Nina Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nina Iskandar
Kelahiran
Nur Akmalina binti Iskandar

(1991-08-04) 4 Ogos 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini
PasanganAzlan Adzanan (k. 2019)
Anak-anak1

Nur Akmalina "Nina" Iskandar (Jawi: نين إسكندر; lahir 4 Ogos 1991)[1] ialah seorang pelakon dan model wanita Brunei.[2] Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem Muka Surat Cinta (2014) arahan Pierre Andre dan sejak itu, beliau muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011. Sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara dua penyiar awam, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[4]

Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei.[5] Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions dan ditayangkan pada 23 Februari 2013.[5]

Pada 16 Januari 2014, beliau membintangi bersama Mikail Andre dalam filem drama romantik Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, yang menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Luna.[6]

Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3, lakonan bersama Shukri Yahaya dan Puteri Balqis.[7][8] Beliau juga berlakon sebagai watak utama bersama Fahrin Ahmad dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi yang disiarkan di TV3, dengan melakonkan watak sebagai Marina.[9]

Beliau memegang watak sebagai Hana dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Puteri Aishah yang bersiaran di TV2.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nina ialah anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.[10]

Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan,[11] namun beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya lakonan.[11]

Nina terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bibirnya koyak dan hidungnya patah semasa kemalangan melibatkan kereta milik beliau dan dua kereta lain pada 27 November 2018 di Kuala Lumpur.[12][13][14] Beliau berkata dalam temubual bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya sedang memandu di laluan tengah dan tiba-tiba kereta saya dilanggar,".[15] Insiden itu juga mengakibatkan Nina mengalami trauma.[16][17]

Pada 23 Mac 2019, Nina mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan yang telah mencalarkan imejnya dengan menerbitkan sebuah rencana yang berbaur fitnah. Portal tersebut memuat naik rencana itu dan menuduh beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah drama sehingga menyebabkan pengarah itu bercerai dengan isterinya.[18][19][20]

Beliau berkahwin dengan Azlan Adzanan pada 4 Ogos 2019, iaitu sempena hari ulangtahun Nina ke-28.[21] Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang dilahirkan pada 23 Disember 2019.[22]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Ada Apa Dengan Rina? Rina Filem Brunei, watak pembantu
2014 Muka Surat Cinta Luna Filem Malaysia pertama lakonan
Sniper Harlina
Lu, Gua, Bro! Hawa
Pengantin Malam Laila
2017 Hospital[23] Dahlia

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Rintihanku RTB Drama pertama Brunei
2012 Balkish
2013 Erna Suraya TV2 Drama pertama Malaysia
2014 Jika Itu Takdirku Qistina TV3
Raya Ni Mesti Kahwin Nana
2015 Dendam Semalam Linda
Padamu Aku Bersujud Zeta
Raya Ni Dah Kahwin Nana
Lari Mira Mira
2016 Sha & Shah Mariatie Astro Ria
Mr Tanda Soal Vee TV3
Terlarang Sudah Rinduku Erin TV9
2017 Papa Ricky Lola Astro Prima
Andainya Takdir Fatihah TV3
2018 Bicara Cinta Tertangguh Suriya Hanum Salam HD
Solat TV3 Episod: "Maafkan Aku Tuhan"
Andainya Takdir 2 Fatihah
Cinta Bukan Kristal Sofea Darlyna
Isteri Dalam Sangkar Siti Aisyah Hypp Sensasi
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Marina TV3
Kereta Sewa
Diari Tular TV2
Tolong Aku Doktor Cinta Hana
Rumah Siti Khadijah Fika TV3
Iktibar Episod: "Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Serambi Mama Yani TV3
Pondok Itu Rumahku
Sha, Shah & Syawal Mariatie Astro Ria
Kalau Aku Kaya Lia TV3
2017 13 Tiang Cinta Uzma TVi
Siapa Dia Sebenarnya Haziqah TV3
Jasmine Jasmine TV9
Bini Muda Ryani
2018 Ratu Kebaya Masuk U TV2
Syahadah Terakhir Rafidah TV3
Lakaran Cinta Maliqa Unifi TV
Gerabak Cinta Luna TV3
Senarai Raya Papa Laila
2019 Sinar Ramadan Untuk Amanda Sofea TV3
2020 Kalimah Cinta Aulia TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Aktres Pilihan Terlarang Sudah Rinduku Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Nina Iskandar Azhan.co (1 November 2017). Diperoleh pada 1 November 2017.
  2. ^ Saya cuma jadi diri sendiri – Nina Diarkibkan 2017-06-19 di Wayback Machine Kosmo! (30 Jun 2015). Diperoleh pada 29 Mei 2017.
  3. ^ Azam Baru Nina Iskandar Malaysian Access (15 September 2015). Diperoleh pada 30 Mei 2017.
  4. ^ "Drama Erna Suraya Lakonan Tasha Shila". Sensasi Selebriti. 30 Mei 2017. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  5. ^ a b "Brunei to premiere first local dialect film". The Borneo Post. 2 Februari 2013. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  6. ^ "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. 18 Januari 2014. Dicapai pada 29 Mei 2017.
  7. ^ Aqmar Mustaza (22 Jun 2017). "Nina Iskandar hampir tarik diri dari Andainya Takdir". Media Hiburan. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  8. ^ Amirul Haswendy Ashari (11 Jun 2018). "Lebih puas bawa watak berat". Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2018.
  9. ^ "Nina Iskandar lelah berendam air mata". Kosmo!. 21 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-15. Dicapai pada 2019-02-19.
  10. ^ Norhayati Nordin (2 Oktober 2016). Tak suka sibuk hal orang Harian Metro. Dicapai pada 30 Mei 2017.
  11. ^ a b Roni Hidayat Ridhwan (17 November 2013). Nina berhenti belajar Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2017.
  12. ^ Nor Eryani Yusop (29 November 2018). Pelakon Nina Iskandar terlibat kemalangan kereta Kosmo!. Dicapai pada 7 Disember 2018.
  13. ^ Feride Hikmet Atak (29 November 2018). 'Kereta saya berpusing beberapa kali' Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2018.
  14. ^ Dennis Chua (29 November 2018). #Showbiz: Nina Iskandar hurt in three-car collision New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  15. ^ Amirul Haswendy Ashari (29 November 2018). Nina Iskandar jalani rawatan di Brunei Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  16. ^ Dennis Chua (14 Disember 2018). #Showbiz: I'm on the mend, but still traumatised - Nina Iskandar New Straits Times. Dicapai pada 14 Disember 2018.
  17. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Disember 2018). Nina Iskandar masih trauma Harian Metro. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  18. ^ Izwan Mohd Isa (25 Mac 2019). "Nina Iskandar nafi jadi perosak rumah tangga". Kosmo!. Dicapai pada 12 April 2019.
  19. ^ Farhana Ab Rahman (23 Mac 2019). "Nina sangkal dakwaan perosak rumah tangga". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2019.
  20. ^ Tan Mei Zi (7 Ogos 2019). Actress Nina Iskandar to pursue legal action against those who accuse her being a homewrecker The Malay Mail. Dicapai pada 29 April 2020.
  21. ^ Zaidi Mohamad (5 Ogos 2019). Nina Iskandar bersanding pada hari jadi Berita Harian. Dicapai pada 29 Jun 2020.
  22. ^ Serimah Mohd Salehuddin (1 Januari 2020). Rizqin lengkapi hidup Nina Iskandar dan suami Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  23. ^ Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan 'Hospital' - Wayang. Diarkibkan 2018-11-09 di Wayback Machine mStar Online (17 April 2017). Diperoleh pada 1 Mei 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]