Normala Omar
Penampilan
Normala Omar | |
|---|---|
نورملا عمر | |
| Kelahiran | Normala binti Omar 3 Julai 1958 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1976–kini |
| Pasangan | Zulkifli Zain (k. 1975; m. 2020) |
| Anak-anak | 5 (termasuk Dr. Norzizi Zulkifli dan Zazleen Zulkifli) |
Datin Normala Omar (lahir 3 Julai 1958) ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif di dalam televisyen dan juga filem. Beliau ialah isteri kepada pelakon Dato' Zulkifli Zain.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Normala berkahwin dengan pelakon Zulkifli Zain pada 17 Disember 1975 dan dikurniakan lima anak. Anak-anak beliau hasil perkongsian hidup bersama Zulkifli ialah Dr. Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.[1]
Zulkifli meninggal dunia pada 5 September 2020. Normala mendedahkan dalam satu temuramah bahawa perkahwinannya bersama Zulkifli tidak direstui keluarga.[2]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Pada Ramadan 2016, Normala patah kaki kiri akibat terjatuh dari katil menyebabkan beliau tidak dapat bergerak untuk menjaga suaminya.[3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1979 | Tiada Esok Bagimu | Azian | Filem pertama |
| 1980 | Detik 12 Malam | Farah | |
| 1981 | Sesejuk Air Mata Ibu | ||
| Serampang Tiga | Kasputri | ||
| 1992 | Kelisa | ||
| 1995 | Kecil-Kecil Cili Api | ||
| 1997 | Jogho | Mek Yah | |
| 2000 | Anaknya Sazali | Guru Besar Fadilah | |
| 2004 | I Know What You Did Last Raya | Umi Fazzly dan Dr. Mira | |
| 2005 | Potret Mistik | Pengetua | |
| Cinta Fotokopi | Ummi | ||
| Lady Boss | Datin Mala | ||
| 2008 | Selamat Pagi Cinta | Ibu Suci |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Syafiqah Jalal (18 Disember 2019). "Contohi pasangan artis yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga" - Sambut ulang tahun ke-44, Zulkifli Zain dan Normala Omar dipuji Astro Gempak. Dicapai pada 14 September 2020.
- ^ Normala, Zulkifli setia harungi dugaan Harian Metro. 7 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
- ^ Normala Omar: Tak sangka kami sakit pun sama-sama My Buletin Malaysia. 27 Julai 2016. Dicapai pada 15 September 2020.