Nord-Pas-de-Calais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Nord-Pas-de-Calais
Bendera bagi Nord-Pas-de-Calais
Bendera
Jata bagi Nord-Pas-de-Calais
Jata
Kawasan Nord-Pas-de-Calais didalam peta Perancis
Kawasan Nord-Pas-de-Calais didalam peta Perancis
Koordinat: 50°28′N 2°43′E / 50.467°N 2.717°E / 50.467; 2.717Koordinat: 50°28′N 2°43′E / 50.467°N 2.717°E / 50.467; 2.717
Negara Perancis
Tarikh pembubaran1 January 2016
PrefekturLille
Jabatan
Kerajaan
 • PresidenXavier Bertrand (DVD)
Luas
 • Jumlah12,414 km2 (4,793 batu persegi)
Penduduk
 (2012-01-01)
 • Jumlah4,050,706
 • Kepadatan330/km2 (850/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Kod ISO 3166FR-O
KDNK (2012)[1]tempat keempat
Jumlah keseluruhan€103.2 billion (RM 488.3 bilion)
Per kapita€25,487 (RM 120585.33)
Kawasan NUTSFR3
Laman webwww.nordpasdecalais.fr

Nord-Pas-de-Calais (Sebutan Perancis: [nɔʁ pɑ d(ə) kalɛ]  (Speaker Icon.svg dengar)) merupakan bekas daerah di negara Perancis.Sejak 1 Januari 2016, daerah ini telah menjadi sebahagian daripada daerah baharu Hauts-de-France.[2]. Daerah ini merupakan gabungan diantara jabatan Nord dan jabatan Pas-de-Calais.Daerah ini bersempadan dengan Selat Inggeris(arah barat),Laut Utara(arah barat laut),Belgium(arah utara dan timur) dan Picardy (arah selatan)

Sehingga akhir abad ke-20, "Nord" juga merupakan nama daerah, selain daripada nama departmen. Pada suatu ketika, daerah ini merupakan sebahagian Belanda Selatan di Negeri-Negeri Pamah, tetapi menjadi sebahagian Perancis pada 1713. Provinsi-provinsi kini yang dirangkumi oleh Nord-Pas de Calais termasuk, terutamanya Artois dan Flanders (Flandre dalam bahasa Perancis), dengan nama-nama tersebut masih sering digunakan oleh penghuni.

Nord-Pas de Calais adalah sebuah daerah yang terlalu padat, dengan lebih kurang 4 juta penghuni yang merupakan 7% daripada jumlah seluruh penduduk di Perancis. Oleh itu, daerah ini merupakan daerah yang keempat terbanyak penduduk di dalam negara, dengan 83% daripada mereka duduk di komuniti-komuniti bandar. Pusat pentadbirannya ialah bandar raya Lille. Bandar-bandar utama yang lain termasuk Valenciennes, Lens, Douai, Béthune, Dunkirk, Maubeuge, Calais, Boulogne-sur-Mer, dan Arras.

Pada 1 Januari 2016, daerah ini telah diserap kedalam daerah Hauts-de-France yang menyatukan daerah ini dan daerah Picardy.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ INSEE. "Produits intérieurs bruts régionaux et valeurs ajoutées régionales de 1990 à 2012". Dicapai pada 2014-03-04.
  2. ^ Templat:Cite French law