Norma binti Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Normadiah" dilencongkan di sini.
Normadiah
Normadiah.jpg
Kelahiran Edith Sumampo @ Norma binti Abdullah
(1932-08-14)14 Ogos 1932
Manado, Sulawesi Utara, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia 8 Ogos 2000(2000-08-08) (umur 67) [1]
Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor
Sebab kematian penyakit apendiks dan kencing manis.
Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukti Kiara, Kuala Lumpur
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Indonesia [2]
Nama lain Norma, Normadiah, Edith Sumampo
Pekerjaan Pelakon, penari, penyanyi
Tahun aktif 1953 - 1990
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Sabah Film Production
Terkenal kerana filem Seniwati
Pasangan Aziz Jaafar (meninggal dunia pada 2005)
Anak Martina Hatim
Sharifah Hasnor
Syed Ekhzan
Azlina Aziz
Liza Aziz
Ibu bapa Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè
Saudara Frederika Sumampouw, Andries Sumampouw, Johan Sumampouw, Theodora Helena Lindhout-Sumampouw (1924), Emma Anna Marie Houben-Harnisch (1925), Elly Sumampouw (1926), Simon Sumampouw (1935)

Norma binti Abdullah merupakan anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. Nama asal beliau ialah Edith Sumampouw, iaitu nama sebelum beliau memeluk Islam pada usia 18 tahun. Beliau yang lebih dikenali sebagai Normadiah, (A. R. Tompel adalah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada Normadiah) merupakan seniwati filem Melayu lahir pada 14 Ogos 1932 di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia. Beliau merupakan dari keluarga seni. Normadiah bukan sahaja berkebolehan untuk berlakon tetapi juga menyanyi. Beliau juga diantara generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Normadiah telah memulakan kerjaya seninya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 40-an. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, beliau menjadi guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.

Kemudian setelah ramai pelakon-pelakon bangsawan beralih ke filem, beliau juga turut mencuba nasib dalam filem menerusi filem Seniwati arahan A.R Tompel pada tahun 1953. Kemudian diikuti dengan filem Roh Membela, Sengsara, Empat Isteri, Salah Siapa, Panggilan Pulau, Semerah Padi, Bujang Lapok, Sumpah Wanita dan Kasih Tanpa Sayang. Sementara itu antara lakonan beliau pada era filem Melayu warna ialah Dia Ibuku, Sumpah Semerah Padi, Gila Gila dan beberapa lagi.

Dalam dunia lakonannya selama lima dekad, beliau dianggap pelakon serba boleh kerana berjaya menjiwai pelbagai watak dengan cukup berkesan. Daripada watak menghayat hati sehinggalah ke watak wanita penggoda, beliau menjadi sebutan biarpun ada yang membenci wataknya.

Selain menjadi pelakon dengan Shaw Brothers, beliau banyak terlibat sebagai pereka tari tarian-tarian tradisional Melayu di dalam filem.

Normadiah juga turut menyanyi bersama-sama dengan P. Ramlee dalam filem Bujang Lapok, Panggilan Pulau, Perjodohan dan Siapa Salah.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan secara berduet bersama P. Ramlee adalah lagu Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria, Kumbang dengan Bunga dan banyak lagi. Beliau juga merupakan ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian diganti oleh Saloma sehingga beliau menggantikannya semula selepas Saloma meninggal dunia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali dan bersama suaminya yang kedua iaitu seniman Aziz Jaafar, kekal hingga ke akhir hayat. Bersama Aziz Jaafar, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua anak beliau adalah penyanyi terkenal di Malaysia.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8 Ogos 2000 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 68 tahun kerana penyakit apendiks dan kencing manis.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1953 Seniwati
Sengsara
Siapa Salah?
1954 Panggilan Pulau Jelita
Perjodohan Habibah
1955 Roh Membela
Empat Isteri
Bernoda
1956 Semerah Padi Galak
1957 Bujang Lapok Cik Norma
Putera Bertopeng Khadijah
1958 Kaki Kuda
Doktor
1959 Dandan Setia
Saudagar Minyak Urat
1960 Lela Manja Mak Tiri Dang Sari
Sumpah Wanita
Pertarongan Dang Nila
Megat Terawis Tengku Kamariah
1961 Ali Baba Bujang Lapok Siti Aloya
Si Tanggang Dermai
1962 Lubalang Daik Datin Kembang
1963 Kasih Tanpa Sayang
1964 Siapa Besar Sharipah
Mambang Moden
1965 Pusaka Pontianak
1966 Sri Andalas Pemaisuri Kedua/ Bonda Tiri
Anak Buluh Betong Isteri Panglima Halilintar
1967 Lampong Karam Gusti
1968 Raja Bersiong Tukang Masak Istana
1971 Mat Karung Guni
Semusim Di Neraka
1976 Hapuslah Air Matamu Ibu Ani
1977 Pendekar
1978 Si Badol
Panglima Badol
1979 Gila-Gila
1980 Toyol
1981 Si Luncai
Dia Ibuku
Sumpah Semerah Padi
1990 Orang Kampung Otak Kimia

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Khas Juri bagi Rekaan Pakaian Tradisional Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 (1982). Normadiah adalah orang yang bertanggungjawab mereka pakaian tersebut.
  • Anugerah Khas Pelakon Wanita Vateran di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).
  • Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman oleh Kerajaan Singapura.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]