Azharina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nina)
Azharina
Kelahiran
Azharina binti Azhar

(1985-03-11) 11 Mac 1985 (umur 39)
Pekerjaan
Tahun aktif2001 - kini
Anak-anakAnak angkat - Rahmat Azharin Aziz Mohd. Faisal (lahir 2014)
Rizqie Azharin Azhar (6 - 28 Mac 2017)
Ibu bapaAzizah Ibrahim
Azhar M.Y. Ahmad
Saudara4 adik-beradik
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music, Millenium Art Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Misha Omar,
Sarah Raisuddin,
Gegar Vaganza 3

Azharina Azhar (lahir 11 Mac 1985) atau lebih dikenali sebagai Azharina merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia sejak 2001. Beliau popular melalui lagu Elegi Sepi, seterusnya mulai terkenal dengan beberapa hits single beliau antaranya Rawan, Rasa, Tsunami Kasih dan banyak lagi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Azharina Azhar dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Dibesarkan di dalam keluarga seni oleh bapanya Azhar bin Datuk Hj. M.Y. Ahmad dan ibunya Azizah Ibrahim, datuk Azharina ialah Allahyarham Datuk Hj. Ahmad Mohd. Yassin (M.Y. Ahmad), seorang penyanyi tempatan Sabah berbahasa Melayu berketurunan peranakan campuran Pakistan (Pashtun) serta Kadazan-Dusun (Orang Sungai). Beliau lebih mesra dipanggil dengan nama timangan Nin dan pernah bersekolah di SM Stella Maris, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sehingga tamat PMR dan beliau sangat aktif bersukan di sekolah dengan menyertai pasukan bola sepak, hoki dan tinju.

Beliau menjauhkan diri dari bidang seni selama setahun setengah selepas menjadi Juara Bintang RTM 2001 untuk fokus pada pelajaran dan menduduki peperiksaan SPM di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Apabila keputusan SPM diumumkan, Azharina mendapat kelulusan yang cemerlang sehingga ditawarkan biasiswa oleh Kerajaan Sabah untuk melanjutkan pengajian di New York University dalam bidang muzik. Tetapi Azharina terpaksa menolak kerana harus bekerja untuk menyara tiga adiknya dan ibu, Azizah Ibrahim yang sudah bercerai dengan ayahnya.

Azharina mula menyanyi pada umur 3 tahun dan beliau mula menyertai pertandingan nyanyian sejak umur 5 tahun dan setakat tahun 2017, telah menyertai 108 pertandingan.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Juara Bintang RTM 2001[sunting | sunting sumber]

Azharina menjadi Juara Bintang RTM 2001 pada umur 16 tahun (tingkatan 4) pada 3 November 2001. Beliau berentap bersama enam peserta wanita dan dua lelaki termasuk dua nama besar tanahair iaitu Siti Sarah Raisuddin dan Misha Omar. Pada malam itu Azharina menyanyikan lagu Kau Lilin Cintaku dan Sinaran. Azharina membawa pulang wang tunai RM4000, sijil dan piala iringan. Peserta lain ialah Amir Mahiyiddin, 18, Mohd. Almi Mohd. Ali, 21, Rosmayati Yaacob, 21, Farawahida Razali, 16 dan Norhasmidar Ahmad, 15.[2]

Anugerah Era 2005[sunting | sunting sumber]

Lagu Elegi Sepi nyanyian Azharina juga dinobatkan Lagu Pop Pilihan rakyat Malaysia di Anugerah Era 2005 (AE2005) menewaskan artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Liza Hanim pada 17 September 2005.[3]

Hits 1 Tv1[sunting | sunting sumber]

Azharina memenangi tempat kedua bagi kategori Lagu Terbaik di acara anugerah Hits 1 Tv1 menerusi lagu Elegi Sepi dalam pertandingan akhir Hits 1 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur pada 23 Januari 2006. Menerusi kemenangan tersebut, Azharina bersama pencipta lagu Elegi Sepi iaitu Azlan Abu Hassan dan penulis liriknya Julfekar berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi dan sijil. Ia merupakan lagu paling lama mengekalkan dalam carta Hits1 RTM 1 selama lebih 30 minggu bertahan dalam carta. Mereka tewas kepada juara iaitu Jaclyn Victor melalui lagu Gemilang ciptaan Aubrey Suwito dan penulis lirik Asmin Mudin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi dan sijil. [4]

Anugerah Juara Lagu ke-20[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Februari 2006, Azharina memasuki pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-20 TV3 dengan menyanyikan lagu Elegi Sepi dalam kategori Balada. Sayangnya Azharina tidak memenangi sebarang kemenangan pada malam tersebut.

