Nikita (sinetron)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nikita
FormatDrama
PengarahMaruli Ara
Gita Asmara
Dibintangi oleh
Dude Harlino
Nikita Willy
Jonas Rivanno Wattimena
Dirly Idol
Cathy Sharon
Asmirandah
Lagu pembukaanSaat Terakhir, ST12
Lagu penutupSaat Terakhir, St12
Negara asalIndonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan episod126 Episode
Penerbitan
PenerbitLeo Sutanto
LokasiJakarta
Tempoh siaran90 minit
Penyiaran
Saluran asalIndonesia RCTI
  • Siaran Negara Lain:
Malaysia TV9
Format gambar480i Standard Definition Television (SDTV)
Siaran asalIndonesia Isnin, 9 March 2009 - Jumaat, 17 Julai 2009
  • Siaran Negara Lain:
Malaysia : Isnin, 11 April - Jumaat, 9 Disember 2011 (dari siaran ulang pada tarikh Isnin, 2 April - Jumaat, 30 November 2012)
Kronologi
MengikutiCinta Fitri Season 1
Diikuti olehAnugerah

Nikita merupakan Sinetron bertemakan drama yang ditayangkan oleh RCTI yang diciptakan oleh Sinemart pada tahun 2009 mulai tarikh Isnin, 9 Maret sehingga tamat tarikh Jumaat, 17 Julai 2009 dengan jumlah oleh 126 Episode. Lagu tema soundtrack yang diambil berjudul Saat Terakhir yang penyanyikan vokal oleh ST 12 dengan sinetron ini dibintangi oleh Dude Harlino, Nikita Willy, Jonas Rivanno Wattimena, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah setiap hari pukul 18.00 WIB. Sinetron ini disutradarai oleh pasangan sutradara Maruli Ara dan Gita Asmara sementara penulisan skenario dipercayakan kepada Ina Rosamaya. Di Malaysia, drama ini sedang ditayangkan di TV9 (Malaysia) dari siaran langsung tayangan perdana pada tarikh Isnin, 11 April sehingga Jumaat, 9 Disember 2011 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 5:30 sehingga 6:30 petang dan siaran ulang pada tarikh Isnin, 2 April sehingga Jumaat, 30 November 2012 setiap Isnin hingga Khamis pukul 12:30 sehingga 1:30 tengahari.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Plot[sunting | sunting sumber]

Nikita (Nikita Willy) adalah seorang gadis yatim piatu yang tegar dan pantang menyerah. Malang bagi Nikita, sebuah kemalangan menimpanya beberapa tahun yang lalu, sehingga matanya buta. Nikita tiap-tiap kali ke hospital, mencari donor kornea. Namun 7 tahun berlalu, ia belum mendapatnya. Dia sentiasa ditemani sahabatnya Lani (Jessica Mila) yang malah tidak pernah dia lihat. Akhirnya Nikita mendapat donor mata daripada Dokter Prita (Cathy Sharon), setelah dia meninggal kerana kemalangan Arven (Dirly Idol).

Dalam satu sisi Nikita bahagia kerana akhirnya telah mendapat donor mata, tapi di sisi lain keluarga Prita merasa amat menderita kerana kehilangan tersebut. Padahal beberapa tahun yang lalu, anak bongsu mereka meninggal kerana terbawa arus sungai. Kini mereka harus menerima sebuah kenyataan yang pahit sekali lagi. Kini, hanya tinggal Vano (Jonas Rivanno) anak mereka yang tersisa. Ibu Prita, Diana (Lydia Kandou) mengigau terus manggil-manggil nama Prita. Dan ayahnya, Tegar (Anwar Fuady) hanya dapat melihati istrinya dengan sedih.

Donny (Dude Harlino) baru sahaja kembali dari Amerika, selepas menamatkan studi S2- beliau. Matlamat lain dia pulang ke Jakarta adalah kerana dia ingin meluahkan cintanya kepada Prita. Padahal ibu bapanya yang merupakan ahli perniagaan kaya telah menjodohkan Donny dengan Belinda (Raya Kohandi), yang merupakan anak orang Datuk Bandar. Tetapi Donny menolaknya, tanpa dia tahu bahawa Prita telah meninggal.

