Dia... Isteri Luar Biasa (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Novel Dia Isteri Luar Biasa)
Dia... Isteri Luar Biasa
Umum
PengarangUmie Nadzimah
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitPenulisan2U
Tarikh penerbitan
15 November 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman616
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670567150

Dia… Isteri Luar Biasa merupakan sebuah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Umie Nadzimah yang diterbitkan pada 15 November 2013 oleh Penulisan2U.[1][2] Novel ini telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama dengan tajuk sama di slot Akasia TV3 pada tahun 2015.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Dia... Isteri Luar Biasa telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 18 Mei hingga 30 Jun 2015 di TV3, dibintangi oleh Fathia Latiff, Keith Foo dan Shukri Yahaya, terbitan Pena Creative Pictures.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Umie Nadzimah (2013). Dia... Isteri Luar Biasa. Penulisan 2U. ISBN 9789670567150.
  2. ^ Dia… Isteri Luar Biasa by Umie Nadzimah Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  3. ^ Ziela Jalil Jawab Kritikan Terhadap Drama Dia Isteri Luar Biasa Beautifulnara. 8 Jun 2015.