Pergi ke kandungan

Lisdawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Nisdawati Nazaruddin)
Lisdawati
ليسداوتي
Kelahiran
Nisdawati binti Nazaruddin

(1978-12-15) 15 Disember 1978 (umur 46)
Nama lainNisdawati, Lisdawati
PekerjaanPelakon, model, penulis skrip, pengacara
Tahun aktif2000–kini
Terkenal keranaWatak Ayu dalam filem KL Menjerit
Karya
Filemografi
PasanganFauzi Nawawi (k. 2007)
Anak-anak4

Nisdawati Nazaruddin (lahir 15 Disember 1978) atau lebih dikenali sebagai Lisdawati merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Kehidupan peribadi

Lisdawati berkahwin dengan aktor Fauzi Nawawi dan mempunyai dua orang anak. Mereka berniaga songkok tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur setiap bulan Ramadan. Pada Ogos 2011, mereka mengerjakan umrah di Mekah.[1]

Kontroversi

Nama beliau melonjak naik apabila beliau bergaduh dan membuat laporan polis kepada pelakon Rita Rudaini semasa penggambaran drama Kau Yang Disayang 15 Ogos 2006. Tiada pendakwaan yang dilakukan oleh pihak polis.

Menang kes mahkamah

Pada 31 Oktober 2011, Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen memerintahkan aktres Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisdawati (33) dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di majalah Media Hiburan.[2] Wartawan Hanif Abdul Ghani menerbitkan artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada 8-14 Januari 2005. Nadia menafikan beliau menyebut nama Lisdawati. Nadia tidak menghubungi wartawan tersebut untuk membetulkan fakta. Nadia yang membintangi filem “Zombi Kampung Pisang” enggan memohon maaf kepada Lisdawati walaupun diminta berbuat demikian menerusi surat bertarikh 18 Julai 2005.Sebenarny Lisdawati meminjam RM10,000 daripada teman lelaki Nadia, Mohd Roslan Omar.[3][4]

Fitnah 2003 itu menyiksakan sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin. Selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank. Akhirnya pada 2005, Lisda memfailkan saman di Mahkamah Sesyen diwakili oleh peguam Karpal Singh.

Filemografi

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik Akhirnya Bahagia Meluruh (Nasional FM) Menang
2025 Festival Filem Malaysia ke-34 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Soloz: Game of Life Tercalon

Rujukan

Pautan luar