Ning Baizura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ning Baizura
Ning Baizura4.jpg
Ning Baizura di sebuah majlis.
Latar belakang
Nama lahir Ning Baizura binti Sheikh Hamzah
Juga dikenali sebagai Ning
Kelahiran (1975-06-28) 28 Jun 1975 (umur 42)
Berasal dari Kajang, Selangor, Malaysia
Genre Pop, R&B, Soul
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1992 — kini
Syarikat rakaman Warner Music Malaysia
Artists United
Kegiatan berkaitan Nicolette Palikat, Siti Surianie Julkarim

Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Ning Baizura telah dilahirkan di Kajang, Selangor. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.

Setelah berusia 32 tahun, Ning akhirnya telah menemui jodohnya iaitu Omar Shariff yang berbangsa Inggeris. Mereka mula bertemu di majlis perkahwinan rakan baik Ning di Bali, Indonesia. Hubungan mereka semakin akrab selepas mengikat tali pertunangan bersama. Mereka telah mengikati pertunangan pada 17 Julai 2007. Pernikahan dua pasangan ini telah berlansung pada 31 Januari 2008.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Di sebalik populariti Ning yang begitu hebat suatu ketika dahulu, beliau juga sering menjadi mangsa kontroversi. Penampilan dan personaliti diri Ning juga sering dikritik oleh ramai pihak termasuklah tokoh-tokoh ahli politik. Pernah suatu ketika dahulu beliau memperkatakan bahawa jika beliau ingin melakukan persetubuhan atau seks, beliau akan melakukan hubungan tersebut bersama dengan lebih dari seorang. Namun begitu, beliau akhirnya menarik balik kata-kata itu dengan meminta maaf kepada khalayak umum.

Ning telah mendedahkan dalam majalah FHM (For Him Magazine) versi Malaysia isu Julai 2000 bahawa dia antara lain lebih menggemari seluar dalam G-string dan sukakan seks di waktu pagi. Selain itu, dia juga berangan-angan melakukan hubungan kelamin dengan lima orang lelaki sekaligus. Pada awalnya, temu ramah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris ini tidak disedari masyarakat umum. Namun, apabila satu akhbar berbahasa Melayu menyiarkan terjemahan temu ramah itu beberapa minggu kemudian, semua pihak mengecam Ning. Ning akhirnya disuruh hadir ke Kementerian Informasi Malaysia manakala pemeriksaan terhadap majalah FHM oleh pihak berkuasa adalah lebih ketat berbanding majalah-majalah lain. [2]

Kebangkitan[sunting | sunting sumber]

Zaman kejatuhan Ning bermula ketika di pertengahan 1990-an. Namanya lesap begitu sahaja hingga menyebabkan beliau telah mengundurkan diri buat seketika. Selama beliau menyepikan diri, ramai pihak menyatakan bahawa kemananya Ning menhilangkan diri. Akhirnya, Ning berjaya bangkit semula dalam bidang seni apabila beliau muncul dengan album baru yang merupakan album Inggeris kedua beliau iaitu Natural Woman yang diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat rakaman di Jepun. Kini, Ning bukan sahaja berjaya menaikkan namanya semula dalam bidang seni, beliau juga berjaya mendidik dua penyanyi popular iaitu Nikki dan Yanie yang merupakan artis di bawah syarikat rakamannya. Baru-baru ini, Ning dan pengurusnya, Vernon Kedit telah pun pergi ke London untuk rakaman album Ning di sana. Mereka telah berbincang tentang pemasaran Ning di sana. Setelah berbincang, akhirnya pihak syarikat rakaman di sana bersetuju untuk memasarkan album Ning di beberapa negara Eropah di sana.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio Solo[sunting | sunting sumber]

