Nimr al-Nimr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nimr al-Nimr
Nama asal
  • نمر باقر النمر
atau
  • نمر باقر آل نمر
Lahir1959
Al-Awamiyah, Ash Syarqiyah, Arab Saudi
Mati2 Januari 2016 (56 ke 57 tahun)
Arab Saudi
KerakyatanSaudi
EthnicityArab
PendidikanIran, Syria[1]
PangkatSyeikh, ayatollah
AgamaIslam[1]
DenominasiSyiah Dua Belas Imam
Website
www.sknemer.com


Nimr Baqir al-Nimr (Arab: نمر باقر النمر Nimr Bāqr an-Nimr;[1] 1959 – 2 Januari 2016; juga dirumikan kepada Bakir al-Nimr,[2] al-Nemr,[3] al-Namr,[4] al-Nimer, al-Nemer, al-Namer), umum digelar Sheikh Nimr, ialah seorang Syeikh Syiah di al-Awamiyah in Wilayah Syarqiyah, Arab Saudi yang penangkapan dan hukuman matinya mencetuskan ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan Syiah dan Sunah.[5] Beliau terkenal dalam kalangan belia[1][6] dan sering membidas kerajaan Arab Saudi[1] di samping menyeru akan pilihan raya di Arab Saudi.[7] Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi pada 2006, ketika beliau didakwa dirinya tertindas oleh Mabahith.[1] Pada 2009, beliau membidas pihak berkuasa Saudi serta berhujah bahawa hak-hak rakyat Syiah Saudi tidak dihormati, maka Wilayah Syarqiyah harus berpecah dari Arab Saudi.[8][5]</ref>[9] Pihak berkuasa Saudi bertindak balas dengan mencekup beliau dan 35 orang lagi.[8][4] Sewaktu peristiwa bantahan beramai-ramai di Arab Saudi pada tahun 2011-12, al-Nimr menyeru para penunjuk perasaan untuk menentang ugutan polis dengan "berjuang dengan tempikan suara" daripada bertindak ganas,[3][10] sambil meramal kejatuhan kerajaan Saudi sekiranya penindasan berterusan.[11] Akhbar Inggeris The Guardian menyifatkan al-Nimr sebagai salah seorang "ketua pemberontakan."[6]

Pada 8 Julai 2012, polis Saudi menembak betis al-Nimr lalu mencekup beliau dalam peristiwa yang disifatkan oleh pihak polis sebagai "tembak-menembak."[12][13] Polis Saudi turut menembak ke arah kerumunan ribuan orang yang membantah penangkapan al-Nimr, menyebabkan dua orang terbunuh iaitu Akbar al-Shakhouri dan Mohamed al-Felfel.[13][14][15] Al-Nimr melancarkan mogok lapar dan khabarnya telah diseksa.[15][16][17] Pusat Hak Asasi Manusia Asharq meluahkan kebimbangan atas kesihatan al-Nimr ketika mogok pada 21 Ogos dan menyeru bantuan antarabangsa untuk membolehkan beliau dilawati oleh sanak-saudara, peguam dan pejuang hak asasi manusia.[18]

