Norshida Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Norshida Ibrahim

DMSM (Melaka)
Setiausaha Politik
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Memegang jawatan
27 September 2021
MenteriAdham Baba
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Buloh Kasap
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehOthman Jais
Digantikan olehZahari Sarip
Butiran peribadi
LahirNorshida binti Ibrahim
(1975-04-01) 1 April 1975 (umur 48)
Segamat, Johor, Malaysia
Parti politik
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiFacebook

Datuk Hajah Norshida binti Haji Ibrahim adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan N01 Buloh Kasap, Segamat, Johor 2013-2018. [1] Bapanya, Allahyarham Ibrahim Daud, iaitu bekas Penghulu Labis dan Adun Tenang dari 1999 hingga 2004.[2] Norshida Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jom Baca Negeri Johor pada tahun 2013-2018.

Norshida Ibrahim ketika ini adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat dan telah dilantik menjadi Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia oleh YB Dato' Dr Noraini Ahmad Ketua Wanita UMNO Malaysia pada bulan November 2019.

Beliau juga telah dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia pada bulan Mac 2020.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor pada tahun 2010-2013.

Norshida Ibrahim menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segamat sejak 2004-2013.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka :
    • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2020)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim
  2. ^ Tok Ai, Norshida sambung legasi bapa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]