Nota (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nota
Poster filem Nota.jpg
Pengarah Yasu Tanaka
Penerbit Bea Tanaka
Cerita oleh Yasu Tanaka
Dibintangi oleh Hans Isaac
Maya Karin
Ramli Hassan
Rin Izzumi
Muzik oleh Christopher Higgs
Sinematografi Maximilian Schmige
Disunting oleh Yasuhiko Tanaka
Syarikat
produksi
42nd Pictures
Pengedar Empire Film Solution (Malaysia)
Stripped Entertainment (Amerika Syarikat)
Mula ditayangkan
13 Ogos 2015
Tempoh tayangan
94 Minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.8 Juta[1]
Box office RM 80 Ribu[2]

Nota merupakan sebuah filem psiko/jenayah yang diarahkan oleh Yasu Tanaka dan dibintangi oleh Hans Isaac, Maya Karin, Ramli Hassan dan Rin Izzumi. Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang menetap di Kuala Lumpur, Erin (Maya Karin) dan Kamal (Hans Isaac) telah pergi ke Taman Negara Bako untuk menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Erin dan Kamal berdepan dengan pelbagai masalah dan dibantu oleh Jemat (Ramli Hassan). Masalah yang dihadapi menjadi semakin kusut apabila Erin [Penjelasan diperlukan] beberapa perkara yang tidak menyenangkan mengenai suami dan perhubungannya. Filem ini ialah filem terakhir yang dilakonkan oleh Ramli Hassan, yang meninggal dunia pada 7 Mei 2015.[3] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 13 Ogos 2015.

Filem ini telah memenangi satu dari empat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Bea Tanaka (Lakon Layar Terbaik).

Plot[sunting | sunting sumber]

Kamal (Hans Isaac) dan Erin (Maya Karin) merupakan sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Mayumi (Rin Izzumi) pula merupakan rakan kepada Erin yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lepas dan sering meluahkan perasaan mengenai perkahwinannya kepada M. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu. Setibanya mereka di Kuching, Sarawak, mereka bermalam dahulu di sebuah hotel. Ketika Kamal sedang mandi, Erin telah membaca nota peribadi suaminya itu. Dia mendapati terdapat banyak tarikh yang dibulatkan dan ditulis dengan huruf M. Dia kemudiannya telah membaca sehelai nota yang diasingkan di mana Kamal meluahkan perasaanya iaitu mahu bercerai untuk kebaikan bersama.

Pada pagi hari, mereka menaiki sebuah teksi untuk ke destinasi percutian mereka. Namun, ketika perjalanan, teksi tersebut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta hitam. Pemandu teksi itu yang marah, meluru keluar untuk bersemuka dengan pemandu kereta yang telah melanggar teksinya itu. Pemandu kereta hitam itu rupa-rupanya merupakan seorang pemungut hutang. Pemandu teksi itu kemudiannya dibelasah oleh oleh pemungut hutang itu dengan bantuan rakannya. Untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa keadaan, Kamal dan Erin keluar dari teksi itu dan lari ke dalam hutan.

Selepas berjaya keluar dari hutan tersebut, mereka berdua mendapati mereka telah sesat. Mereka pun berjalan menyelusuri denai untuk mencari bantuan. Selepas penat berjalan, mereka tiba di sebuah penempatan terpencil. Mereka cuba mencari bantuan dari kanak-kanak yang sedang bermain tetapi tidak dihiraukan oleh mereka. Mereka kemudiannya pergi ke masjid penempatan tersebut. Mereka bertemu dengan Jemat (Ramli Hassan) dan dia menawarkan mereka untuk bermalam di rumahnya. Kamal, pada mulanya enggan dan mahu segera ke Taman Negara Bako tetapi setelah Jemat memberitahu bahawa dirinya merupakan seorang pemandu bot pelancong dan tidak mempunyai kereta, dia akur. Pada malamnya, Erin merasa gelisah setelah mengingati nota yang dibacanya sebelum ini. Erin berjalan-jalan di sekitar rumah dan ternampak Jemat yang sedang mandi. Kelihatan di tubuh badannya ialah sebuah parut, hasil dicakar oleh seekor buaya.

