Nomascus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nomascus[1][2]
Ungka Pipi Putih Utara
Nomascus leucogenys
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Nomascus

Miller, 1933
Spesies

Nomascus concolor
Nomascus gabriellae
Nomascus leucogenys
Nomascus nasutus

Nomascus adalah genus yang kedua paling banyak spesies bagi ungka (keluarga Hylobatidae). Pada asalnya, genus ini adalah subgenus daripada Hylobates, dan semua individu dianggap sebagai hanya satu spesies, Hylobates concolor. Spesies dalam Nomascus dicirikan oleh 52 kromosom. Sesetengah spesies bewarna hitam sepenuhnya, ada yang cerah dengan jumbai mahkota bulu hitam berbeza, dan ada yang mempunyai tompok pipi berwarna cerah yang menonjol. Nomascus terdapat dari selatan China (Yunan) hingga ke selatan Vietnam, dan juga di Pulau Hainan. Salah satu spesies, Nomascus nasutus, telah dianggap "spesies beruk yang paling kritikal terancam di dunia".[2] Kesemua spesies dalam genus ini terancam atau kritikal terancam.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

  • Family Hylobatidae: ungka [1]
    • Genus Hylobates
    • Genus Hoolock
    • Genus Symphalangus
    • Genus Nomascus
      • ungka kepala hitam ("Black crested gibbon"), Nomascus concolor
        • ungka kepala hitam Tonkin ("Tonkin black crested gibbon"), Nomascus concolor concolor
        • ungka kepala hitam Laos ("Laotian black crested gibbon"), Nomascus concolor lu
        • ungka kepala hitam Tengah Yunan ("Central Yunnan black crested gibbon"), Nomascus concolor jingdongensis
        • ungka kepala hitam barat Yunan ("West Yunnan black crested gibbon"), Nomascus concolor furvogaster
      • ungka kepala hitam Timur ("Eastern black crested gibbon"), Nomascus nasutus
      • ungka kepala hitam Hainan ("Hainan black crested gibbon"), Nomascus hainanus[3]
      • ungka pipi putih utara ("Northern white-cheeked gibbon"), Nomascus leucogenys
      • ungka pipi putih selatan ("Southern white-cheeked gibbon"), Nomascus siki
      • ungka pipi kuning ("Yellow-cheeked gibbon"), Nomascus gabriellae
      • ungka pipi berkilat Utara ("Northern buffed-cheeked gibbon"), Nomascus annamensis[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 180–181. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ a b Geissmann, Thomas (December 1995). "Gibbon systematics and species identification" (PDF). International Zoo News. 42: 467–501. Dicapai pada 2008-08-15.
  3. ^ Thomas Geissmann. "Status reassessment of the gibbons: Results of the Asian Primate Red List Workshop 2006". Gibbon Journal Nr. 3 – April 2007=.
  4. ^ Van Ngoc Thinh, Alan R. Mootnick, Vu Ngoc Thanh, Tilo Nadler, Christian Roos. "A new species of crested gibbon, from the central Annamite mountain range". Vietnamese Journal of Primatology 2010; 1(4): 1-12.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Hylobatidae nav