Norashikin Mohd Seth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Norashikin Mohd Seth
Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Dalam jawatan
22 September 1970 – 2 Ogos 1973
Didahului olehTun Rahah Tan Sri Mohamed Noah
Digantikan olehTun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah
Butiran peribadi
Lahir(1930-01-17)17 Januari 1930
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia2 Julai 2010(2010-07-02) (umur 80)
Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
PasanganTun Dr. Ismail Abdul Rahman (k. 1950; m. 1973)
Anak-anakMohamed Tawfik Ismail
Zailah Ismail
Badariah Ismail
Tarmizi Ismail
Zamakhshari Ismail
Mohamed Ariff Ismail
Ibu bapaDato' Mohd Seth Mohamed Said
SaudaraTan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth (abang)
HubunganDato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mentua)
Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar)
Tun Dr. Awang Hassan (biras)
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara)
Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (anak saudara)
Tariq Ismail Mustafa (cucu)

Toh Puan Norashikin binti Dato' Mohd Seth (17 Januari 19302 Julai 2010) merupakan isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Antara anak mereka ialah bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Ismail. Tun Dr. Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika darurat kedua yang disebabkan oleh kesan Peristiwa 13 Mei. Sebelum itu, Tun Dr. Ismail merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri serta Duta Besar Malaysia pertama ke PBB.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Norashikin ialah anak kedua (anak perempuan sulung) daripada lima orang adik beradik. Abang sulungnya ialah Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth yang merupakan bekas Panglima ATM. Ayahnya, Dato' Mohd Seth Mohd Said merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Johor.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Toh Puan Norashikin meninggal dunia pada 2 Julai 2010 di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana sakit tua. Jenazahnya telah dibawa ke kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur untuk penghormatan terakhir dan seterusnya disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.[1] Toh Puan Norashikin merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, iaitu bekas Menteri Kebajikan Am, Tun Fatimah Hashim.

Turut hadir semasa pengkebumian ialah Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Toh Puan Norashikin Seorang Tokoh Wanita Negara Yang Boleh Diteladani". mStar Online. 4 Julai 2010. Dicapai pada 13 November 2021.