Mereka menaiki bot untuk ke Taman Negara Bako pada keesokan harinya. Sementara menunggu air pasang, Jemat telah bercerita kepada mereka berdua untuk menghiburkan diri mereka. Ceritanya ialah mengenai pembunuhan suami yang curang oleh isterinya yang cemburu. Isterinya telah memasukkan rebung buluh kedalam masakan kegemaran suaminya. Erin dan Kamal, walaubagaimanapun, tidak merasa terhibur dengan cerita tersebut. Setelah air pasang, mereka pun bertolak semula ke destinasi percutian mereka. Setibanya di hotel, Erin mula muntah-muntah. Erin, kemudiannya meluahkan perasaannya untuk berbincang mengenai nota yang dibacanya itu. Tetapi, yang mendengar luahan perasaannya itu bukanlah Kamal tetapi Jemat. Erin kemudiannya terdengar perbualan suaminya dengan seorang wanita di telefon bahawa wanita tersebut telah mengandung anak Kamal.Kamal merasa sangat gembira kerana selepas 10 tahun menunggu, dia akhirnya berjaya menjadi seorang bapa.Kamal kemudiannya menyedari bahawa Erin telah mendengar perbualan tersebut.

Mereka pun mendaki bukit tempat Kamal melamarnya 10 tahun lalu. Bukti kecurangan Kamal semakin terserlah ketika pendakian tersebut. Setibanya di puncak, Erin menolak Kamal ke bawah. Erin, yang ketakutan kerana baru membunuh suaminya itu, lari dan meninggalkan Taman Negara Bako. Ketika perjalanan pulang, Erin telah diugut oleh Jemat untuk mendedahkan pembunuhan suaminya itu. Ketika Jemat menolak bot itu ketika air surut, Erin memukul kepala Jemat dengan pendayung sampan dan membunuhnya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Erin memasakkan nasi lemak kepada Mayumi. Tanpa disedari oleh Mayumi, nasi lemak tersebut telah dicampurkan dengan rebung buluh. Mayat Kamal pula telah ditemui di Taman Negara Bako selepas air surut. Erin akhirnya menyerah diri di balai polis. Ketika di dalam sel, didedahkan Erin telah mengalami tekanan perasaan kerana pembunuhan yang dilakukannya itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Hans Isaac sebagai Kamal
  • Maya Karin sebagai Erin
  • Ramli Hassan sebagai Jemat
  • Rin Izzumi sebagai Mayumi
Maya Karin memegang watak sebagai Erin dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan filem berbahasa Melayu pertama diarahkan oleh Yasu Tanaka.[4] Filem ini juga merupakan filem terakhir yang dibintangi oleh Ramli Hassan serta telah didekasikan kepada beliau.[5] Taman Negara Bako telah dipilih sebagai lokasi pengambaraan hasil cadangan Ramli Hassan.[6] Pemilihan Maya Karin dan Hans Isaac telah dibuat berdasarkan pengalaman, kecergasan dan kebolehan berbahasa Inggeris bagi kedua-dua pelakon. Filem ini merupakan filem pertama yang menggandingkan kedua-dua pelakon ini.[7] Hans Isaac terpaksa dipujuk sebanyak tiga kali oleh pengarah, Yasu Tanaka untuk berlakon di dalam filem ini. Hans Isaac ketika tayangan perdana filem ini telah mengumumkan bahawa filem ini merupakan filem terakhir beliau sebagai seorang pelakon.[8]Proses praproduksi mengambil masa selama setahun untuk membolehkan kru mengkaji jadual air pasang surut Sungai Sarawak.[9]

Filem ini telah menjalani pengambaraan di Sarawak[10] dan Kuala Lumpur pada bulan April dan Mei 2013.[11] Pengambaraan telah memakan masa selama 26 hari. Terdapat satu babak intim antara Hans Isaac bersama Rin Izumi. Hans Isaac mengulas ketika pengambaraan babak tersebut, beliau berasa amat janggal kerana melakonkan babak tersebut dengan seorang pelakon yang beliau tidak kenali.[12][13][14][15]Beliau turut memakai pakaian ketat untuk menunjukkan dirinya buncit akibat tekanan perasaan.Hans Isaac dan Maya Karin tidak menggunakan solekan sepanjang pengambaraan serta tidak lansung cuba mencari keserasian antara satu sama lain. Ini ialah untuk menghidupkan watak sepasang suami isteri yang sedang menghadapi konflik perkahwinan.[16][17]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Kuching merupakan antara lokasi penggambaraan bagi filem ini.

