Norodom Monineath

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norodom Monineath Sihanouk
Bonda Ratu Kemboja
Permaisuri Kemboja
Tempoh24 September 1993 – 7 Oktober 2004
Keputeraan (1936-06-18) 18 Jun 1936 (umur 87)
Saigon, Indochina Perancis
PasanganNorodom Sihanouk (1952–2012)
AnakandaNorodom Sihamoni
Norodom Narindrapong
Nama penuh
Norodom Monineath Sihanouk
KerabatWangsa Norodom (melalui perkahwinan)
AyahandaJean-François Izzi
BondaPomme Peang
AgamaBuddhisme

Norodom Monineath Sihanouk (Bahasa Khmer:នរោត្ដម មុនីនាថ); lahir sebagai Paule Monique Izzi, 18 Jun 1936) ialah Bonda Ratu Kemboja. Baginda merupakan Permaisuri Kemboja dari 1952 hingga 1955 dan dari 1993 hingga 2004, sebagai isteri Raja Norodom Sihanouk. Monineath berumahtangga dengan Sihanouk pada 1952 dan mereka dikurniakan dengan dua orang putera: Norodom Sihamoni (l. 1953) dan Norodom Narindrapong (1954-2003). Gelaran penuh baginda ialah "Preah Karuna Preah Bat Samdech Preah Mohaksatreyani Norodom Monineath Sihanouk" (Bahasa Khmer: ព្រះករុណាព្រះបាទសម្តេចព្រះមហាក្សត្រិយានី នរោត្តម មុនិនាថ សីហនុ). Bonda Ratu Norodom Monineath juga dipanggil "Preah Voreakreach Meada Cheat Khmer" (Bahasa Khmer:|ព្រះវររាជមាតាជាតិខ្មែរ). Hari keputeraannya jatuh pada 18 Jun dan merupakan hari cuti awam di Kemboja.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Norodom Monineath dilahirkan pada 18 Jun 1936, di Saigon, Indochina Perancis. Baginda dilahirkan sebagai Paule-Monique Izzi.[1] Ayahandanya, Jean-François Izzi, merupakan seorang pengurus bank berketurunan Corsica, Perancis dan Itali [2] yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua. Bondanya, Pomme Peang, merupakan seorang wanita Khmer dari Phnom Penh.[3] Monineath menuntut di Sekolah Rendah Norodom, Sekolah Menengah Sisowath,dan Lycée René Descartes.

Norodom Monineath semasa lawatan rasmi ke Republik Sosialis Romania pada 1972.

Monineath berkenalan dengan Norodom Sihanouk pada 1951 apabila baginda memenangi tempat pertama dalam sebuah peraduan ratu cantik. Pasangan ini berumahtangga secara sulit pada 1952 dan kemudiannya secara rasmi pada 1955. Monineath sering dianggap sebagai teman hidup paling rapat kepada Raja Sihanouk. [4]

Pada 1955, Sihanok meninggalkan takhta namun masih memegang tampuk kuasa kerajaannya. Pada 1960, Sihanok menjadi ketua negara sekali lagi tetapi kini dikenali sebagai Perdana Menteri dengan pangkat 'putera'. Puteri Monique, panggilannya pada masa itu, sering mendapat kritikan daripada rejim Khmer Rouge. Antara tuduhan-tuduah tersebut termasuk menyalahkan baginda kerana memburukkan hubungan Sihanouk dengan bondanya, Ratu Sisowath Kossamak. Menurut mereka, Monineath telah menasihati Sihanouk untuk membuka sebuah kasino yang pada masa itu dianggap sebagai sesuatu hal yang mencemar budaya negara. [5]

Setelah kejadian kudeta pada 1970, Monineath dan Sihanok telah dibuang negeri pada mulanya ke Beijing, China dan kemudian ke Korea Utara. Sebagai tetamu diktator negara itu, sebuah istana dengan 60 buah bilik telah dijadikan tempat kediaman mereka berdua.[6] Pada 1973, Norodom Sihanouk bersekutu dengan Khmer Rouge untuk menentang musuh mereka, Lon Nol.

