Nombor perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam matematik, nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Jika suatu bilangan yang lebih besar daripada satu bukan nombor perdana, maka bilangan itu disebut nombor komposit. Cara termudah untuk menentukan nombor perdana yang lebih kecil daripada bilangan tertentu adalah dengan menggunakan saringan Eratosthenes manakala saringan Atkin agak pantas.

Nombor perdana terbesar[sunting | sunting sumber]

Nombor perdana terbesar yang diketahui setakat ini ialah 243,112,609 − 1. Bilangan ini mempunyai 12,978,189 digit dan merupakan nombor perdana Mersenne yang ke-45. Ditemui oleh Great Internet Mersenne Prime Search pada 23 Ogos 2008.

Nombor perdana terkecil dan satu-satunya nombor perdana genap ialah 2.

Konjektur penting[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa konjektur (tekaan) yang penting dalam matematik yang melibatkan nombor perdana. Antaranya ialah: