Norazlina Awang Had

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datin
Norazlina Awang Had
Pekerjaan Penyampai berita
Pasangan Abdul Rahman Dahlan (berkahwin 1999)[1]
Ibu bapa Awang Had Salleh (bapa)

Datin Norazlina Awang Had merupakan bekas penyampai berita di ntv7 dan terkenal sebagai penyampai berita Edisi 7. Beliau menyertai ntv7 pada 1998 sebagai penyampai berita sehinggalah berhenti pada tahun 2006 untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.

Kerjaya dan kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Norazlina yang mendapat diploma dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing dilahirkan di Kuala Lumpur.Kemudian Norazlina menyambung pelajaran di Auckland University of Technology di Auckland, New Zealand untuk mendapatkan ijazah dalam bidang rekaan grafik.

Bapa beliau ialah Tan Sri Datuk Dr Awang Had Salleh, seorang ahli akademik yang terkenal. Tan Sri Datuk Dr Awang Had pernah memegang jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM] dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga pernah menjadi penasihat pendidikan kepada Menteri Pendidikan.

Beliau mempunyai 2 orang anak iaitu Karisma Putera yang lahir pada 2000 dan Kencana Putera yang dilahirkan pada 2003. Suami beliau ialah Datuk Seri Abdul Rahman Datuk Hj Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini. Rahman adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (22/07/1998). "Norazlina pembaca berita bukan artis". Utusan Online. Dicapai pada 1 Julai 2013.