Nori Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nori Abdullah Badawi adalah anak perempuan kepada Tun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga adalah isteri Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Nori Abdullah Badawi memulakan kerjayanya di Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia pada tahun 1999 di mana sekarang dia merupakan Visiting Fellow. Pada tahun 2003, dia menyertai Noordin Sopiee & Associates (NSA) – yang melakukan penyelidikan, dan analisa politik hal ehwal semasa – sebagai timbalan editor dan dilantik sebagai editor pada tahun 2004. Selepas Tan Sri Dr Noordin Sopiee meninggal, dia kini berkhidmat sebagai Pengarah Esekutif (Executive Chairperson) NSA. Nori juga merupakan ahli pengasas Puteri UMNO, sayap wanita remaja parti politik Malaysia terbesar, United Malays National Organisation, dan merupakan ahli kepada Majlis Esekutif (Executive Council) pergerakan bagi penggal 2002-2004. Dia kini menjabat Majlis Penasihat Remaja Nasional Malaysia (Malaysia National Youth Consultative Council), badan perwakilan yang bekerjasama dengan Kementerian Remaja dan Sukan berkenaan isu polisi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]