Norma Yaakob
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Siti Norma Yaakob (6 Julai 1940 - 13 Mac 2026) merupakan bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya wanita pertama Malaysia.
Siti Norma Yaakob | |
|---|---|
| Kelahiran | 6 Julai 1940 |
| Meninggal dunia | 13 Mac 2026 (umur 85) |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | hakim, peguam |
| Tahun aktif | 1962–2007 |
| Terkenal kerana | Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya wanita pertama Malaysia |
| Pasangan | Datuk Seri Ir Meor Ayob Meor Shaffie |
| Anak-anak | 3 |
Pendidikan
Beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang sivil di London.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan jurutera professional iaitu Datuk Seri Ir Hj. Meor Ayob Mior Shaffie .Mereka mempunyai 3 orang anak.
Kerjaya
Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Pendaftar Mahkamah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Besar Malaya pada 2005.
Bekas Hakim Besar Malaya dan bersara tahun 5 Januari 2007 setelah berkhidmat selama 43 tahun dan bidang undang-undang sivil. Beliau adalah wanita Malaysia pertama memegang jawatan itu. Selepas beliau, jawatan Hakim Besar Malaya disandang oleh Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Pelantikan hakim berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Hakim di UAE
Pada 25 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai hakim wanita pertama di negara Arab iaitu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) beribu pejabat di Dubai. Kebanyakan wanita negara Arab masih lagi terkongkong dari segi pendidikan, peluang pekerjaan, kebebasan bersuara, berumah tangga dan memandu kereta. Tetapi akhir-akhir ini Dubai yang pesat membangun hasil kurniaan petrol telah berubah wajah. Beliau salah seorang daripada enam hakim baru di Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai.[1]