Nisah Haji Haron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nisah Haji Haron
Lahir (1973-04-20) 20 April 1973 (umur 50)
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nama penaNisah Haron
PekerjaanPeguam (1997-2006), penulis buku
WarganegaraMalaysia
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (LL.B dan LL.M)
GenreCerpen, novel
AnugerahHadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97)
Laman web
http://annyss.blogspot.com/

Nisah Haji Haron (atau nama penanya, Nisah Haron) ialah seorang peguam dan penulis buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik dan telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 Januari 2000 serta mempunyai tiga anak perempuan; Maisara, Suhaila dan Insyirah.[1]

Beliau pernah bertugas sebagai Peguam Syarie di Negeri Sembilan dan mempunyai firma guaman sendiri iaitu Nisah Haron & Co. Selain itu, beliau merupakan penulis separuh masa yang menulis karya kreatif, ilmiah dan rencana. Beliau telah dikurniakan Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC) oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-84 pada 19 Julai 2006.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Setiausaha kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan (2001-2003), AJK Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), AJK Kecil Sekretariat Penulis Muda Gapena - Negeri, Perantara rancangan GAPURA UJANA (wadah rasmi PEN di Radio Malaysia Negeri Sembilan mulai Disember 2002 hingga sekarang.

Beliau juga adalah pengasas kedai buku dalam talian, Ujanailmu.[2] Tujuan utama beliau mengasas kedai buku ini adalah bagi menyediakan buku-buku berkualiti agar mudah untuk pembeli membelinya secara dalam talian.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • SRK Dato’ Klana Ma’amor, Seremban (1980-1985)
  • SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (1986 – 1990)
  • Matrikulasi Undang-undang UKM (1991-1993)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang, UKM, Bangi, Selangor. (1993 – 1997)
  • Diploma in Syariah Law and Practice (DSLP) IIUM (2005)
  • Sarjana Undang-undang, UKM, Bangi, Selangor (2006)

Anugerah penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991 : Atlantis, Duniaku Duniamu
  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1992 : Annyss Sophilea
  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 : Anugerah Amariss
  • Pertandingan Cerpen Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang–YTL – Berita Harian 1996 (Hadiah Kedua – tiada pemenang hadiah pertama) : Selagi Lading Masih Di Tangan
  • Hadiah Utusan-Public Bank 1996 (Hadiah Utama) : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
  • Sayembara Cerpen Esso-Gapena Ke-10 (Hadiah Pertama) : Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 : Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 (Hadiah Utama) : Impian Tsu-Ryi (Kategori Cerpen)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2003 (Hadiah Kedua Novel Remaja) Mencari Locus Standi
  • Cerpen Annyss Sophilea, terpilih untuk bacaan wajib teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
  • Anugerah Penulis Remaja Negeri Sembilan 2004
  • Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 – kategori cerpen (Persidangan Agung Wanita Klasik); esei (Memahami Hak Cipta Sastera); esei (Potensi Kedudukan Wanita Dalam Karya Sastera) dan Novel (Mencari Locus Standi)
  • Anugerah Buku Bitara MBBY - kategori penulis (Hadiah Kedua) Farris Putera Yang Hilang
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 : Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari (Kategori Rencana Sastera)

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Kumpulan Cerpen Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora; 1998)
  • Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa; 2002)
  • Kumpulan Cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu; 2006)
  • Novel Mencari Locus Standi (Utusan Publications; 2004)
  • Novel Farris Putera Yang Hilang (MEP Education Consult, 2005)
  • Novel Puisi Untuk Esdyzuar (Novel bersiri: Tunas Cipta (DBP) mulai Januari 2004 – 2006)
  • Novel Lentera Mustika (Novel bersiri : ANIQAH (mmp) mulai Mac 2006
  • Cerpen Citra Mukhlisah (Cerpen, Dewan Sastera, Ogos 2006)
  • Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin (2012)

Aktiviti Sastera[sunting | sunting sumber]

  • Menyertai Minggu Penulis Remaja 1993
  • Mewakili Malaysia ke Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Esei, di Palembang pada 1 – 9 Ogos 2004
  • Perantara Rancangan GAPURA UJANA, Radio Malaysia Negeri Sembilan mulai Disember 2002-2003
  • Perantara Rancangan KURIK KUNDI MERAH SAGA, Negeri FM mulai April 2005
  • Mengendalikan bengkel penulisan dan ceramah-ceramah sastera dan penulisan kreatif
  • Ketua Fasilitator, Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (2004-2005)
  • Penyelaras Negeri (Negeri Sembilan), Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (mulai Februari 2006)
  • Tetamu "Motivasi Pagi" (7.45am, Isnin, Khamis, Sabtu) - Terengganu FM mulai Februari 2006
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2002-2005)
  • Setiausaha Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (mulai 2006)
  • Membentangkan kertas kerja tentang puisi tradisional dalam hak cipta di Shanghai, China (Mei 2006)
  • Diterima masuk ke Malaysian Bar mulai 23 Mei 1998.
  • Pernah bertugas di firma guaman Nor Affiza & Co. selama 3 tahun sebelum membuka firma guaman sendiri Nisah Haron & Co. pada 1 Mac 2001.
  • Mendapat tauliah peguam syarie di Negeri Sembilan sejak tahun 1997.
  • Memegang jawatan Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan mulai tahun 2001 – 2003
  • Banyak menulis artikel undang-undang untuk Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan makalah untuk Jurnal KANUN, Pemikir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Nisa Haron
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-26. Dicapai pada 2021-10-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]