Nor Azlan Rosle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lan
Azlan & The Typewriter - Twisties Bingit 2010.jpg
Lan membuat persembahan di konsert Twisties Bingit 2010
KelahiranNor Azlan bin Rosle
(1982-04-20) 20 April 1982 (umur 37)
Hulu Langat, Selangor, Malaysia
PendidikanDiploma Teknologi Pengurusan
Pusat pendidikanCentre Continuing Education, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lagu
Kampung asalHulu Langat, Selangor
GelaranJuara Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) dan Kumpulan Baru Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008
Kerjaya muzik
GenreRock, pop rock, indie rock, rock progresif, rock alternatif
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2002-kini
Syarikat rakaman
Satu Music Entertainment
Kegiatan berkaitan
Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, A.P.I. (Angkatan Pemuzik Indie), Prima Domestik

Nor Azlan Rosle (lahir 20 April 1982) merupakan penyanyi utama kumpulan Azlan & The Typewriter. Dia juga pernah menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH). Beliau kini bergiat dengan kumpulan Prima Domestik yang merupakan kumpulan berkonsep hard rock dan menghasilkan album studio.[1] Untuk itu, kumpulan Prima Domestik turut bergandingan bersama pemuzik otai seperti Hillary Ang, Joe Wings, Kelly (bass) dan Ujang Exists (dram).

Nor Azlan Rosle berasal dari Hulu Langat, Selangor dan dilahirkan pada 20 April 1982. Beliau menceburi dalam bidang hiburan dengan menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain sebagai penyanyi utamanya. Selepas keluar dari dia menubuhkan kumpulannya sendiri ia itu kumpulan Azlan & The Typewriter.

Antara lagunya yang mendapat sambutan peminat adalah Lagu Untukmu, La La La Kerjalah dan Pari-Pari Di Bawah Angin.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sepanjang pembabitannya dalam bidang hiburan, dia pernah menggondol beberapa anugerah, antaranya adalah Juara Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) menerusi lagu "Lagu Untukmu" pada 2008 dan Kumpulan Baru Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008. Bersama kumpulan Azlan & The Typewriter, menggondol Naib Juara , Anugerah Juara Lagu ke-27 ("Idola"; 2012), TV3 dan dua buah lagi lagunya layak ke pertandingan itu iaitu "Pelita" (bersama Monoloque dan Noh Salleh; AJL25/2010) dan "Tandatanya" (Azlan & The Typewriter; AJL28/2013)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Azlan mendapat pendidikan tahap diploma dalam Teknologi Pengurusan dari Centre Continuing Education, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Beliau disahkan mengidap penyakit tiroid pada 2000. Beliau bergantung kepada antibiotik setiap bulan untuk merawat penyakitnya, itulah yang menyebabkan suaranya sedikit garau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]