Linda Nanuwil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Norlinda Nanuwil)
Jump to navigation Jump to search
Linda Nanuwil
Nama lahirNorlinda binti Nanuwil
Kelahiran (1984-03-21) 21 Mac 1984 (umur 36)
Ranau, Sabah, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Maestro (2004–2006)
Linda Nanuwil Entertainment (2007–kini)
Laman sesawang
www.lindananuwil.com

Norlinda Nanuwil (lahir 21 Mac 1984) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Kerjaya muziknya bermula selepas bergelar naib juara Akademi Fantasia musim kedua. Pada tahun 2020, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Linda merupakan Naib Juara Akademi Fantasia Musim 2 setelah diserap masuk selepas tersingkir pada Minggu ke-8. Setelah meraih gelaran naib juara AF2, beliau merakamkan album studio pertamanya, Jika Kau Kekasih pada 2005. Setelah itu, beliau kembali senyap kerana berlatih untuk memantapkan vokalnya.

Linda telah menghasilkan sebuah album Kadazandusun secara rahsia dan dijadual melancarkan album itu pada 26 Julai 2008 di 1Borneo Hypermall. Malangnya seminggu sebelum itu, bapanya, Nanuwil Galida meninggal dunia.[2]

Majlis pelancaran telah ditangguhkan ke 9 Ogos 2008 dimana Linda telah mempersembahkan single pertama berjudul 'Upus Tolidang' dengan penuh emosi. Lagu tersebut ditulis oleh Linda dan bapanya sendiri.[3]

Linda bersama rakan seperjuangannya dalam Akademi Fantasia 2 menjayakan konsert reunion AF2 yang berlangsung pada Ogos 2019.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Linda menetap di Kota Kinabalu dan merupakan seorang yang bujang.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Album
2005 Jika Kau Kekasih
  • Pelancaran: 2005
  • Label: Maestro
2008 Linda
  • Album Kadazandusun
  • Pelancaran: 2008
  • Label: Bebas

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album
2005 "Aku Cinta Kamu" Jika Kau Kekasih
2005 "Jika Kau Kekasih" Jika Kau Kekasih
2008 "Upus Tolidang" Linda

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Dirinya sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph (24 Oktober 2018). "Linda Nanuwil mohon maaf". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  2. ^ "Linda sedih, pilu dan terkilan". DBOS.fm. Julai 2007. Dicapai pada 12 Oktober 2008.
  3. ^ "Hiburan hujung minggu". DBOS.fm. Ogos 2008. Dicapai pada 12 Oktober 2008.
  4. ^ Ramlah Zainal (27 Februari 2019). "Linda beri respon poaitif konsert reunion AF2". Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  5. ^ Hanafis Haris (15 Ogos 2020). "Masih single walaupun berusia 36 tahun, ini jawapan Linda Nanuwil". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oktober 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]