Norizan bt Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Norizan bt Salleh (30 tahun) merupakan wanita Malaysia yang mendakwa ditembak oleh polis pada 30 Oktober 2009 . Dia adalah ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun. Polis masih menyiasat kes ini. [1]

Ditembak rambang oleh polis[sunting | sunting sumber]

Sekitar jam 3.00 pagi, beliau duduk di kerusi belakang kereta Proton Waja bersama seorang wanita lain. Sementara dua lelaki duduk di hadapan sebagai pemandu dan pemumpang. Ada 4 orang dalam kereta Waja itu. Beliau dari rumah kawan pulang ke rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur. Mereka melalui lebuh raya MRR2. Di pertengahan jalan, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya.

Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti. Mereka panik dan tidak apa-apa. Mata Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya. Kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol.

Dia meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya. Lebih 10 anggota polis mengepung mereka.Dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian (4 November 2009), beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis. Setelah keluar, dia dikehendaki membayar RM20,000 sebagai kos rawatan, ditanggung sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.


Laporan polis[sunting | sunting sumber]

Pada 16 November 2009, Norizan pergi meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Peguam Surendran menyatakan bahawa tiga orang kawan Norizan tidak berani menampilkan diri walaupuntelah diseksa oleh polis. Salah seorang daripadanya digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sidang media[sunting | sunting sumber]

Norezan Salleh membuat sidang media bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli. Peguam menyatakan kesyukuran kerana mempunyai seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis.

  • Kes di Kulim, Surendran diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental
  • Kes penjenayah Geng PCO Boy di Klang pula berakhir dengan tragedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih. Kakak minum racun dan memberi minum racun itu kepada empat orang anaknya. Adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.[2]


Memorandum kepada menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2010, Norizan Salleh menghantar memorandum dan mengadu terus kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Putrajaya. Turut serta ialah 20 pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Salleh, Kartini Ahmad, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Timbalan Ketua Wanita Dapsy kebangsaan, Jenice Lee Ying Ha. Turut serta ialah dua peguam Norizan, N. Surendram dan Fadiah Nadwa Fikri.

Pada 4 Februari 2010 memorandum sama telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman.Memorandum turut diserahkan kepada Suhakam pada 11 Februari 2010.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wanita dakwa ditembak polis tanpa sebab..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-01. Dicapai pada 2010-01-31.
  2. ^ "Sanggup bunuh diri selepas adik ditembak mati polis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-30.
  3. ^ "Hishammuddin diselar elak jumpa mangsa tembakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-27. Dicapai pada 2010-02-25.