Noh Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noh Salleh
Noh pada 2019
Kelahiran
Mohammad Noh bin Salleh Sadeli

(1985-03-15) 15 Mac 1985 (umur 39)
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
PasanganMizz Nina (k. 2011; c. 2022)
Fatin Athira Mustapa (k. 2023)
Kerjaya muzik
GenreRock[1]
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Tahun aktif2005–kini
Syarikat rakaman
  • Noh Phrofile Enterprise
  • Kamar Seni Recording Studio
Pengkarya berkait

Mohammad Noh Salleh Sadeli (lahir 15 Mac 1985) atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan atau Noh Phrofile merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris utama kumpulan muzik rock Malaysia, Hujan.[2][3][4] Beliau juga merupakan seorang penyanyi hip hop dahulu kerana pernah menganggotai kumpulan MIX sekitar tahun 2004 hingga 2006, dan sempat melancarkan album Mula Dari Dulu yang diterbitkan oleh Cat Farish.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Noh memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik sebagai penyanyi hip hop dan menubuhkan kumpulan MIX bersama tiga rakannya, Asyraf Hardy, MC Wayne dan Ogie. Mereka mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Cat Presents Productions milik Cat Farish dan muncul bersama album Mula Dari Dulu pada 2006. Mereka kemudiannya dibubarkan kerana Noh memberikan tumpuannya kepada kumpulan Hujan. MC Wayne selepas itu pulang ke Sarawak dan menjadi deejay radio Cats FM.

Selepas MIX dibubarkan, Noh bersama pemain gitar Coco, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco menubuhkan kumpulan Hujan. Hujan ditubuhkan pada 2005 selepas Noh memuatnaik beberapa demonya di Myspace, yang kemudian dikesan oleh AG Coco yang membawanya kepada pendedahan media arus perdana.[5] Di awal kemunculan Hujan, mereka banyak dipengaruhi oleh jazz dan rock dalam penulisan lagu.

Di luar Hujan, Noh menubuhkan kumpulan Da Vagabonds yang dianggotai oleh dirinya sendiri sebagai vokalis, Heri Hamid (gitar), Alea Sutan (bes) dan Irfan Iskandar (dram), kumpulan ini melancarkan album pertama mereka pada 2013.[6][7] Kerjaya solo Noh bermula dengan Angin Kencang pada Julai 2014.[8][9]

Noh berduet bersama kumpulan folk Indonesia, Mustache and Beard menerusi lagu "Batas Mimpi".[10]

Beliau muncul dengan single "Debu Bercahaya" pada April 2019, yang diinspirasikan dari kisah tragedi yang menimpa rakan baik beliau sendiri. Lagu ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.[11][12][13]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Noh berkahwin dengan penyanyi dan bekas anggota kumpulan hip-hop Teh Tarik Crew, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pada 1 Julai 2011.[14][15] Pada April 2022, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka. Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu pada Ogos 2022 selepas 11 tahun hidup bersama.[16]

Noh dalam video Kisah Inspirasi Noh Salleh yang dimuatnaiknya di YouTube mendedahkan bahawa beliau pernah cuba untuk menagih dadah, namun cinta Mizz Nina padanya telah menyelamatkannya daripada penyalahgunaan dadah.[17][18]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

M.I.X[sunting | sunting sumber]

  • Mula Dari Dulu (2006)

Hujan[sunting | sunting sumber]

Da Vagabonds[sunting | sunting sumber]

  • Da Vagabonds (2014)

Solo[sunting | sunting sumber]

Kolaborasi lain[sunting | sunting sumber]

  • "Hantu" bersama M.I.X - (2006)
  • "Puteri Santubong" bersama M.I.X - (2006)
  • "Akademi Cinta" menampilkan Nas Adila bersama M.I.X - (2006)
  • "Pelita" menampilkan A.P.I - Hooperz (2010)
  • "Kurnia" bersama Mizz Nina - What You Waiting For (2010)
  • "Selamat Pagi Sayang" bersama DJ Fuzz - Mixtape Mixology 3 (2010)
  • "Kotarayaku" bersama Altimet - Kotarayaku (2011)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Hantu Gangster Bang Nasir (muda) Penampilan kameo
2013 Bola Kampung The Movie Dino Pelakon suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2017/10/17/rocking-good-time-at-music-fest-inaugural-beachside-event-features-37-bands-over-two-days/
  2. ^ "Hujan frontman Noh Salleh to open for Yuna's exclusive concert in KL". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 August 2018.
  3. ^ Tan, Kevin (29 October 2013). "Hujan takes bullying and booing in its stride". The Star. Dicapai pada 22 August 2018.
  4. ^ Georgie Joseph (4 Disember 2015). Pahit getir Noh sebelum bergelar vokalis Hujan Red Bull Music. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  5. ^ Jenie, Ken (26 November 2014). "Music of Malaysia with Noh Salleh". Whiteboard Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 August 2018.
  6. ^ Budiey (12 Mei 2014). Noh Hujan kini muncul dengan kumpulan Da Vagabonds Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  7. ^ Pertelingkahan mesti ada tetapi Hujan tidak berpecah - Noh Salleh Astro Awani (11 Mei 2014). Dicapai pada 10 Disember 2014.
  8. ^ "Noh Salleh's "Angin Kencang" reach #1 on iTunes". MASSES (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-07. Dicapai pada 2019-03-04.
  9. ^ "NOH SALLEH – ANGIN KENCANG ALBUM". warnermusic.com.my (dalam bahasa Inggeris). August 29, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-16. Dicapai pada 2019-03-04.
  10. ^ Feride Hikmet Atak (28 Januari 2018). Ekseperimen Noh Salleh Berita Harian. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  11. ^ "Inspirasi di sebalik Debu Bercahaya". Berita Harian. 13 Mei 2019. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  12. ^ Fatin Farhana Ariffin (1 Mei 2019). "Kumpul duit empat tahun siapkan Debu Bercahaya". Berita Harian. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  13. ^ Ilya Syiqreen (13 Mei 2019). "Noh Salleh ambil masa empat tahun untuk siapkan Debu Bercahaya". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-14. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  14. ^ "Noh, Nina cinta dua darjat". Kosmo!. 21 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 22 August 2018.
  15. ^ Madiha Abdullah. "Viral kisah lamaran Noh kepada Mizz Nina: Hanya ada RM8 ribu dalam akaun". Astro Awani. Dicapai pada 22 August 2018.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (4 Ogos 2022). "Mizz Nina, Noh Salleh bercerai". Harian Metro. Dicapai pada 3 September 2022.
  17. ^ Dennis Chua (29 April 2019). #Showbiz: Mizz Nina saved me from dadah, says Noh New Straits Times. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  18. ^ https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/nina-ubah-hidup-saya-noh-salleh/
  19. ^ "7 Malaysian band artistes who have gone solo". www.redbull.com. September 13, 2017. Dicapai pada 2019-03-04.
  20. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/noh-tuju-lagu-buat-mizz-nina-1.260014
  21. ^ "Inspirasi di sebalik Debu Bercahaya". Berita Harian. 13 Mei 2019. Dicapai pada 14 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]