Notepad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Notepad adalah penyunting teks ringkas yang disertakan bersama Microsoft Windows.

Notepad menggunakan fungsi dalaman kelas tetingkap (window class) dinamakan "EDIT".

Notepad merupakan perisian penyunting teks paling biasa. Fail yang terhasil - biasanya disimpan dengan sambungan .txt - tidak mempunyai sebarang tag format atau stail, menjadikan perisian ini sesuai untuk menyunting fail sistem yang akan digunakan dalam persekitaran DOS. Fail teks yang terhasil dari perisian Notepad boleh disunting oleh kesemua jenis perisian penyunting teks atau pemproses kata.

Versi awal Notepad menawarkan hanya ciri-ciri asas, seperti mencari teks. Versi baru ( Window ) menawarkan versi Notepad baru dengan fungsi cari dan ganti ( search and replace ), termasuk juga [Ctrl-X] dan pintasan papan kekunci yang seumpamanya. Dalam versi lama seperti yang disertakan dengan Windows 95, 98, ME dan 3.1, terdapat had pada saiz fail yang boleh disunting.