Nizamiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anggota Nizamiyyah (Parsi: نظامیه) , (Arab: النظامیة) adalah sekumpulan institusi zaman pertengahan pendidikan tinggi didirikan oleh Khwaja Nizam al-Mulk pada abad kesebelas di Iran. Nama nizamiyyah berasal dari namanya. Ditubuhkan pada permulaan empayar Seljuk, sekolah-sekolah teologi Ash‘ari-Shafi‘i ini dianggapkan modelnya madrasah, atau sekolah-sekolah agama Islam.[1]

Institut-institut Nizamiyyah adalah institusi pengajian tinggi teratur pertama dalam dunia Islam. Kualiti pendidkan adalah yang tertinggi di dunia Islam, dan mereak juga dikenali di Eropah. Mereka disokong secara kewangan, politik, dan kerohanian oleh pertubuhan diraja dan darjat elit. Sesetengah sarjana mencadangkan bahawa pertubuhan madrasah-madrasah Nizamiyyah ternyata dalam suatu percubaan untuk merintangi suatu lagi kumpulan Islam, ahli Ismailiyah, dalam rantau itu. Sudah tentu, Nizam al-Mulk membaktikan suatu bahagian penting dalam Buku-buku Politik (Siyāsatnāma) masyhurnya untuk menyangkalkan doktrin-doktrin Ismailiyah.[2]

Sekolah nizamiyyah yang termasyhur dan paling dirayai adalah Al-Nizamiyya di Baghdad (ditubuhkan 1065), di mana Khwaja Nizam al-Mulk melantik ahli falsafah dan teologi, al-Ghazali, sebagai seorang profesor. Penyair Farsi Sa'di adalah seorang pelajar Nizamiyyah Baghdad. Sekolah-sekolah nizamiyyah lain terletak di Nishapur, Balkh, Amol, Herat dan Isfahan.

Nizam ul-Mulk akhirnya dibunuh dalam perjalan dari Isfahan ke Baghdad pada 1092 AM. Menurut pelbagai buku, dia dibunuh oleh seorang ahli Hashshashin, sekumpulan mazhab Ismailiyah dari Syiah.

Menurut Mughatil ibn Bakri, seorang ahli kakitangan Al-Nizamiyya di Baghdad, Nizam al-Mulk sendiri dibunuh apabila dia menjadi seorang ahli Syiah selepas suatu perdebatan Sunah-Syiah dilaksanakan oleh perintah Sultan Malik Shah I, yang juga dibunuh.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ed(s). "al- Niẓāmiyya , al- Madrasa." Encyclopaedia of Islam, Second Edition. Edited by: P. Bearman , Th. Bianquis , C.E. Bosworth , E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill, 2010, retrieved 20(03/2010)
  2. ^ Virani, Shafique N. The Ismailis in the Middle Ages: A History of Survival, A Search for Salvation (New York: Oxford University Press, 2007), 73.
  3. ^ Mughatil ibn Bakri, Mencari Kebenaran di Baghdad (در جستجوی حق در بغداد), juga bermuncul bawah judul "راهي به سوي حقيقت", ISBN 964-93287-8-5, p.134-136. Kaitkan item dalam katalog penerbit: [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Iran-stub