Album Studio Berkumpulan[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • A Little Romancing (1995)
  • Ning 3113 (2006)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1993 "Dugaanku" Dekat Padamu
"Curiga" 1
1994 "Mungkin" 2
"Dekat Padamu"
"Pasti" 2 Ning
1995 "Kau dan Aku" 6
"Penjara Kasih" 6
"In Another Life"
"Antara Mungkin dan Curiga" Non-album Single
"Teguh" 1 Teguh
"Getaran Rinduku"
"Percaya"
1996 "Antara Kita"
duet bersama Heidi Yunus
2
"Asmara"
"You and I"
"A Little Romancing" A Little Romancing
"Satu Fantasi" Ke Sayup Bintang
1997 "Cinta Di Akhir Garisan"
bersama Ziana Zain, Dessy Fitri dan Nora Ariffin
Non-album Single
"Alangkah" 7 Ke Sayup Bintang
"Ke Sayup Bintang" 4
"Sayang Disayang"
"Kata Hati"
"Human" Always
1998 "You Promised But You Lied"
"Angel of My Heart"
"Bawa Daku Pergi" OST Silat Lagenda
1999 "Aku Rindu Padamu" 4 Pujaan Ku
"Romantika"
"Pujaan Ku"
2001 "Wishing On A Star" Natural Woman
"Natural Women"
"Curiga"
duet bersama Fairuz Hussein
Suara Sensasi
2003 "Semarak Kedamaian"
bersama Hattan, Siti Nurhaliza, Fazley Yaacob,
Yusry Abdul Halim, Erra Fazira ,Ezlynn dan kumpulan Phyne Ballerz
Malaysian For Peace
"Kembali" 2 Selagi Ada... Ning
"Selagi Ada Cinta" 2
"Pada Aksinya"
"Ku Sesali"
"Puspasari Penawar Puteri"
duet bersama Metalasia
Puspasari Penawar Puteri
2004 "Bebaskan" Erti Pertemuan
"Awan Yang Terpilu" 1
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Jaclyn Victor,Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan Rabbani,Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa
Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood,Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz,
Def Gab C, Phynne Ballerz,Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va,
dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Lagu Gembira"
duet bersama Jamal Abdillah
Aku Penghiburmu
"Senang Tari" 6 Erti Pertemuan
"Erti Pertemuan"
duet bersama Jay Jay
"Bukan Sembarangan" 7
2006 "Drama"
trio bersama Nikki Palikat dan Yanie Julkarim
6 Ning 3113
2007 "Bintang Impianku" OST Diva
2008 "Melankolia" OST Anak
"Age of Polution" East To West
"Tango In Paris"
"Water & Salt"
duet bersama Andrea Griminelli
2009 "Mimpi"
duet bersama Altimet
Altimet 1
"Here In My Home"
bersama Pete Teo, Awie, Afdlin Shauki, Atilia Haron, Jaclyn Victor, Reshmonu,
Jason Lo, Ho Yuhang, Nikki Palikat, Suki Low, Altimet and Point Blanc
Peace Malaysia
2010 "Mama Papa" 8 Dewa
"Raksasa"
2011 "Di Mana Di Mana?" 3 Suara
(bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah)
"Beribu Sesalan" 1
"Bila" Dewa
"Alhamdulillah" 9
2012 "Semua Isi Hatimu" 3 Suara
(bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah)
"Sejati" OST Lagenda Budak Setan 2: Katrina
2013 "Pelangi Untukmu" Kekal
2014 "Bukan Wanita Sempurna"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
1993 (AIM1) Artis Baru Terbaik(Solo) Dekat Padamu Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Dicalonkan Shima - Shima 3: Teringin
Video Muzik Terbaik Curiga Dicalonkan Spring - Sampai Hati
Album Terbaik Menang
1995 (AIM2) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Ning Dicalonkan Aishah - Klasik
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Zainal Abidin - Gamal
1996 (AIM3) Video Muzik Terbaik You and I Teguh Dicalonkan Fauziah Latiff - Sahabat
Lagu Terbaik Teguh Dicalonkan Nora Ariffin, Sheila Majid & Johan Nawawi - Jentayu
1998 (AIM5) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Ke Sayup Bintang Dicalonkan Camelia - Rindu Padanya
Album Pop Terbaik Dicalonkan Ziana Zain - Puncak Kasih
2002 (AIM9) Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Curiga (bersama Fairuz Hussein) Suara Sensasi Dicalonkan Innuendo - Only Dancin'
2004 (AIM11) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Selagi Ada Dicalonkan Siti Nurhaliza - E.M.A.S
Album Pop Terbaik Dicalonkan
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Kembali Dicalonkan Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa
Selagi Ada Cinta Dicalonkan
Lagu Terbaik Kembali Dicalonkan Ning Baizura - Selagi Ada Cinta
Selagi Ada Cinta Menang
2005 (AIM12) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Erti Pertemuan Dicalonkan Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
Album Pop Terbaik Menang
Kulit Album Terbaik Menang
Video Muzik Terbaik Awan Yang Terpilu Menang
Senang Tari Dicalonkan Ning Baizura - Awan Yang Terpilu
Lagu Terbaik Awan Yang Terpilu Menang
Erti Pertemuan Dicalonkan Ning Baizura - Awan Yang Terpilu
Album Terbaik Dicalonkan Spider - Nazraku
2006 (AIM14) Lagu Terbaik Drama (bersama Nikki Palikat & Yanie Julkarim) Ning 3113 Dicalonkan M. Nasir - Juwita Citra Terindah
2011 (AIM18) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu Beribu Sesalan (bersama Jaclyn Victor & Shila Amzah) 3 Suara Menang
Lagu Pop Terbaik Dicalonkan Anuar Zain - Sedetik Lebih
Album Terbaik Dicalonkan Sheila Majid - The MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid
Dewa Dicalonkan