Trailer filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 4 Ogos 2013.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cineleisure, The Curve, Mutiara Damansara. Filem ini telah ditayangkan di Marché du Film sempena Festival Filem Cannes 2015.[18] Filem ini telah ditayangkan kepada umum di 46 pawagam seluruh Malaysia pada 13 Ogos 2015. Filem ini pula bakal ditayangkan di Amerika Syarikat dengan pengakhiran yang berbeza.[19] Selepas dua minggu ditayangkan, filem ini hanya berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 80 ribu.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Nor Khalilah dari Sinar Harian mengulas filem ini dengan "...setanding filem luar negara."[20] Shazryn Mohd Faizal dari portal berita Therakyatpost.com pula memuji sinematografi filem, lakonan serta arahan pengarah tetapi turut mengatakan satu-satunya kelemahan filem ini ialah jalan cerita yang perlahan.[21] Hassan Abd Muthalib dari Dailyseni.com memberi lima bintang untuk filem ini.[22] Kajian "bedah filem" turut dilakukan untuk filem ini.[23]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[24] Sinematografi Terbaik Maximilian Schmige Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ramli Hassan Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Bea Tanaka Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Menang
Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ramli Hassan Dicalonkan
Anugerah Skrin 2016 Filem Terbaik Bea Tanaka Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Maya Karin Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Ramli Hassan Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nota taruhan 42nd Pictures". Sinar Harian. 20 Jun 2015. 
  2. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015". FINAS. Dicapai pada 2015-09-10. 
  3. ^ "Pelakon Ramli Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 7 Mei 2015. 
  4. ^ "Mampukah Nota menjadi fenomena". Malaysian Gazette. 14 Jun 2015. 
  5. ^ "Filem Melayu pengarah Jepun". Harian Metro. 1 Ogos 2015. 
  6. ^ "Pengarah 'Nota' Harap Dapat Bawa Kelainan Dalam Industri Perfileman Tempatan". Extra Tonton. 1 Ogos 2015. Dicapai pada 13 Ogos 2015. 
  7. ^ "Pengarah Jepun Dedikasikan Filem 'Nota' Buat Allahyarham Ramli Hassan". mStar. 
  8. ^ "Nota filem terakhir Hans Isaac". Malaysiangazette.com. 8 Ogos 2015. 
  9. ^ "Dendam Maya dalam Nota". KOSMO!. 21 Jun 2015. 
  10. ^ (Inggeris)"'Nota' – psycho-thriller in Bako headed for Cannes". The Borneo Post. 11 April 2015. 
  11. ^ "Maya, Hans saling beremosi". KOSMO!. Dicapai pada 13 Ogos 2015. 
  12. ^ "Hans Isaac Kekok Tak Berbaju Depan Pelakon Jepun". 1 Ogos 2015. 
  13. ^ "Hans Issac Malu Tak Berbaju Atas Katil Bersama Pelakon Wanita Jepun". Murai.com.my. 30 Julai 2015. Dicapai pada 2015-08-19. 
  14. ^ "Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun". Rotikaya.com. 29 Julai 2015. Dicapai pada 2015-08-19. 
  15. ^ "Filem Nota:Hans Isaac akui berdebar lakukan aksi ranjang dengan pelakon Jepun". Beautifulnara.com. 29 Julai 2015. Dicapai pada 2015-08-19. 
  16. ^ "Hans Isaac berpeluh kerana babak atas katil filem Nota". Berita Harian. 29 Julai 2015. 
  17. ^ "Hans Isaac, Maya Karin tidak serasi dalam filem 'Nota'". Therakyatpost.com. 10 Ogos 2015. 
  18. ^ "Filem lakonan Maya Karin, Nota ditayangkan di Cannes". Astro Awani. 15 Mei 2015. 
  19. ^ (Inggeris)"DIVING DEEPER INTO 'NOTA', THAT MALAYSIAN FILM EVERYONE'S BEEN TALKING ABOUT LATELY". Dailyseni.com.my. Dicapai pada 2015-08-19. 
  20. ^ "Apabila cinta menjadi dendam". Sinar Harian. 15 Ogos 2015. 
  21. ^ "Sinematografi indah jadi taruhan 'Nota'". Therakyatpost.com. Dicapai pada 2015-08-19. 
  22. ^ (Inggeris)"THE THING IS, 'NOTA' HAS BEEN QUICKLY DISAPPEARING FROM CINEMAS DESPITE RECEIVING RAVE REVIEWS". 21 Ogos 2015. Dicapai pada 2015-08-27. 
  23. ^ (Inggeris)""NOTA BY YASU TANAKA: OF HUMAN NATURE, RED HERRINGS AND THE TERRIBLE MOTHER" BY HASSAN ABD MUTHALIB". Hassan Abd Muthalib. 21 Ogos 2015. Dicapai pada 2015-08-27. 
  24. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]