Nizami Jamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Kaya Datuk

Nizami Jamil
Fail:OK Nizami Djamil.jpg
Kelahiran (1936-12-21) 21 Disember 1936 (umur 87)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPengerusi Majelis Kerapatan Adat Lembaga Adat Melayu Riau 2016-2017
Terkenal keranaBudayawan dan sasterawan Riau
PasanganHj. Yusnalis

Orang Kaya Datuk Nizami Jamil atau lebih dikenali dengan nama OK Nizami Jamil (lahir di Siak Sri Indrapura, Kesultanan Siak Sri Indrapura, 21 Disember 1936; umur 87 tahun) ialah budayawan, sasterawan, dan bekas pengerusi Majelis Kerapatan Adat (MKA) Lembaga Adat Melayu Riau.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ahayanda Nizami Jamil, Orang Kaya Muhammad Djamil merupakan setiausaha peribadi Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin di Kesultanan Siak, dan ibundanya, Encik Mariah ialah seorang dayang-dayang yang juga diasuh dalam adat istiadat istana. OK Nizami membesar dalam persekitaran istana sejak kecil. Sejak kanak-kanak, penglihatan dan pendengarannya akrab dengan tarian tradisi Melayu seperti tarian zapin dan teater Mak Yong yang dipersembahkan setiap malam Ahad di istana. Anak bongsu daripada 15 orang bersaudara ini juga telah menari dan melukis potret pahlawan-pahlawan nasional sejak kelas kedua di sekolah dasar. Saat orang tuanya mengirim OK Nizami ke SMP Kurai di Bukittinggi, beliau mendalami kebudayaan Minangkabau dan diangkat menjadi Ketua Kesenian Persatuan Siswa Minangkabau (PSM). Beliau kembali ke Riau saat berlaku pemberontakan Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PPRI).

Dalam suasana diawasi CPM PRRI yang ketika itu memiliki kuasa besar di Riau, strategi berasaskan seni menjadi pilihan yang dirasanya tepat untuk tetap mendukung persatuan Indonesia (NKRI). Di rumah orang tuanya di Jalan Jawa 14 Pekanbaru, OK Nizami mengundang teman-temannya, dan berlatih tarian Serampang 12, Mak Inang Pulau Kampai, Tanjong Katong, zapin dan joget. Para penarinya terdiri daripada pemuda-pemudi yang berjuang untuk Provinsi Riau. Saat Riau bebas dari pengaruh PRRI dan sepenuhnya kembali ke NKRI pada 1958, para penari ini lulus persekolahan menengah atas (SMA).

Meskipun ayahnya mengharapkan OK Nizami melanjutkan ke Akademi Pemerintahan Dalam Negeri (APDN) di Malang, anak lelaki tunggal ini memilih melanjutkan ke Institut Seni Indonesia Yogyakarta. Di samping membuat sepanduk, poster, papan iklan dan pameran seni rupa di Kota Gudeg, beliau membuka kelas tarian Melayu dan terus mengembangkan karya perdananya, iaitu tarian persembahan. Pada 2009, ketika beliau menjadi pengasas Lembaga Warisan Budaya Melayu Riau, tarian ini dibakukan. Sejarah, falsafah dan koreografi tarian ini ditulis dan diterbitkan dalam buku Pembakuan Tari Persembahan.

Selepas tamat pendidikan kolej, OK Nizami kembali ke Pekanbaru lalu menjadi guru gambar dan pengiklan di beberapa sekolah menengah dan menjadi wakil kepala sekolah di SGA (Sekolah Guru Atas) Hang Tuah. Beliau pernah menyelenggarakan pameran seni rupa di garaj rumah ibu bapanya. Itu ialah pertama kali lukisannya dipamerkan di Pekanbaru bersama pelukis veteran seperti Bahir Louis dan Tenas Effendy. Berkat pameran karyanya itu, beliau dipanggil untuk menjadi pegawai negeri dalam bidang kesenian. Sejak 1962, pelbagai jawatan telah dijawat beliau, termasuk Pengerusi Pejabat Pembinaan Kesenian Perwakilan Departemen P&K Provinsi Riau, Pengerusi Pejabat Wilayah Pendidikan dan Kebudayaan Provinsi Riau, dan jawatan sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Provinsi Riau.

Dalam tempoh itu, beberapa usaha untuk melestarikan budaya Melayu Riau telah dilakukan beliau. Oleh kerana tidak banyak dana disalur oleh pemerintah Indonesia terhadap bidang kesenian, beliau bersama-sama Tenas Effendy, Toga Hutabarat dan A Sulaiman Syafei membentuk Pertubuhan Pembinaan Kesenian Daerah yang dapat mengumpul dana sendiri. Pertubuhan ini telah menghasilkan karya seperti orkestra simfoni yang dimainkan 80 pemusik Riau, penulisan Sejarah Cerita Rakyat Riau, Selayang Pandang Antrologi Riau dan Sejarah Tenun Siak. Mereka juga menciptakan Tari Melayu Riau yang diambil daripada tarian zapin, Lenggang Patah 9, gerak Mak Inang, gerak Joget dan gerak Silat Pangean, Silat Pedang dan gerak suku agama asli seperti Olang-olang, Serunting Melayang dan Bukian dalam upacara perbomohan. Bleiau juga membuat program untuk memberikan latihan tarian persembahan kepada guru-guru SMP dan SMA, baik dari kawasan daratan mahupun kepulauan Riau.

Untuk mewarisi kebudayaan Melayu Riau pada generasi seterusnya, beliau dan rakan-rakannya juga mendirikan Lembaga Warisan Budaya Melayu Riau. Di samping menciptakan banyak tarian langgam Melayu, OK Nizami juga sudah menulis sekitar 25 buku mengenai sejarah dan kebudayaan Melayu Riau. Ini belum termasuk tiga buku yang belum diterbitkan, iaitu buku mengenai seni bina Melayu dan perlawanan rakyat Siak melawan Portugis dan Belanda, yang menurutnya belum banyak dirakam dalam dokumentasi sejarah bangsa Indonesia.[1]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Sejarah Kerajaan Siak
  • Negeri Siak Tanah Kelahiranku. Autobiografi
  • Istana Asserayah Hasyimiah
  • Bab Al-Qawa'id Transliterisasi dan Analisis
  • Sultan Syarif Kasim II
  • Tahtaku untuk Negeriku Indonesia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]