Norwich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Norwich, England
Bandar Norwich
Perumahan Riverside di Norwich
Perumahan Riverside di Norwich
NegaraEngland
DaerahNorfolk
Keluasan
 • Jumlah612.55 km2 (236.51 batu persegi)
Penduduk
(2011)
 • Jumlah213,166
 • Kepadatan4,100/km2 (11,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Laman webhttps://www.norwich.gov.uk/

Norwich (AFA: (/ˈnɒrɪdʒ, -ɪtʃ/) merupakan sebuah bandar di Norfolk, England.

Tempat utama puak Iceni ialah petempatan yang terletak berdekatan kampung Caistor St. Edmund di Sungai Tas kira-kira 8 km dari selatan Norwich pada masa kini. Norwich ditabdir 2 lapisan kerajaan tempatan sejak pelaksanaan Akta Kerajaan Tempatan 1972. Berdasarkan Bancian UK pada tahun 2011, terdapat 132512 orang penduduk di Bandar Norwich, iaitu penambahan sebanyak 9% daripada bancian pada tahun 2001.[1] Bandar ini ada 56 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah, dan 11 daripada jumlah itu merupakan sekolah akademi.

Sejak dahulu lagi Norwich dikaitkan dengan seni, sastera dan penerbitan, yang berterusan hingga masa kini. Norwich ada banyak seni bina yang bersejarah. Kelab bola sepak tempatan utama di sini ialah Norwich City, juga dikenali sebagai Canaries. Norwich ialah bandar kota ke-2 di England selama beberapa kurun sebelum perindustrian yang lambat hadir ke Norwich disebabkan oleh jaraknya yang jauh dan kekurangan bahan mentah. Ekonomi Norwich berasaskan pembuatan sejak dahulu lagi, dengan industri pembuatan kasut yang besar tetapi beralih sepanjang 1980-an dan 1990-an ke ekonomi berasaskan perkhidmatan. Norwich terletak di utara A47 yang bersambung ke Great Yarmouth di timur, serta King's Lynn dan Peterborough di barat. Norwich terletak 161 km timur laut dari London, 164 km timur dari Leicester, 209 km timur timur laut dari Birmingham, 64 km utara dari Ipswich dan 104 km timur dari Peterborough.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ United Kingdom Census 2011. "Norwich (Local Authority)". Office for National Statistics. Archived from the original on 2 March 2014. Retrieved 24 February 2014. Nb. Only used for 2011 data.