Gegar Vaganza 3[sunting | sunting sumber]

Azharina dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza (musim 3) (GV 3) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Disember 2016 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Minggu 1 - Elegi Sepi
Minggu 2 - 'Sinaran' (Sheila Majid) - vokal terbaik
Minggu 3 - 'No Woman No Cry' (Bob Marley)
Minggu 4 - 'Doa Buat Kekasih' (Khatijah Ibrahim & Ramli Sarip) - Duet bersama Haleeda
Minggu 5 - 'Berhenti Berharap' (Sheila on 7)
Minggu 6 - 'Kejoraku Bersatu' (Kumpulan Search)
Minggu 7 round 1 - 'I Wanna Dance With Somebody' (Whitney Houston)
Minggu 7 round 2 - 'Fantasia Bulan Madu' (Kumpulan Search) - Duet bersama Black
Minggu 8 round 1 - 'Mama Aku Ingin Pulang' dan 'Izinkanlah' (Nike Ardilla)
Minggu 8 round 2 - 'Kesetiaan' (Siti Sarah) - 'Battle' bersama Siti Sarah

Carta Penyingkiran Gegar Vaganza 3[sunting | sunting sumber]

Minggu: 1 (16/Okt)1 2 (23/Okt) 3 (30/Okt) 4 (6/Nov)2 5 (13/Nov) 6 (20/Nov)3 Semifinal (27/Nov) Final (4/Dis) Purata
Kedudukan Peserta KEPUTUSAN
1 Azharina Ke-2 Ke-3 PERTAMA Ke-8 (3 Terbawah) PERTAMA Ke-4 PERTAMA JUARA 2.63
2 Siti Sarah PERTAMA Ke-2 Ke-2 Ke-9 (3 Terbawah) Ke-5 Ke-2 Ke-3 NAIB JUARA 3.25
3 Zarul Umbrella Ke-3 PERTAMA Ke-3 Ke-6 Ke-2 Ke-5 Ke-2 KETIGA 3.13
4 Ameng Ke-11 (3 Terbawah) Ke-5 Ke-6 Ke-2 Ke-8 (3 Terbawah) PERTAMA Ke-5 KEEMPAT 5.25
5 Intan Sarafina Ke-7 Ke-9 Ke-7 Ke-4 Ke-4 Ke-6 (3 Terbawah) Ke-4 KELIMA 5.75
6 Gmie Screen Ke-10 (3 Terbawah) Ke-6 Ke-4 PERTAMA Ke-3 Ke-7 (3 Terbawah) Ke-6 KEENAM 5.38
7 Nora Ke-4 Ke-4 Ke-5 Ke-3 Ke-6 Ke-3 Tersingkir 4.57
8 Zur Eda Ke-8 Ke-8 Ke-8 Ke-7 Ke-7 (3 Terbawah) Tersingkir 7.67
9 Shidi Data Ke-6 Ke-11 (3 Terbawah) Ke-9 (3 Terbawah) Ke-5 Tersingkir 8.00
10 Elly Mazlein Ke-9 Ke-7 Ke-10 (3 Terbawah) Tersingkir 9.00
11 Rem Ke-5 Ke-10 (3 Terbawah) Tersingkir 8.67
12 Razis Ismail Ke-12 (3 Terbawah) Tersingkir 12.00
  • ↑Nota 1  Tiada penyingkiran di minggu pertama.
  • ↑Nota 2  Tiada penyingkiran di minggu keempat, tetapi Elly Mazlein telah menarik diri dan kebetulan markahnya juga adalah yang terendah pada minggu tersebut.
  • ↑Nota 3  Imuniti digunakan keatas Gmie Screen bagi menyelamatkan dia dari penyingkiran.

Profil vokal[sunting | sunting sumber]

  • Jenis vokal: Mezzo Soprano
  • Julat vokal: 2 Oktaf 5 nota dan separa nada (Eb3-C6)

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anak angkat[sunting | sunting sumber]

Pada 30 September 2014, sepupu beliau, Mohd. Faisal menyerahkan tanggungjawab membesarkan anaknya kepada Azharina iaitu Rahmat Azharin Aziz Mohd. Faisal. Dari waktu itulah Azharina menjadi ibu angkat kepada Rahmat Azharin. [5]
Keputusan Azharina untuk mengambil anak angkat kedua iaitu Rizkie Azharin Azhar Abdullah (lahir 5 Mac 2017) berlaku secara tidak sengaja. Pada awalnya Azharina hanya membantu ibu kepada kanak-kanak berkenaan namun wanita itu mengambil keputusan menyerahkan bayi yang dilahirkan kepadanya kerana kesempitan hidup.[6]
Walaubagaimanapun, umur Rizkie tidak panjang kerana telah pulang ke rahmatullah pada 28 Mac 2017 di Hospital Putrajaya kerana pendarahan otak, buah pinggang yang rosak dan darah mempunyai asid yang tidak sesuai. [7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

CD Single[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album
2003 Seandainya Azharina
2004 Di Hari Persandinganmu
Ketika Mentari Beradu
Elegi Sepi Nina
2005 Mimpi Bahagia
Rindu Padanya
2008 Rawan Rawan
(CD Single)
2009 Rasa Single
2013 Tsunami Kasih
2016 Cinta Ini
2017 Sekian Terima Kasih OST Drama Jejak Karmila

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2001 Bintang RTM Peserta TV1 Juara
2005 Anugerah Juara Lagu ke-20 Finalis TV3 Tercalon dengan lagu Elegi Sepi
2006 Hits 1 Peserta TV1 Naib Juara
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Peserta Astro Ria Juara
2023 Gegar Vaganza (musim 10) Finalis

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2001 Bintang RTM Peserta N/A Juara
2005 Anugerah Era Lagu Pop Pilihan Elegi Sepi Menang
2006 Hits 1 Tv 1 Lagu Terbaik Elegi Sepi Naib Juara
2016 Gegar Vaganza Musim Ke-3 Peserta N/A Juara
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]