Pergi ke kandungan

Norish Karman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norish Karman
نوريسه كرمن
Kelahiran
Nor'Ashikin binti Karman

(1974-05-11) 11 Mei 1974 (umur 52)
Warganegara Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1995kini
PasanganHashimuddin Abdul Kadir (k. 1998; c. 2008)
Anak-anak4
Ibu bapa
  • Karman Sukarjo (bapa)
  • Sherifah Salmah Aljunied (ibu)

Nor'Ashikin "Norish" Karman (lahir 11 Mei 1974) adalah pelakon filem dan drama Malaysia kelahiran Singapura serta berdarah kacukan Arab dan Jawa.

Norish memulakan dunia lakonan semasa berusia 17 tahun melalui dunia peragaan,pengacaraan di Singapura dan memulakan program Potret Keluarga di SBC (Singapore Broadcasting Cooperation kemudian TCS/Television Channel Singapore Prime 12 kini dikenali MediaCorp Suria) kemudian terlibat program Nona di TV3 pada awal tahun 1990 an.[1]

Bakat beliau dicungkil secara tidak sengaja apabila pengarah Mahadi J. Murat memanggil Norish untuk tawarkan berlakon watak Salmah dalam filemnya Sayang Salmah pada 1994 dan ditayangkan pada 1995 bersama Azhar Sulaiman,Sidi Oraza,Fauziah Nawi.

Drama lakonannya ialah drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Hj. Azmi. Drama Spa Q juga menarik. Dia juga terpilih sebagai juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang.

Cerekarama Mahar Untukmu yang disiarkan di slot Cerekarama di TV3 bersama Adi Putra dan Nabila Huda mengundang perhatian penonton.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Norish Karman pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis. Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008. Hishamuddin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.[2] Pada 2011, Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberi hak penjagaan tiga anaknya kepada beliau. Norish memfailkan kes itu pada 10 Oktober 2008.[3]

Kehadiran anak ke-4 bernama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya. Anak bungsunya itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya melalui pembedahan.[4] Beliau menetap di sebuah perumahan elit di Mont Kiara, Selangor. Ibunya Sherifah Salmah Aljunied, 66, dan bapanya Karman Sukarjo, 74, kini bersamanya di Mont Kiara. Norish Karman adalah anak kedua dalam tiga beradik perempuan.Pada tahun 2020 beliau mempunyai anak angkat menurutnya beliau diminta oleh seseorang agar ambil anak-anak terbiar untuk jadikan anak angkat meskipun beliau bergelut pelbagai masalah namun anggap ia satu rezeki kata dalam program audiosiar (podcast) Ekslusif Bersama Syahril pada 11 November 2024 .

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Sayang Salmah Salmah Filem pertama
1998 Iman Alone Yati
Raja Melewar Sani Naam
1998 Dendam Pelamin Marissa/ Haris TV filem
2008 KAMI The Movie Ibu Ali
2012 Kahwin 5 Monalisa
2015 Gamatisme Warden Asrama Perempuan Penampilan khas
2022 Juang Ketua Jururawat
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Anakku Sazali Drama pertama
2001 Astana Idaman (Musim 1) Tengku Intan Astro Ria
2005 Simbiosis Liana TV3
2006–2007 Diari Ramadhan Rafique Siti Zubaidah
2007 Spa Q Qistina
2008 Spa Q 2
Lara Rindu Mahsuri Teh Halimah
2009 Puteri Aurora Beradu Sofea
Kasut Tumit Tinggi Ida Astro Prima
Blogger Boy Datin J 8TV Episod 27
2010 Asmaradana Raja Marlia TV3
2010–2011 Ayoub Norma
2011 Cinta Antara Kita Puan Anita
Tahajjud Cinta Puan Nora Asyikin
2012 Ampunkan Dosaku Sarimah
Julia Puan Anis
2013 Love You Mr. Arrogant Puan Sri Maryam
Inspektorku Sayang Inspektor Sayang TV2
2015 Kalau Hati Ini Rama-Rama
Ajaibnya Cinta Datin Suzana TV3
2016 Mak Cun 2 Chombi|
2017 Mak Cun 3
2019 Diari Ramadhan Rafique Reunion Siti Zubaidah
2020 Seadanya Aku Kartina
Pengantin Satu Malam Datin Roziah/ Frida
2021 Perisik Cinta Tak Diundang Mak Tah
Mr. Bibik Puan Ameena
Bila Hati Berbisik Tengku Anis TV Okey Penampilan khas
2023 Perempuan Itu Ustazah Khafila Tonton
2024 Dulu Dollah Daebak Roha TV3
2025 Kembali Mencintai Cikgu Faridah TV1
Takdir Cinta Terlarang Hatiqah TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1996 Syurga Di Pintu Neraka Salina TV3 Telefilem pertama
2003 Neon Pelanggan Restoran II VCD Penampilan khas
2010 Perigi Kontang Mak Munah TV3
Karma Salina Puan Nora Asyikin
Sebelum Terlupa Rosmah
2011 Telapak Syurga Mariam
Mahligai Itu Milikku Syima TV9
Menangguh Tangisan Harleena TV2
Gelora Di Hati Ibu Saodah
2012 Mahar Untukmu Tengku Marina TV3
Begitulah Sayang Julia
Tarikh Kematian Wahidah TV2
Kembar Papa Riyana
2014 Love You Mr Arrogant Raya Datin Maryam TV3
2015 Aku Mahu Ke New York 1 Datin Zamzarina Astro Ceria
Aku Mahu Ke New York 2
Tahun Tajuk
2013 MasterChef Selebriti Malaysia (musim ke-2)

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Asslamulaikum Tetamu TV AlHijrah Topik:Emosi
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Leha Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Kebahagiaan Yang Diragut"

Audiosiar (Podcast) •Xklusif Bersama Syahril sebagai Tetamu (2024)

  1. Tanah Berdaulat TV (2024-11-11), UJIAN ALLAH BUAT SAYA - NORISH KARMAN, dicapai pada 2024-11-12
  2. Norish Karman kembali panas
  3. Norish Karman Dapat Hak Jagaan Anak
  4. Norish Karman Jawab Tuduhan Hamil Luar Nikah

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]