Nori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nori

Nori (海苔, のり?) ialah nama dalam bahasa Jepun untuk bahan makanan berupa helaian rumpai laut yang dikeringkan. Nori digunakan sebagai hiasan dan penyedap pelbagai macam masakan Jepun, lauk sewaktu makan nasi, dan bahan makanan ringan seperti senbei. Bahan asasnya adalah alga jenis Porphyra seperti Porphyra pseudolinearis Ueda, yang dikenali sebagai Iwanori, dan Porphyra yezoensis Ueda.

Walaupun warna tidak dapat dijadikan penilaian kualiti, helaian Nori berkualiti tinggi umumnya berwarna hitam kehijauan, sedangkan Nori berkualiti lebih rendah berwarna hijau hingga hijau muda.

Jepun, China, dan Korea merupakan pengeluar Nori terbesar di dunia. Nori disebut sebagai hǎitái (海苔) di China, atau gim () di Korea.

Korea terkenal dengan Nori berasa minyak bijan, cili, dan butiran garam yang agak kasar sehingga berbau lain dan terasa agak pedas.

Jenis-jenis Nori[sunting | sunting sumber]

Gyutoro donburi (nasi dengan daging lembu cincang yang mentah) dihiasi Kizaminori
Okonomiyaki dengan penyedap Aonori

Ukuran piawai satu helai Nori di Jepun adalah 21 cm x 19 cm yang kemudian dipotong-potong bergantung kepada keperluannya. Dilihat dari ukuran besarnya, Nori terdiri dari beberapa jenis:

  • Yakinori ukuran piawai
Nori tawar untuk menggulung Temakizushi dan Makizushi.
  • Yakinori jenis setengah
Satu helai Nori ukuran piawai dibahagi dua, digunakan untuk membungkus seluruh baahgian Onigiri.
  • Yakinori jenis sepertiga
Satu helai Nori dibahagi tiga, dilekatkan di bahagian dasar Onigiri sehingga mudah dipegang dengan tangan.
  • Ajitsuke Nori atau Okazunori
Satu helai Nori piawai yang sudah diberi garam, kicap, gula atau mirin dipotong menjadi 8 atau 12 potongan kecil. Pada umumnya, dimakan sebagai ulam nasi sewaktu sarapan pagi atau dimakan begitu saja sebagai makanan ringan.
  • Mominori
Ajitsuke Nori yang sudah diberi garam, kicap, gula atau mirin dan dicarik-carik hingga menjadi potongan berukuran kecil yang tidak seragam. Digunakan sebagai hiasan pada makanan Jepun seperti Donburi atau Chirashizushi
  • Kizaminori
Yakinori yang dipotong halus-halus dengan ukuran seragam, berfungsi sebagai hiasan seperti Mominori.
  • Aonori
Nori berwarna hijau berbentuk serbuk kasar berukuran 2-3 mm yang ditabur di atas Okonomiyaki, Takoyaki, dan Yakisoba. Berbeza dengan bahan asas untuk Nori piawai, Aonori menggunakan alga berwarna hijau jenis Monostroma dan Enteromorpha yang banyak diladangkan di Teluk Ise, Wilayah Mie sebagai bahan asas.

Bungkusan Nori[sunting | sunting sumber]

Nori dibungkus dalam bungkusan beg plastik, botol plastik atau tin kedap udara kerana sifat Nori yang mudah kehilangan rasa rangup dan mudah menjadi lembab. Ajitsuke Nori (Okazu Nori) lebih mudah menjadi lembab dibandingkan Nori biasa, oleh sebab itu Ajitsuke Nori biasanya dibungkus dalam bungkusan-bungkusan kecil yang hanya berisi beberapa helai Nori ukuran mini. Walaupun bungkusan Nori banyak menggunakan gel silika dan bahan-bahan lain sebagai penyerap kelembaban, Nori yang sudah dibuka bungkusannya sebaiknya segera dihabiskan secepat mungkin sebelum menjadi lembab dan tidak enak.

Industri rumput laut[sunting | sunting sumber]

Makanan ringan Nori senbei

Pada musim gugur di saat suhu air laut sekitar 20℃, di laut yang berada di dekat mulut sungai dipasang sangkutan rumput laut yang berbentuk jala. Spora rumput laut melekat pada jala dan tumbuhan berkembang biak dengan cepat. Tuaian sudah dapat dilakukan di musim sejuk tahun yang sama ketika tanaman berumur sekitar 45 hari. Setelah tuaian pertama, rumpai laut masih boleh dituai berulang kali dengan masa rehat 10 hari.

Cara tradisional pembuatan Nori:

  • Rumput laut hasil tuaian ditumbuk sampai menjadi bubur
  • Bubur rumput laut dilebarkan seperti kertas di atas papan
  • Nori dijemur di bawah sinar matahari hinga kering

Pautan luar[sunting | sunting sumber]