Pergi ke kandungan

Nordin Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Din Search
Nama lahirNordin bin Mohd Taib
Juga dikenali
sebagai
Din Search, Din Mayat
Kelahiran (1963-07-21) 21 Julai 1963 (umur 62)
AsalJohor Bahru, Johor Johor, Malaysia Malaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreRock
PekerjaanPemuzik
Tahun aktif1977 hingga kini.
Syarikat rakamanPolygram
PMC / BMG
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nordin bin Mohd Taib (lahir 21 Julai 1963) yang dikenali sebagai Din Search merupakan seorang penerbit album dan pemain gitar irama selaku pengasas kumpulan rock lagenda Search. Sebelum menganggotai Search, beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain gitar utama untuk menubuhkan kumpulan The Leonard Brothers bersama 5 rakan-rakannya pada tahun 1977 hingga 1981. Kemudian Din menjadi jolokan King Of Rhythm mula menganggotai kumpulan tersebut pada tahun 1981 setelah beliau bertemu dengan rakan sekelasnya, Yazit Ahmad yang juga pemain dram Search di kelab Red Rooster, Kuala Lumpur dengan menawarkan seorang pemain gitar irama untuk menggantikan pemain gitar irama yang kosong di Flash yang ketika itu telah ditinggalkan oleh Zainal. Beliau menerima tawaran itu dan akhirnya menyertai Kumpulan Flash seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi dan pemain gitar irama sejak 1981. Beliau juga merupakan abang kepada Hamzah bin Mohd Taib atau Kid, pemain gitar utama Search selepas Hillary Ang yang juga pernah menganggotai kumpulan Gersang pada tahun 1986.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Din dilahirkan dalam keluarga seni di mana beliau merupakan anak kepada komposer Allahyarham Taib Othman & juga anak saudara kepada Allahyarham Rahim Othman. Selain Kid, beliau juga mempunyai 2 orang adik yang turut mencipta nama dalam industri muzik tempatan iaitu Musa atau Lomaq Kris, pemain bass Kumpulan Kris yang juga bekas anggota Kumpulan Mega sekaligus pemain bes pertama Kumpulan Crossfire dan bekas pemain gitar utama SYJ dan Tambi yang merupakan pemain dram kumpulan Dejavu.

Biarpun Din lebih dikenali sebagai pemain gitar irama dan pengasas kumpulan Search, terdapat beberapa lagu Search yang meletakkan Din sebagai pemain gitar utama, antaranya Gelora Cintaku, Mencari (instrumental) dan Seroja.