Nikah, Cerai, Rujuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nikah, Cerai, Rujuk
GenreMelodrama
PengarahHaji Azman Haji Yahya (Jinggo) & Uzair Haqimy
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDua Muka - Aishahanim
Lagu penutupDua Muka - Aishahanim
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Disember 2022 – 2 Februari 2023
Kronologi
MengikutiSepi Tanpa Cinta
Diikuti olehDerhaka Sebuah Cinta

Nikah, Cerai, Rujuk ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2022. Dibintangi oleh Halim Radzi, Shaza Bae, Dynas Mokhtar, Eizlan Yusof, Noorkhiriah dan Zarul Umbrella. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 26 Disember 2022[1] menggantikan Sepi Tanpa Cinta.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan dugaan alam perkahwinan tiga pasangan - Dr. Alia (Dynas Mokhtar) dan Hisyam (Eizlan Yusof), Hanna (Shaza Bae) dan Adam (Halim Radzi) serta Sumaiyyah (Noorkhiriah) dan Azlan (Zarul Umbrella).[2]

Sumaiyyah, seorang suri rumah yang menjaga suami dan seorang anak, di mata kawan-kawannya, seorang ibu dan isteri yang sempurna, hakikatnya berhadapan dengan kisah kecurangan suaminya, Azlan yang jelas terlihat sehingga Sumaiyyah menjadi lali dengan kelakuannya.

Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan bahagia di mata kasar orang sekeliling, walaupun hakikatnya tidak kerana Hanna mempunyai seorang ibu mertua yang mengongkong anaknya dan keluarga Adam juga tidak menyukai Hanna.

Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan seorang kaunselor iaitu Dr. Alia yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru berkahwin. Namun apa yang orang lain tidak tahu, Dr. Alia juga sedang berhadapan dengan masalah bersama suaminya, Hisyam.

Dr. Alia mendapat tahu dia dimadukan tanpa pengetahuan selepas 20 tahun berkahwin. Dimadukan dengan Fatin, iaitu salah seorang pekerja di syarikat Hisyam, tetapi Dr. Alia mengambil keputusan untuk berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Nikah Cerai Rujuk mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
  2. ^ "Nikah, Cerai, Rujuk". Honeybie.com.