Kura-kura punggung datar
Kura-kura punggung datar | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Geoemydidae |
Genus: | Notochelys Gray, 1863 |
Spesies: | N. platynota
|
Nama binomial | |
Notochelys platynota (Gray, 1834)
| |
Sinonim[3] | |
|
Kura-kura punggung datar atau nama lain, kura-kura tempurung datar (bahasa Inggeris: Malayan flat-shelled turtle)[4][5] adalah salah satu spesis kura-kura di Asia Tenggara. Nama saintifiknya Notochelys platynota.[6]
Taburan
[sunting | sunting sumber]Myanmar, Thailand, Kemboja, Semenanjung Malaysia, Indonesia (Sumatera, Jawa, Borneo, Bangka)[7], Vietnam dan Singapura.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Karapas (tempurung) berwarna coklat gelap, luas dan rata di bahagian atas. Jumlah perisai (scute) pada tempurung tengahnya adalah enam atau tujuh kepingan. Panjang karapas dewasanya boleh mencapai dari 32 hingga 36 sentimeter. Plastron berwarna kuning atau berbintik coklat. Manakala ekornya selalunya pendek dan tajam. Tempurung kura-kura yang lebih muda berwarna coklat terang dengan satu bintik hitam pada setiap perisainya.[8] Bintik-bintik hitam ini kekal dengan pertambahan usia.
Kura-kura yang dibela boleh mencapai usia sehingga 18.8 tahun[9]
Habitat
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini hidup di kawasan hutan beriklim tropika, disebabkan terdapat pelbagai sumber makanannya; tumbuh-tumbuhan hijau dan haiwan invertebrata kecil. Taburan hujan yang tinggi serta suhu 18 °C (64 °F) membentuk habitat semulajadi yang sesuai bagi kemandirian spesies ini dengan kewujudan kawasan berair cetek seperti sungai, kolam dan kawasan berpaya.[10]
Permakanan
[sunting | sunting sumber]Kura-kura Tempurung Datar bersifat maserba, iaitu memakan tumbuh-tumbuhan dan hidupan invertebrata kecil. Walau bagaimanapun, kura-kura dewasanya cenderung memilih tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.[11]
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Bilangan haiwan ini terjejas disebabkan oleh penerokaan hutan habitat mereka, atau dijadikan koleksi oleh penggemar haiwan eksotik. Malah, ia juga menjadi menu makanan sesetengah masyarakat.[12]
Sebagai pencegahan kepupusan haiwan ini, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan seperti melindungi habitat asal mereka dan menyekat pengumpulan haiwan ini secara haram. Contohnya, kerajaan Malaysia telah meletakkan spesies ini di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 2010) [Jadual 1] sebagai haiwan yang dilindungi.[13]
Peliharaan
[sunting | sunting sumber]Walaupun jarang dijadikan sebagai haiwan belaan, spesies ini sebenarnya mudah dipelihara kerana sumber makanan utamanya adalah pelbagai; tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan haiwan-haiwan kecil seperti ulat, siput dan serangga. Pellet kura-kura juga boleh diberikan sebagai makanan tambahan. Haiwan ini sangat pemalu dan tidak menunjukkan reaksi ganas, kecuali mendengus apabila rasa terancam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kusrini, M.D.; Hamidy, A.; Guntoro, J.; Cota, M.; Schoppe, S. (2021). "Notochelys platynota". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T14856A546301. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T14856A546301.en. Dicapai pada 18 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 237–238. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Mei 2011. Dicapai pada 29 Mei 2012.
- ^ Notochelys platynota. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/21365. [Didapat kembali 03 Julai 2023]
- ^ "Notochelys platynota". Aquarium Indonesia. 2 Mei 2019.
- ^ UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 686
AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA - ^ https://lingkunganhidup.co/jenis-kura-kura-indonesia/
- ^ http://www.ecologyasia.com/verts/turtles/malayan_flat-shelled_terrapin.htm
- ^ http://genomics.senescence.info/species/entry.php?species=Notochelys_platynota
- ^ http://www.ecologyasia.com/verts/turtles/malayan_flat-shelled_terrapin.htm
- ^ http://www.ecologyasia.com/verts/turtles/malayan_flat-shelled_terrapin.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 2017-11-09.
- ^ http://www.wildlife.gov.my/images/document/penerbitan/akta/AKTA%20716%20AKTA%20PEMULIHARAAN%20HIDUPAN%20LIAR%202010.pdf
- "Notochelys platynota". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000. 2000. Unknown parameter
|assessor=
ignored (bantuan); Unknown parameter|downloaded=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Data menunjukkan sebab-sebab spesies ini dianggap terjejas - Baker, N. & Lim, K. 2008. Wild animals of Singapore. Singapore: Draco Publishing and Distribution Pte Ltd. 180pp
- Buskirk, James 1997 The Malayan Flat-Shelled Turtle Notochelys platynota Vivarium 9 (1): 6-9;15
- Cox, van Dijk, Nabhitabhata, Thirakhupt, 1998. A photographic Guide to Snakes and Other Reptiles of Peninsular Malaysia, Singapore and Thailand. New Holland.
- Davison, G.W.H., Ng, P.K.L. & Ho, H.C (Eds.). 2008. The Singapore Red Data Book (2nd Edition). Singapore: Nature Society (Singapore). 285pp
- Gray, J.E. 1834 Characters of several new species of freshwater tortoises (Emys) from India and China. Proc. Zool. Soc. London 2: 53-55
- Gray, J.E. 1863 Observations on the box tortoises, with the descriptions of three new Asiatic species. Proceedings of the Zoological Society of London 1863: 173-179
- Gray, J.E. 1864 Observations on the box tortoises, with the description of three new Asiatic species. Ann. Mag. Nat. Hist. (3) 13: 105-111
- Gray, J.E. 1873 On the original form, development, and cohesion of the bones of the sternum of chelonians; with notes on the skeleton of Sphargis. Ann. Mag. nat. Hist. (4) 11: 161-172
- Inger R. F., Lian T.F., 1996. The Natural History of Amphibians and Reptiles in Sabah. Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd.
- Liat, Lim Boo & Das, Indraneil 1999 The turtles of Borneo and peninsular Malaysia. Kota Kinabalu, natural History Publications, 151 pp.
- Lim, K.P., Lim, L.K.,1992. A Guide to the Amphibians & Reptiles of Singapore. Singapore Science Centre.
- Manthey U., Grossmann W., 1997. Amphibien und Reptilien Sudostasiens. Natur und Tier - Verlag.