Nissan Skyline

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nissan Skyline
V36 Nissan Skyline Coupe
Maklumat
PengilangPrince
Nissan
Pengeluaran1957-sekarang
Kelaspadat (1957-1989)
Saiz sederhana (1990-Sekarang)

Nissan Skyline ialah sebuah kereta bersaiz sederhana yang pada asalnya dikeluarkan oleh pembuat kenderaan Jepun Prince Motor Company bermula pada tahun 1957 dan kemudiannya oleh Nissan selepas kedua-dua syarikat tersebut bergabung pada tahun 1966. Ia boleh didapati dalam gaya badan coupé, sedan atau gerabak. Skyline terkini dijual di Amerika Utara, Korea Selatan, Taiwan, dan Timur Tengah sebagai Infiniti G35.

ALSI-1[sunting | sunting sumber]

ALSI-1/ALSI-2/BLRA-3
Prince Skyline ALSI-1
Juga dikenaliPrince Skyline
Pengeluaran1957-1963
33,759 units sold
Stail badan4-pintu sedan
5-pintu station wagon
2-door coupe
LayoutFR layout
Enjin1.5 L GA-4 [Enjin [I4
Berat kering~1300 kg (~2866 lb)
BerkaitPrince Skyway
Prince Skyline ALSI-2

Skyline pertama telah diperkenalkan pada April 1957,[1] di bawah jenama Prince, dan dipasarkan sebagai sebuah kereta mewah. Ia menampilkan enjin GA30 1.5 L (1482 cc) menghasilkan 44 kW (60 kk). Ia menggunakan ampaian belakang tiub de Dion dan berkeupayaan 140 km/j (87 mp). Berat kereta ini adalah sekitar 1300 kg. Prince Skyline telah dikeluarkan sebagai sedan empat pintu dan gerabak stesen berpintu lima.

ALSI-2[sunting | sunting sumber]

Skyline ini dimodenkan dengan lampu puncak empat persegi pada 1958.

Model ini dikuasakan dengan sebuah enjin 1.5 L yang diubah sedikit dikenali sebagai GA-4 OHV (1484 cc) menghasilkan lebih kurang 70 hp (52 kW) @ 4400 rpm dan dikeluarkan sepanjang 1961.

Prince Skyline Sport BLRA-3

BLRA-3[sunting | sunting sumber]

Skyline Sport ini menampilkan badan Michelotti buatan tangan dalam versi-versi coupe dan boleh tukar. Kereta-kereta ini menggunakan enjin 1.9 L (1862 cc/113 in³) GB-30, menghasilkan 96 kk (72 kW) dan 113.5 ft·lbf (154 N m). Sementara hanya beberapa ratus sahaja yang dibuat, Prince Motors mempunyai kumpulan penggantian produk yang agresif dan mereka boleh dilihat (bersama model-model arus perdana syarikat tersebut) di dalam kebanyakan filem-filem Toho di awal 1960an.


Generasi Baharu (V35/V36, 2002-sekarang)[sunting | sunting sumber]

Nissan Skyline terbaharu sudah dijual di Jepun dan guna enjin V6 terbaharu, dan gunaan penghantaran automatik (lima (350GT) atau tujuh (370GT) kelajuan).

Skyline Crossover (J50, 2009-sekarang)[sunting | sunting sumber]

Model Skyline ini ialah SUV berkelajuan dengan guna tujuh kelajuan penghantaran automatik dan enjin 3.7-liter V6.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prince Skyline" (dalam bahasa Japanese). Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-09. Dicapai pada 2006-09-22.CS1 maint: unrecognized language (link)


Pautan luar[sunting | sunting sumber]