Setelah kota Phnom Penh jatuh ke tangan rejim Khmer Rouge pada April 1975, Monineath kembali ke istana bersama Sihanok yang telah dilantik sebagai ketua negara yang berkuasa nominal. Sejak 1976, pasangan diraja ini telah ditahan di rumah oleh Khmer Rouge. Mereka juga terpaksa menjalani program pendidikan semula. Selain itu, 18 ahli keluarga diraja yang lain telah dibunuh oleh Khmer Rouge.[7] Sebenarnya, Khmer Rouge menginginkan pasangan ini untuk dibunuh tetapi hal ini dihalang oleh China dan Korea Utara.[8]

Pada Januari 1979, Pol Pot mengizinkan mereka berdua untuk meninggalkan Kemboja dengan bantuan China.[9] Norodom Monineath menghabiskan masanya di negara itu dan juga di Korea Utara sebagai tetamu negara. Baginda juga telah memainkan peranan dalam rundingan damai antara Sihanouk dan Hun Sen pada 1987 dan 1988.[10]

Pada 1991, Monineath kembali ke Kemboja dengan Sihanouk. Pada 22 Februari 1992, baginda dinaikkan ke pangkat Samdech Preah Cheayea oleh Sihanouk. Hal ini disusuli dengan pangkat Samdech Preah Mohèsey Norodom Monineath pada 24 September 1993, dan Samdech Preah Reach Akka Mohèsey Norodom Monineath pada 2 Januari 1996.

Sihanouk dilaporkan telah mencadangkan pemindaan ke atas perlembagaan yang membolehkan isterinya untuk menjadi regen supaya dapat menggantikannya sebagai raja. Namun hal ini tidak diluluskan dan Sihanouk memilih untuk meninggalkan takhta supaya anakandanya, Sihamoni dapat menjadi raja. [11]

Norodom Monineath boleh bertutur dalam bahasa Khmer, Perancis dan Inggeris.[12]

Baginda merupakan Presiden Kehormat Persatuan Palang Merah Kemboja.

Anakanda[sunting | sunting sumber]

Sihanouk dan Monineath mempunyai dua orang putera:

  • Norodom Sihamoni (lahir 14 Mei 1953); diberi gelaran Somdech Krom Khun oleh Raja Sihanouk pada 1994. Bagina merupakan raja terkini Kemboja. .
  • Norodom Narindrapong (18 September 1954 - 7 Oktober 2003)[13] ada dua orang puteri.

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Dalam negara[sunting | sunting sumber]

  • Dame Grand Cross of the Royal Order of Cambodia.[14]

Luar negara[sunting | sunting sumber]

  •  Malaya : Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) (Kehormat) (1963)[15]
  •  Ethiopia : Dame Grand Cross of the Order of the Queen of Sheba]] (Empayar Ethopia, 04/05/1968).[16]
  •  Mali : Dame Grand Cross of the National Order of Mali (Republik Mali, 1973).[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NORODOM SIHANOUK, King and Film-maker
  2. ^ "Vive la Reine Monique!". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2008. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  3. ^ "King's biography". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2008. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  4. ^ Benny Widyono: Dancing in Shadows: Sihanouk, the Khmer Rouge, and the United Nations in Cambodia (Asian Voices)
  5. ^ Jacobsen, Trudy (2008). Lost Godess: The Denial of Female Power in Cambodian History. NIAS Press. ISBN 978-87-7694-001-0
  6. ^ "Cambodia's Queen Mother Monique celebrates 75th birthday". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2013. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  7. ^ "Cambodia's Queen Mother Monique celebrates 75th birthday". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2013. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  8. ^ "Cambodia's Queen Mother Monique celebrates 75th birthday". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2013. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  9. ^ Nhem Broaden: The Khmer Rouge: Ideology, Militarism, and the Revolution that Consumed a Generation, 2013
  10. ^ Jacobsen, Trudy (2008). Lost Godess: The Denial of Female Power in Cambodian History. NIAS Press. ISBN 978-87-7694-001-0
  11. ^ Cambodia, post elections and US policy options. United States. Congress. Senate. Committee on Foreign Relations. Subcommittee on East Asian and Pacific Affairs. U.S. G.P.O., 1999
  12. ^ "Official biography of King Norodom Sihanouk and his consort". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2010. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  13. ^ "Biographie de Sar Samdech Norodom Narindrapong". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2010. Dicapai pada 1 September 2021.
  14. ^ Royal Ark
  15. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1963" (PDF).
  16. ^ Royal Ark
  17. ^ Omsa.org