Nikita yang sudah boleh melihat, berusaha mencari tahu siapa orang yang sudah menderma mata kepadanya. Selepas tahu, Nikita datang ke rumah keluarga Prita, tepat pada 40 hari meninggalnya Prita. Tetapi selepas tiba di sana, Arven tetiba mengatakan kepada semua orang yang hadir bahawa Nikita yang menyebabkan Prita meninggal. Nikita dihina oleh seluruh keluarga Prita, tanpa mereka pernah tahu bahawa Nikita adalah anak mereka yang hilang terbawa arus sungai. Nikita sangat terkejut mendengar itu, ia tidak berfikir bahawa dia adalah penyebab kemalangaan yang membuatkan Prita meninggal.

Sampai suatu hari Nikita harus menggantikan Belinda menemui seseorang untuk menebus kesalahan. Betapa terkejutnya Nikita ternyata pria tersebut adalah Donny. Donny terkejut pula, kerana dia tak tahu bahawa gadis yang tiap-tiap kali bertemu dengannya, ternya itu adalah anak datuk bandar. Nikita dan Donny menjadi dekat. Tapi kedekatan itu membuat Nikita tidak tahan hidup dalam kedustaan. Sebelum Nikita memberitahu kebenaran pada Donny, Donny terlanjur mengetahuinya daripada Belinda. Donny pun marah pada Nikita dan meninggalkannya kerana kecewa.

Di lain pihak, Nikita mula sering bertemu dengan Vano. Mulanya Vano sangat membenci Nikita kerana kematian Prita, namun lambat laun kebencian itu betukar menjadi cinta. Vano berusaha mendapat Nikita, tanpa tahu bahawa Nikita adalah adik kandungnya. Selepas tahu Nikita adalah adik kandungnya, Vanno pasrah dan marah tiap-tiap kali melihat Nikita dan Doni jalan berdua. Namun kemarahannya terhenti saat ia dan Dokter April (Asmirandah) dating selepas sebelumnya menjadi musuh yang selalu saling mengejek.

Lalu masalah lain datang, kerana Diana yang merupakan ibu kandung dari Nikita pun terkena penyakit Alzheimer, sebuah penyakit demensia, dan Diana lupa terhadap Nikita, dan kerana memori beliau tidak menentu, Diana sentiasa menghina dan marah dengan Nikita kerana dia penyebab kematian Prita. Masalah lain datang lagi, apabila Arven dan Lani akan berkahwin 3 hari lagi, terpaksa dibatalkan kerana Lani kemalangan dan meninggal. Arven marah lagi kepada Nikita kerana Lani kemalangan kerana pergi untuk menemui Nikita. Arven menuduh Nikita telah membunuh dua orang calon pengantinnya (Prita dan Lani).

Tak tahan kerana di Jakarta terlalu banyak masalah, Nikita pun akhirnya memilih pergi ke Bogor, dan menetap di sebuah perkampungan pesantren milik kawan lama Tegar. Nikita kembali mendapat sahabat baru bernama Latifah yang ternyata adalah peminat Vano. di kampung itu pun, Nikita bertemu dengan Ridho yang ternyata suka terhadap Nikita. Namun mereka sempat pecah kerana Ridho masuk dalam kes rogol daripada beliau kepada Fatimah, gadis yang akan berkahwin dengan Argo, saudara Ridho. Kerana cintanya pada Ridho, keyakinan Nikita pada Donny pun mulai goyah, dan membuatkan Nikita sering memikirkan Ridho dibanding Donny. Kejadian pun berlanjut kerana Ridho mengawan Nikita, tanpa diketahui Donny. Dalam akhir cerita, Ridho dan Nikita pergi ke rumah Donny untuk menjelaskan semuanya, bahawa Ridho tidak jadi menikahi Nikita. Mulanya, Donny menolak permohonan maaf daripada Nikita, namun selepas Nikita bersungguh-sungguh menjelaskan, Akhirnya Donny mengerti, akhirnya Donny belutut di kaki Evita (Debbie Cynthia Dewi), ibu Donny sambil meminta restu. Evita pun akhirnya merestui Donny dan Nikita dan akhirnya Donny dan Nikita menikah dan Dokter Prita (Cathy Sharon) melihat album kenangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]