Pergi ke kandungan

Nona (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nona
PengacaraAmyra Rosli
Lagu pembukaan"Nona" oleh Sam Nuhair (sejak 2018)
Lagu penutup"Nona" oleh Sam Nuhair (sejak 2018)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
LokasiSri Pentas, Bandar Utama, Selangor
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audio
Siaran asal25 Ogos 1985; 39 tahun yang lalu (25 Ogos 1985) – kini

Nona ialah sebuah rancangan majalah yang diterbitkan oleh TV3 dan disiarkan pada setiap Ahad pada jam 2.00 petang, sejak 25 Ogos 1985.

Konsep dan idea asal Nona sebenarnya diilhamkan oleh anak kepada pasangan seniman dan seniwati veteran terkenal, Allahyarham Datuk Jamil Sulong dan Datuk Rosnani Jamil iaitu Dr. Anwardi Jamil yang juga penerbit awalnya.

Ketika di awal penerbitannya, Nona berada di bawah Jabatan Penerbitan sehinggalah kemudiannya ia dipindahkan kepada Jabatan Berita & Hal Ehwal Semasa yang diketuai oleh penerbitnya, Nuraeshah Malik. Jika dilihat kepada perjalanan Nona selama 33 tahun, populariti dan kekuatan program yang berkonsepkan kekeluargaan itu terletak kepada kandungannya yang lebih mengutamakan kepada isu wanita di dalam dan juga luar negara.

Pada awal kemunculannya, antara segmen popular dalam program berkenaan termasuklah Cik Sri Siantan, Petua Nona, Dari Fail, Titian Hidup, Motivasi dan Klinik Nona yang terus meletakkan Nona sebagai salah sebuah program diminati ramai. Dalam pada itu, Nona juga berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila pernah tampil dengan program realitinya sendiri, Pengacara Jemputan Nona (PJN) yang mula diperkenalkan pada tahun 1991.

Sempat bertahan selama lima tahun, PJN telah mencungkil bakat-bakat pengacara baharu antaranya termasuklah Normala Samsudin, Maria Tunku Sabri,Raja Mazian Raja Mohamed, Norish Karman, Norjuma Habib Mohamed,Nollyzai Awang Sham &Farah Adeeba Mohd Ashraf.

Selepas Pengacara Jemputan nona..nona terbitkan segmen pesona nona selama 3 musim,matlamatnya sama untuk mencari pengacara.antara bakat yang dicungkil dari pesona nona Noor Azean Abdol Karim dan pengacara nona Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan.

Pada tahun 2015 nona kembali dengan segmen terbaru Pencarian Nona Manis yang menobatkan Uyaina Arshad sebagai Juara.

Senarai pengacara

[sunting | sunting sumber]

Pengacara Terkini

[sunting | sunting sumber]

Bekas Pengacara

[sunting | sunting sumber]
  • Nona mempunyai program pencarian bakat iaitu Pengacara Jemputan Nona (PJN) dan Pesona Nona (PN) yang mana mencari muka baru untuk mengisi kekosongan hos Nona bagi musim baru, Normala Samsudin menjuarai Pengacara Jemputan Nona edisi 1992 kemudian diserap sebagai kakitangan TV3 seperti pengacara dan pembaca berita malah pada 2001 Normala menjadi pengacara Nona ke-11.Pada tahun berikutnya diteruskan juara Pengacara Jemputan Nona 2002 Norjuma Habib (dari Pilau Pinang) menjadi pengacara untuk tahun 2004
  • Nurul Syuhada Nurul Ain satu-satunya pengacara bukan dari program Pengacara Jemputan Nona memandangkan menjadi juara Malaysian Top Host 2005. Beliau keluar dari program Nona bagi menyertai Majalah 3 pada 2007 bagi menggantikan Nozie Pak Wan Chek dan tempat Nurul diganti oleh Fiza Sabjahan, Juara Persona Nona 2006
  • Program Nona musim 2020-21 kebanyakan menjalankan penggambaran di lokasi tertentu termasuk rumah pengacara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memcacatkan proses.
  • Uyaina Arshad juara Persona Nona 2016 sempat menjadi pengacara edisi 2017 sebelum menyertai sebuah pertandingan di Jakarta, Indonesia pada 2018 dan menyertai Wanita Hari Ini bersama bekas pengacara terdahulu Fiza Sabjahan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]