e (pemalar)
Penampilan
(Dilencongkan daripada Nombor Euler)
Pemalar e atau nombor Euler ialah suatu nombor nyata di mana nilai bagi pembezaan bagi fungsi pada titik 0 adalah bersamaan dengan 1. Fungsi dinamakan fungsi eksponen, dan fungsi songsangnya dinamakan logaritma asli atau logaritma asas e.
e merupakan nombor bukan nisbah, bererti e tidak boleh diungkapkan sebagai nisbah dua integer. Nilai bagi e sehingga 20 tempat perpuluhan ialah
2.71828182845904523536….