK Angkatan Muda KeADILan Pusat, Exco & Timbalan Ketua Biro Penggemblengan Belia, Wanita & NGO, 2007-kini.[7]

Nik Nazmi dilantik Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor pada Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun 2010. Beliau dilantik sebagai Pengarah Komunikasi KeADILan pada Ogos 2010 sehingga September 2013, dan kemudiannya digantikan oleh Nurul Izzah Anwar .[8]

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad PH (PKR) 34,434 Nurul Fadzilah Kamaluddin PN (BERSATU) 22,270 12,164
Izudin Ishak BN (UMNO) 16,333
Bibi Sunita Sakandar Khan GTA (PEJUANG) 953
Mior Rosli BEBAS 492
Stanley Lim Yen Tiong BEBAS (RUMAH) 282
2018 Nik Nazmi Nik Ahmad PH (PKR) 34,471 Zulhasnan Rafique BN (UMNO) 20,099 14,372
Ubaid Abd Akla PAS 6,282

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Dewan Negeri Selangor

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad PKR 18,692 Abdul Halim Saad BN (UMNO) 14,029 4,663
2008 Nik Nazmi Nik Ahmad PKR 13,838 Seripah Noli Syed Hussin BN (UMNO) 10,975 2,863

Ketua Pemuda PKR

Pada 22 Ogos 2014, Nik Nazmi menang kerusi Ketua Pemuda PKR . Namun 14 daripada 16 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya . Beliau berjaya menewaskan Amirudin Shari dan Mohd Nazree Mohd Yunus dengan undi tipis dalam pengiraan semula undi di kawasan Pensiangan, Sabah. Nik Nazmi mendapat 509 undi sementara Amirudin (Adun Batu Caves) memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi. Kes hampir sama apabila Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai ketua selepas ketua waktu itu Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan parti. Pemilihan PKR 2014 menyaksikan insiden pergaduhan dan beberapa ahli cedera.[9][10]

Isu

Bebas anjur perhimpunan haram

Pada 6 Mei 2014, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan bekas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 17 Mei 2013.Hakim Yasmin Abdul Razak menerima permohonan peguam, N. Surendran atas alasan Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskannya daripada dakwaan sama. [11]

Pada 25 April 2014, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis (10 hari lebih awal), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.[12]

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof , Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara melepas dan membebaskan Nik Nazmi (32 tahun) di samping mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia bercanggah dengan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 302 Kanun Tatacara Jenayah.[13]

Projek Mentari

Projek Mentari adalah hasil idea Nik Nazmi Nik Ahmad. Ia sepatutnya untuk menggalakkan aktiviti pembelajaran alternatif bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Desa Mentari, Petaling Jaya. Desa Mentari dipilih sebagai lokasi penanda aras kerana terdapat kanak-kanak terpaksa berdepan masalah sosial yang melampau, kekangan kewangan kepada isu-isu keselamatan asas dan juga masalah keluarga yang serius. Projek Mentari aktif dan dana program meningkat.[14][15]

Rujukan

  1. ^ https://www.kosmo.com.my/2025/05/24/senarai-penuh-keputusan-pemilihan-pusat-pkr-2025-2028/
  2. ^ Nik Nazmi sah bercerai
  3. ^ Nik Nazmi selamat bernikah gadis pilihan
  4. ^ https://www.buletintv3.my/nasional/nik-nazmi-letak-jawatan-menteri-nres/
  5. ^ "Islam Today, Youth & New Media, University of California at Berkeley" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-16.
  6. ^ Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah
  7. ^ "Biodata YB Nik Nazmi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-28. Dicapai pada 2008-03-22.
  8. ^ Setpol Nurul Izzah Pengarah Komunikasi PKR baru
  9. ^ Exco tinggalkan dewan semasa Ketua Pemuda PKR baru berucap
  10. ^ "Exco tinggalkan dewan semasa Ketua Pemuda PKR baru berucap - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exco-tinggalkan-dewan-semasa-ketua-pemuda-pkr-baru-berucap#sthash.q9PHcSe1.dpuf". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-24. Dicapai pada 2014-08-22. External link in |title= (bantuan)
  11. ^ Hakim benarkan permohonan peguam Nik Nazmi
  12. ^ Nik Nazmi dibebas daripada tuduhan anjur perhimpunan di Kelana Jaya
  13. ^ Nik Nazmi lepas tanpa bebas
  14. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=central&file=/2010/4/15/central/6036501
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-30. Dicapai pada 2013-02-26.

Pautan luar