Norihisa Tamura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norihisa Tamura
田村 憲久
Norihisa TAMURA 01.jpg
Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan
Memegang jawatan
16 September 2020
Perdana MenteriYoshihide Suga
Didahului olehKatsunobu Katō
Dalam jawatan
26 Disember 2012 – 3 September 2014
Perdana MenteriShinzō Abe
Didahului olehWakio Mitsui
Digantikan olehYasuhisa Shiozaki
Ahli Dewan Perwakilan
untuk Daerah Mie ke-4
Memegang jawatan
20 Oktober 1996
Didahului olehHajime Tamura
Butiran peribadi
Lahir (1964-12-15) 15 Disember 1964 (umur 57)
Matsusaka, Mie, Jepun
Parti politikParti Demokratik Liberal
HubunganHajime Tamura (bapa saudara)
Alma materUniversiti Chiba

Norihisa Tamura (田村 憲久, Tamura Norihisa, lahir 15 Disember 1964) ialah ahli politik Jepun yang berkhidmat di Dewan Perwakilan dalam Diet Jepun (badan perundangan kebangsaan) sebagai ahli Parti Demokratik Liberal dan sebagai Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan sejak 16 September 2020. Beliau adalah ahli faksi Suigetsukai dalam LDP yang diketuai oleh Shigeru Ishiba. Tamura juga bersekutu dengan lobi revisionis sejarah Nippon Kaigi.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Berasal dari Matsusaka, Mie, Tamura dilahirkan pada 15 Disember 1964.[2] Beliau adalah lulusan Fakulti Ekonomi dan Undang-Undang Universiti Chiba.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tamura memulakan kerjayanya di syarikat pembinaan yang dikendalikan keluarga Nippon Doken Co. di Tsu, Mie, pada 1987. Seterusnya, beliau mula bekerja sebagai setiausaha bapa saudaranya, Hajime Tamura, yang bertugas sebagai ahli Dewan Perwakilan dan sebagai Speaker.[2]

Tamura terpilih ke Dewan Perwakilan untuk pertama kalinya pada 1996, mengambil alih kedudukan pakciknya.[2] Beliau telah berkhidmat sebanyak enam kali sebagai ahli Dewan, mewakili Daerah Wilayah Mie ke-4.[2][3] Beliau menjadi Setiausaha Parlimen untuk Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan di dalam Kabinet Mori dan kemudian untuk Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi di dalam Kabinet Junichiro Koizumi.[4] Beliau dilantik sebagai Naib Menteri Hal Ehwal Dalaman dalam Kabinet pertama Shinzo Abe pada 2006.[2] Beliau mengetuai Jawatankuasa Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kesejahteraan di Dewan Perwakilan semasa pemerintahan Perdana Menteri Taro Aso.[2]

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan di bawah Perdana Menteri Shinzo Abe dari 2012 hingga 2014, dan sekali lagi diangkat untuk peranan berkenaan dibawah Perdana Menteri Yoshihide Suga yang melantik kabinetnya pada 16 September 2020.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "菅新内閣20人中14人が「日本会議」のメンバー…右翼色は依然と" Diarkibkan 2020-09-17 di Wayback Machine (Yahoo! News 16 September 2020) (dalam bahasa Jepun)
  2. ^ a b c d e f g "Cabinet Profile". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 26 Disember 2012. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  3. ^ "Tamura, Norihisa" (dalam bahasa Inggeris). Our Campaigns. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  4. ^ "Tamura Norihisa" (dalam bahasa Inggeris). Lib Dems. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  5. ^ "Suga reshuffles LDP leadership; likely to retain key ministers, except Kono". Japan Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2020.