Nina Nadira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nina Nadira
Kelahiran
Nina Nadira binti Naharuddin

(1992-07-05) 5 Julai 1992 (umur 31)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2007–kini
PasanganAhmad Farhan Rusman (k. 2017)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Balada
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Loca B

Nina Nadira Naharuddin (lahir 5 Julai 1992) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia 2014. Selain itu, Nina juga pernah bergiat aktif sebagai pelakon teater.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1992 di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam (1999 - 2004), seterusnya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya (2005 – 2009). Selepas tamat SPM, Nina kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana 2010 - 2012, di mana beliau merupakan pemegeng Diploma Teater.

Nina menyambung ijazah Seni Kreatif (Drama), Universiti Deakin Melbourne, Kampus Burwood. Pengajian Nina di Deakin University Melbourne, terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada penyertaannya dalam AF2014. Selepas Af2014 tamat bersiaran, Nina terikat dengan kontrak bersama Astro. Jadual kerjaya yang begitu padat dibawah pengurusan Astro, telah menyebabkan Nina terpaksa menangguhkan pelajaran buat sementara waktu. Namun pada Julai 2016, Nina telah mengambil keputusan untuk menyempurnakan baki semesternya yang telah ditinggalkan selama 2 tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Nina (yang ketika itu berusia 15 tahun) terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dalam industri hiburan melalui seni persembahan sebagai pelakon teater dan pernah menjaykakan pementasan teater bertajuk Whoa! Willow!! An Original Musical yang dipentaskan di Panggung DBKL, di mana beliau memegang watak sebagai Chrysannethemum. Beliau kembali menjayakan kesinambungan teater itu pada 2009.

Pada tahun 2014, Nina merupakan salah seorang daripada 12 peserta Akademi Fantasia Musim 11 dan telah terpilih sebagai pelajar terbaik oleh pengetua AF2014 melalui persembahannya untuk lagu "Zombie".[3] Beliau tersingkir pada konsert minggu kelapan bersama Zarif.[4]

Berikut ialah senarai lagu yang diberikan kepada Nina sepanjang perjalanan AF2014:[5]

  • Konsert Pertama: "Gelora Jiwa" – nyanyian asal P. Ramlee
  • Konsert Kedua: "Zombie" – nyanyian asal The Cranberries
  • Konsert Ketiga: "Ilusi" - nyanyian asal Adira Suhaimi
  • Konsert Keempat: "Dondang Dendang" - nyanyian asal Noraniza Idris
  • Konsert Kelima: "Ku Mohon" - nyanyian asal Sheila Majid
  • Konsert Keenam: "Layar Impian" - nyanyian asal Ella
  • Konsert Ketujuh: "Itulah Sayang" - nyanyian asal  P. Ramlee & Noormadiah
  • Konsert Kelapan: "Rescue" - nyanyian asal Yuna

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nina berkahwin dengan arkitek Ahmad Farhan Rusman pada pada 29 Julai 2017.[6] Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nina Lillyana.[7][8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Dee Ria Astro Ria Penampilan khas
2015 M.A.I.D. Zaura
2016 Sesal Separuh Nyawa Melissa Hypp Sensasi
Isteri vs Tunang Mia Astro Ria
Akadku Yang Terakhir Zalia
2017 Red Velvet Izzati
2018 Jangan Padam Rindu Hani TV Okey
2022 Kerana Aku Isteri Bidaan Soleha TV3
2023 Cinta Yang Tertangguh Zakirah TV1

Videografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2013 "Alasan Untuk Bahagia" Asfan Shah

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 M.A.I.D Pun Nak Raya Melissa Astro Ria
Ketupat Jantung Hati

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2007 Whoa! Willow!! An Original Musical Chrysannethemum
2009 Whoa! Willow!! An Original Musical: Restaging
2010 Oedipus Chorus
Short + Sweet Musical
2011 Kampung Baru Ratnasari
My Prince Will Come Princess Elizabeth
2012 Teater Lagenda: Musang Berjanggut Puspawangi
Fantasi Rimba Pengarah
Undang-Undang di Jalan Raya Pembantu Pengarah Fasyali Fadzly
2013 Australian Gothic, Outdoor Theatre Orang biasa
Uncle Vanya Mme Vanya & Sonia
2016 Y U No Speak Englais Hanna
2018 Tanah Akhirku

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2015 HLive Astro Ria
VivoRazzi Astro Prima
2016 Euromaxx HyppTV
2017 How Do I Look Asia DIVA Tetamu undangan
2019 POP Express TV9

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2014
"#MisteriNina"
Dimuatkan dalam album AF2014 Hits
2016
"Istana"
2017
"Si Cantik Aku"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amalina Kamal (5 September 2017). Tech talk: TV personality Nina Nadira New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2018.
  2. ^ Arif Fadli Sori (14 April 2016). Langkah besar Nina NadiraUtusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 15 April 2016. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  3. ^ "Muna & Nina Terkejut Dipilih Pelajar Terbaik Konsert Kedua #AF2014". www.astrogempak.com.my. Dicapai pada 2015-10-16.
  4. ^ "Impian Nina, Zarif ke final #AF2014 ranap". www.astroawani.com. Dicapai pada 2015-10-16.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 November 2015). Tidak perlu ʻsembunyi-sembunyiʼ Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2017). Nina AF sah bergelar isteri arkitek Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  7. ^ Zulqarnain Abu Hassan (31 Mac 2019). Nina Nadira selamat bersalin anak pertama Sinar Harian. Dicapai pada 16 April 2019.
  8. ^ Rafiq Mazlan (31 Mac 2019). Tahniah! Selamat bersalin bayi perempuan, hos Nina Nadira kongsi nama anak Media Hiburan. Dicapai pada 26 Mei 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]