Nomadland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nomadland
PengarahChloé Zhao
PenerbitFrances McDormand
Peter Spears
Mollye Asher
Dan Janvey
Chloé Zhao
Lakon layar olehChloé Zhao
BerdasarkanNomadland: Surviving America in the Twenty-First Century oleh
Jessica Bruder
Dibintangi olehFrances McDormand
David Strathairn
Muzik olehLudovico Einaudi
SinematografiJoshua James Richards
Disunting olehChloé Zhao
Syarikat
penerbitan
Highwayman Films
Hear/Say Productions
Cor Cordium Productions
PengedarSearchlight Pictures
Mula ditayangkan
11 September 2020 (2020-09-11)(Festival Filem
Venice
)

19 Februari 2021 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
108 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$4–6 juta[2]
Pecah panggung$2.361.324[3][4]

Nomadland ialah filem drama Amerika Syarikat 2020 arahan Chloé Zhao dan diterbitkan oleh Frances McDormand, Peter Spears, Mollye Asher, Dan Janvey dan Chloé Zhao. Naskah filem ini ditulis oleh Zhao berdasarkan daripada buku Nomadland: Surviving America in the Twenty-First Century karya Jessica Bruder. Filem ini dibintangi oleh McDormand dan David Strathairn.

Filem ini ditayangkan secara perdana di Festival Filem Venice pada 11 September 2020[5] dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 19 Februari 2021[6] setelah dikeluarkan secara maya pada 4 Disember 2020.[7] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kejatuhan ekonomi di kawasan desa Nevada, Fern (Frances McDormand) mengemaskan barang-barangnya dan berangkat menaiki van untuk menjelajahi kehidupan di luar masyarakat konvensional sebagai pengembara zaman moden. Filem ini menampilkan pengembara nyata Linda May, Swankie dan Bob Wells sebagai mentor dan rakan Fern dalam penjelajahannya sepanjang pemandangan luas Amerika Barat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Frances McDormand sebagai Fern
  • David Strathairn sebagai David
  • Linda May sebagai Linda
  • Swankie sebagai Swankie
  • Bob Wells sebagai Bob
  • Derek Endres sebagai Derek
  • Peter Spears sebagai Peter

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Nomadland menerima ulasan positif daripada pengkritik. Berdasarkan dari tinjauan oleh Rotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafan 94%, berdasarkan 340 ulasan, dengan penarafan rata-rata 8,8/10.[8] Berdasarkan tinjauan oleh Metacritic, filem ini menerima markah 94 dari 100, berdasarkan 49 kritikan, menunjukkan "perakuan sejagat".[9]

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini memperoleh $1.100.000 di Amerika Utara dan $1.261.324 di negara lain. Jumlah pendapatan yang diraih oleh filem ini mencapai $2.361.324, lebih kecil dari anggaran penerbitan filem $4–6 juta.[4]

Pada pembukaan hujung minggu, filem ini meraih $503.000, menempati kedudukan ketujuh di pecah panggung di belakang filem The Croods: A New Age, The Little Things, Judas and the Black Messiah, Wonder Woman 1984, The Marksman dan Monster Hunter.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nomadland". Festival Film Venesia. Dicapai pada July 28, 2020.
  2. ^ Keegan, Rebecca (September 2, 2020). "Director Chloe Zhao Arrives With Early Oscar Contender 'Nomadland' and Next Year's 'Eternals': "It's a Bit Surreal"". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 27, 2020.
  3. ^ a b "Nomadland (2020)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada March 10, 2021.
  4. ^ a b "Nomadland (2021) - Financial Information". The Numbers. Dicapai pada March 9, 2021.
  5. ^ Ravindran, Manori (July 27, 2020). "Chloe Zhao's 'Nomadland' to Play Venice, Toronto, New York Under Fest Alliance". Variety. Dicapai pada July 27, 2020.
  6. ^ D'Alessandro, Anthony (December 15, 2020). "Searchlight Awards Contender 'Nomadland' Now Opening Q1 2021". Deadline Hollywood. Dicapai pada December 16, 2020.
  7. ^ "NOMADLAND Comes to Theaters December 4". BroadwayWorld. August 17, 2020. Dicapai pada August 17, 2020.
  8. ^ "Nomadland (2020)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada March 10, 2021.
  9. ^ "Nomadland reviews". Metacritic. Dicapai pada March 10, 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]