Lain-lain Anugerah[sunting | sunting sumber]

Diva Soul Malaysia

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Diva Ning Baizura
  • Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Voice Of Asia (VOA) di Kazakhstan.
  • Artis Malaysia pertama menandatangani kontrak dengan Stesen Televisyen Singapura.
  • Pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal dan model untuk sesuatu produk. Antaranya seperti Adidas, Guess, Christian Dior, The Charat Club, Formula One, Time, Sony dan banyak lagi.
  • Merupakan artis pertama merasmikan sebuah kelab hiburan terkenal iaitu Hard Rock Cafe di Beijing, China.
  • Telah merangkul empat anugerah di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2005.
  • Artis pertama mengadakan konsert jelajah di Eropah iaitu "Ning Europe Summer Tour 2005".
  • Pernah mengadakan persembahan secara eksklusif yang telah ditonton oleh kerabat diraja Eropah iaitu King Elbert.
  • Pernah merakamkan album di luar negara seperti Jepun. Artis lain yang juga pernah merakamkan album di Jepun seperti Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak dan Sheila Majid.
  • Telah menubuhkan syarikat milik beliau sendiri iaitu Ning Baizura International Sdn Bhd, Ning Baizura Inc Sdn Bhd dan Ning & Associates.
  • Nama tercatat dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Menandatangani Kontrak Dengan Stesen Televisyen Singapura' (2001).

Kes saman[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Oktober 2010, Ning Baizura akan dibicarakan berhubung kes saman oleh seorang penerbit album dan pengurus warga Itali Luigi Bajona berjumlah RM1 juta.[3] Peguam Harleen Kaur mewakili Bajona dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura . Pada 7 Julai 2009, Bajona telah menguruskan persembahan Ning Baizura di Itali termasuk menyanyi di hadapan Prince Albert of Monaco di Paris, mendakwa Ning Baizura telah memfitnahnya pada 24 Januari 2009 melalui laman sosial ”Facebook.” Bajona sepatutnya mempromosikan dirinya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa tetapi hanya menyanyi di kelab-kelab kecil, malah beliau tidak menerima sebarang bayaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]