Norila Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Norila Daud adalah wartawan Utusan Malaysia dan pernah menjadi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia sehingga 17 September 2010. Kemudian beliau diganti oleh Mohd Hata Wahari, juga wartawan Utusan Malaysia. NUJ yang mewakili 1,400 ahli, tidak cenderung menyokong mana-mana parti di negara ini.


Kebebasan media[sunting | sunting sumber]

Selaku Presiden NUJ, beliau berharap kerajaan membenarkan media mengambil sikap lebih terbuka dan bebas mendebatkan sesuatu perkara termasuk isu sensitif, untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak. Kebebasan media mampu melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan menghargai perbezaan pendapat itu sebagai satu asas penting yang membolehkan negara mencapai kemajuan setelah 53 tahun merdeka.Perkara sensitif patut diperjelaskan dan diperdebatkan dalam media dengan cara beretika, daripada membiarkan rakyat mengambil tindakan sendiri kerana tidak mendapat gambaran jelas serta maklumat tepat mengenai sesuatu perkara itu. Tindakan ISA ke atas Raja Petra Kamaruddin , Teresa Kok termasuk wartawan Tan Hoon Cheng tidak patut berlaku.

Selama ini akhbar dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Apabila wujudnya internet, rakyat beralih kepada portal-portal dan akhbar online. NUJ berpendapat sudah sampai masanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda supaya penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah. NUJ juga berpendapat pihak yang mengancam ketenteraman awam dan menjejaskan keharmonian rakyat menerusi penulisan dan penyiaran, mesti didakwa di bawah undang-undang sedia ada, bagi membolehkan mereka membuat pembelaan diri di mahkamah.

Sebelum itu ,Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong menyatakan bahawa KDN akan merangka garis panduan penerbitan baru. Antara perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan ialah memperjelaskan dengan lebih terperinci peraturan dan syarat permit serta peruntukan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).