Noramfaizul Mohd Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noramfaizul Mohd Nor
Noramfaizul pada 2010.
Kelahiran(1971-11-14)14 November 1971
Meninggal dunia2 September 2011(2011-09-02) (umur 39)
Sebab kematianTerbunuh semasa membuat liputan di luar negara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Serdang
Nama lainNoram
PekerjaanJurukamera, wartawan penyiaran
PasanganNorazrina Jaafar (2002-2011, kematiannya)
Anak-anakMohd Irfan Noramfaizul
Mohd Naufal Noramfaizul
Ibu bapaMohd Nor Mat Yassin
Naemah Abdul Majid
AnugerahBintang Gagah Perkasa (Melaka)

Noramfaizul Mohd Nor (14 November 1971 - 2 September 2011) merupakan seorang jurukamera Bernama TV, maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Noram pernah bekerja dengan Filem Negara Malaysia selama 3 tahun. Pada 2 Mac 1997, beliau nyaris terbunuh ketika mengambil gambar dari udara tentang lumba basikal antarabangsa Le Tour de Langkawi 1997. Pada saat akhir, beliau tidak jadi menaiki Cessna 172 milik Mofaz Air, terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, pulau Langkawi. Seorang juruterbang dan dua juru kamera terbunuh. Selepas peristiwa itu, Noramfaizul menyertai stesen televisyen MetroVision. Ekoran stesen TV itu ditutup pada 1999, beliau menyertai Bernama TV pada 2002.[1][2] Noram pernah membuat liputan semasa misi bantuan kemanusian di Gaza, Palestin dan Pakistan dan gempa bumi Chrischurch, New Zealand.

Misi kemanusiaan Somalia[sunting | sunting sumber]

Ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia dan rombongan berlepas pada 28 Ogos 2011 dari Kuala Lumpur pergi ke Mogadishu untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. Tahun 1991-1992 kebuluran Somalia amat serius dan kini 2011 kebuluran berulang akibat perang saudara .Kumpulan pemberontak Islamm al-Shabab tidak terlibat dalam insiden ini. Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan sekitar 23 wartawan terbunuh di Afrika sejak 2007.

Dalam kejadian itu,wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan turut cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru.Turut ke sana ialah wartawan Astro Awani, Tan Su Lin.

Pada jam 5.40 petang waktu Somalia, semasa 6 orang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera Somalia.Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya menyatakan bahawa tembakan peluru sesat itu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya.Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan. Jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan mendarat di Subang.

Setiausaha agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan ,mahu para majikan wartawan dilengkapkan dengan jaket ,helmet kalis peluru dan polisi insurans apabila membuat liputan di zon perang atau konflik.[3] NUJ bercadang mengeluarkan buku panduan keselamatan komprehensif untuk wartawan yang membuat liputan gempa bumi, banjir dan pergolakan sosial sama ada dalam atau di luar negara.

Penembak[sunting | sunting sumber]

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Somalia, Abdisamad Maallin Mohamud berjanji mencari dalang insiden itu dan dihadapkan ke mahkamah. Menurut Muhideen Mohamed seorang sukarelawan di sana, penembaknya adalah pasukan tentera Amisom dari Kesatuan Afrika (AU) di persimpangan KM4 ketika mereka menuju ke Lapangan Terbang Mogadishu.[4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Jenazah selamat sampai di Subang pada 4 September 2011 dengan kapal terbang RMAF C-130. Anggota rombongan seramai 54 orang turut mengiringi, termasuk Datuk Abdul Azeez.Solat jenazah diadakann di Masjid Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi. Kemudian dibawa ke Masjid Al-Islah, Serdang.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serdang, berhampiran pintu masuk UPM.[5] Turut hadir ialah Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong.

Isterinya Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Mereka tinggal di Taman Serdang Raya, Serdang, Selangor. Isterinya berasal dari Johor dan eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.Bapanya Mohd Nor Mat Yassin (66) Ibunya Naemah Abdul Majid (63) menyatakan bahawa kenduri doa selamat akan diadakan.[6]

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu kebajikan dan persekolahan keluarga Noramfaizul .[7]

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah memendekkan lawatannya ke Perth, Australia dan tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bagi menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul.[8] Najib tidak mahu tuding menuding antara satu sama lain. Kawasan konflik seperti Mesir, Libya dan Gaza memang berbahaya kepada wartawan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan Bintang Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob secara anumerta.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Bernama.com
  2. ^ Noramfaizul pernah terselamat nahas Cessna[pautan mati kekal]
  3. ^ NUJ: Majikan p[erlu pastikan keselamatan wartawan
  4. ^ Journalist killed in shooting attack in Somali capital
  5. ^ Jenazah Noramfaizul dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UPM esok[pautan mati kekal]
  6. ^ "Jurukamera Bernama TV terbunuh kena peluru sesat di Somalia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2011-09-03.
  7. ^ "Perbelanjaan anak Noramfaizul akan diurus kerajaan: Shahrizat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-03. Dicapai pada 2011-09-04.
  8. ^ BHOnline;Semangat, pengorbanan Noramfaizul inspirasi buat semua: Najib[pautan mati kekal]
  9. ^ Late cameraman sole recipient of medal