Noorshila Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noorshila Amin
Kelahiran1964 (umur 59–60)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1983–kini
Syarikat rakaman
New Southern Records (1989-1992)

Noorshila Amin (lahir 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu "Kad Ucapanmu" dan "Rambu Ramba". Beliau ialah salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-6.[1][2]

Beliau pernah menjadi penyanyi di Orkestra Tentera Darat (OTD) dan sempat menyertainya sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1983 dan 1987.[3] Noorshila juga aktif dalam perniagaan menerusi syarikatnya Titanius Global Enterprise yang mengeluarkan rempah dan minuman.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Noorshila telah berkahwin dan dikurniakan empat anak. Anak-anak beliau semuanya berkecimpumg dalam bidang muzik.[5]

Pada Ogos 2013, beliau mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki kiri selepas dapur gas di rumahnya mengalami kebocoran.[6]

Gegar Vaganza 2019[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Noorshila Amin telah menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau ialah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Namun begitu hasrat beliau untuk ke konsert akhir berkecai apabila beliau tersingkir bersama seorang lagi peserta, Wann berikutan memdapat markah yang paling rendah.[7] Berikut ialah persembahan beliau:

Konsert Tema Lagu Penyanyi Asal #
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Rambu Ramba" Dirinya sendiri Ke-12
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Kad Ucapanmu" Ke-8
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Pelesit Kota" Search Ke-8
Minggu 4 Haa... Tepuk "Aku Cinta"

(duet Syamel)

Syamel & Ernie Zakri Ke-10
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Semakin" Siti Sarah Ke-7
Minggu 6 Melets (Meletop) "Kerana Pengalaman" Elvy Sukaesih Ke-8
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Vroom Vroom" Nabila Razali Ke-4
Minggu 8 Reset "Samar Bayangan" Nicky Astria Ke-6
Minggu 9 (Suku Akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Ahai Usahlah" Dirinya sendiri Ke-5
Minggu 10 (Separuh Akhir) Fabulous "Kerna Terpaksa" Francissca Peter Tersingkir
"Dialah di Hati"

(duet bersama Ifa Raziah)

Dato' Sri Siti Nurhaliza Tersingkir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Kad Ucapanmu (1989)
  • Rambu Ramba (1990)
  • Ahai Usahlah (1991)
  • Luahan Hati (2003)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ish... Siapa panggil Norshila Amin ‘nenek over’? XTRA (25 September 2019). Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  2. ^ Qarami Hashim (13 Oktober 2019). Noorshila Amin bimbang emosi ganggu GV6 mStar Online. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ Fadhli Sulaiman (20 November 2019). Noorshila kongsi kisah lucu ketika bersama Orkestra Tentera Darat Malaysiakini. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  4. ^ Ridzuan Abd Rahman (22 Oktober 2016). Noorshila aktif nyanyi, bisnes Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  5. ^ Hanisah Selamat (3 Oktober 2019). Nak popular, popularlah sendiri… - Noorshila Amin Berita Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (27 Ogos 2013). "Muka artis disambar api". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2014.
  7. ^ Aqmar Mustaza (15 November 2019). "Impian Wann, Noorshila Amin ke final GV6 lebur". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]