Pada 15 Oktober 2014, al-Nimr dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Jenayah atas kesalahan "mengundang 'campur tangan asing' di Arab Saudi, 'ingkar' kepada pemerintah dan melawan angkatan keselamatan dengan senjata."[19] Saudara beliau, Mohammad al-Nimr dicekup pada hari yang sama kerana men-tweet-kan maklumat tentang hukuman mati tersebut.[19][20] Al-Nimr dimatikan pada 2 Januari 2016 di samping 46 orang lain.[21] Penghukuman matinya itu dikecam oleh negara Iran dan ahli-ahli Syiah di seluruh Timur Tengah dan juga oleh tokoh-tokoh Barat dan ahli-ahli Sunah yang menentang amalan asabiyah (sektarian). Kerajaan Saudi menyatakan bahawa mayatnya tidak akan diserahkan kepada keluarga arwah.[22]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Gfoeller, Michael (2008-08-23). "Meeting with controversial Shi'a sheikh Nimr". WikiLeaks. Templat:WikiLeaks cable. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-23. Dicapai pada 2012-01-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ "Shia reformist Nimr Bakir al-Nimr persecuted by security forces for criticising government policies". IFEX/ANHRI. 2009-03-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-21. Dicapai pada 2012-02-21. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Sheikh Nemr Refuses Use of Violence against Security Forces". Rasid News Network. 2011-10-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-17. Dicapai pada 2012-02-17. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ a b "Shi'a men and teenagers held incommunicado by Saudi Arabian authorities". Amnesty International. 2009-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-21. Dicapai pada 2012-02-21. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b Laessing, Ulf; Reed Stevenson; Michael Roddy (2011-02-22). "Watching Bahrain, Saudi Shi'ites demand reforms". Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-21. Dicapai pada 2012-02-21. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Matthiesen, Toby (2012-01-23). "Saudi Arabia: the Middle East's most under-reported conflict". London: The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-23. Dicapai pada 2012-01-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Saudi execution of Shia cleric sparks outrage in Middle East". The Guardian. 2 January 2016.
  8. ^ a b Abu-Nasr, Donna (2009-04-01). "Saudi government cracks down on Shiite dissidents". The San Diego Union-Tribune/AP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-21. Dicapai pada 2012-02-21. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Hemeid, Salah (2009-05-07). "Bomb-for-peace". Al-Ahram Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-22. Dicapai pada 2012-02-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Abul-Samh, Rashid (2011-10-13). "Saudi Shias riot yet again for better conditions". Al-Ahram Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-22. Dicapai pada 2012-02-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ AGB/HGH (21 January 2012). "Saudi cleric warns Al Saud regime". Press TV. Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 24 January 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  12. ^ "Al-Awamiyah instigator arrested". Saudi Gazette/Saudi Press Agency. 2012-07-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-22. Dicapai pada 2012-02-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ a b Al Sharif, Asma; Angus McDowall; Sami Aboudi; Christopher Wilson (2012-07-08). "Saudi police arrest prominent Shi'ite Muslim cleric". Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-10. Dicapai pada 2012-07-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ السلطات تمنع تشييع عقيلة آية الله النمر والآلاف يخرجون في مسيرة غاضبة (dalam bahasa Arab). Awamia.net. 2012-08-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01. Dicapai pada 2012-08-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ a b "Saudi protest crackdown leaves two dead". Al Jazeera English. 2012-07-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-10. Dicapai pada 2012-07-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "'Sheikh Nimr Tortured by Saudi Authorities'". Al-Manar. 2012-07-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 2012-07-18. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "Saudi Arabia's jailed Sheikh Nemr goes on hunger strike". Press TV. 2012-07-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-19. Dicapai pada 2012-07-19. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ مركز الشرق يجدد قلقه على سلامة الوضع الصحي والانساني للشيخ نمر باقر النمر (dalam bahasa Arab). Asharq Center for Human Rights. 2012-08-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-22. Dicapai pada 2012-08-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ a b "Saudi Shia cleric Nimr al-Nimr 'sentenced to death'". BBC News. 2014-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-15. Dicapai pada 2014-10-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ "Saudi Arabia: Appalling death sentence against Shi'a cleric must be quashed". Amnesty International. 2014-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-15. Dicapai pada 2014-10-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  21. ^ "Saudi announces execution of 47 'terrorists'". Al Jazeera. Dicapai pada 2 January 2016.
  22. ^ "Saudi govt. secretly buries Sheikh Nimr's body". Mehr News Agency. 3 January 2016.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "presstv_alnimr_tortured22jul2012" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "ESSHR_fivecourtappearances" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "AI_AliNimr_exec_risk_2015" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Huff_ArabSpring_activist" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.